Friday, August 28, 2009

Puisi:Doa ku sepanjang jalan

Dalam perjalanan pulang
beraya bersama ayah ibu di kampung laman
aku pun turut gembira
pasti hariraya paling ceria
pulanglah...
temui insan paling berjasa daalm hidup kita
siapa lagi
kalau bukan Ayah dan ibu
perjalanan mu
ku iringi sebertih doa
selamatlah dijalanan
nyamuk dan unggas pun tiada menghalang
terasa debaran hati ayah ibu
yang menyambut kepulangan mu
dalam bahagiamu
aku turut terasa
kerana dalam hidup ini
tak pernah ku jabat tangan ayah
yang meninggal sewaktu usiaku 4 tahun
ibu pun telah lama meninggal
bahagiamu bahagiaku
ibumu Ayahmu adalah
kasih dan rinduku
29 Singhakum2009

No comments:

Post a Comment