วันเสาร์ที่ 1 สิงหาคม พ.ศ. 2552

Pesan nenek

Sakit kepala
Jika asyik je sakit kepala, cuba petua ini. Bila bangun dari tidur amalkan membasuh muka dahulu sebelum berkumur-kumur. Cara ini sesuai untuk mencegah dari serangan sakit kepala. Selamat mencuba.

Mulut harum.
Jika bau mulut kurang menyenangkan, caranya begini. Patahkan sedikit kulit kayu manis dan hisap sehingga rasa kelat kayu manis tu.

Hilangkan bau badan.
Untuk hilangkan bau badan,gunakanlah air rebusan inai ketika mandi dan gosok daunnya pada badan. Target yang penting di bawah ketiak untuk beberapa minit dan bersihkan dengan air

Jerawat?(Eh sekarang mana ada jerawat..)
Jerawat tidak akan ada dengan cara cara ini. Cuba cara ini. Bersihkan dahulu muka dengan air bersih. Kemudian ambil sebiji tomato masak yang dibelah dua. Sapu rata tomato tersebut pada muka. Biarkan hingga kering dan bersihkan. Amalkan semasa naktidur dan bersihkan apabila bangun tidur. Selamat mencuba.

Kelebihan surah Al-Fatihah.(khusus untuk orang taman jambo)
1. Surah al-fatihah jika dibaca 4 pada segelas air dan diminum, diusap pada muka, tangan dan kaki orang yang mengidap demam panas, insyaallah akan segera sembuh.
2. Baca dan diamalkan 7x selepas solat fardu, insyaallah orang yang mengamalnya dihindari dari segala kesusahan hidup.
3. Dibaca surah ini 41x selepas solat subuh, insyaallah akan mudah mendapat rezeki, hutang langsai dan akan disenangi orang apabila bertemu dengannya.
..cubalah

1 ความคิดเห็น:

  1. teringat lagu lama..'burung kakak tua..hinggap dijendela..nenek sudah tua..giginya tinggal dua'.jangan marah ye nek..nanti cepat tua....

    ตอบลบ