Thursday, August 13, 2009

Kisah cinta dan masa

Hem..........

Alkisah...tersebutlah sebuah pulau dihuni
oleh semua jenis perasaan termasuklah bahagia, duka, hikmah dan cinta.
Pada suatu hari, sampailah satu berita yang menggemparkan semua jenis
perasaan, pulau mereka akan tenggelam.

Maka bergegaslah mereka menyiapkan sampan untuk menyelamatkan diri
masing-masing kecuali cinta. Khabar yang disangka cerita kosong,
benar-benar berlaku. Hujan lebat selama beberapa hari tanpa henti
menyebabkan paras lautan semakin tinggi sehingga menenggelamkan
pulau-pulau sekitar.


Pulau itu tidak terkecuali, mujurlah mereka dapat meninggalkan tempat
itu dengan sampan masing-masing. Hanya cinta sahaja tetap setia di
pulau itu. Dia terus bertahan hinggalah ke saat akhirnya. Pulau itu
mulai tenggelam sedikit demi sedikit, cinta tidak berdaya lalu memohon
bantuan. Ketika itulah kekayaan dengan sampannya agak mewah melalui
pulau yang semakin ditenggelami lautan, cinta bercadang memohon
pertolongannya, “ Kekayaan, bolehkah kau bawa aku bersama dengan
sampan mewahmu?”


“Tidak! Terlalu banyak emas dan perak dalam sampanku, tidak ada
tempat untukmu,” jauh dia pergi meninggalkan cinta keseorangan.


Kemudian cinta meminta bantuan si Takbur, sampannya yang cantik tidak
berada berapa jauh darinya, “Takbur, bantulah aku Aku hampir
tenggelam,” sedih dan sayu bunyinya.


“Ah, aku tak boleh menolongmu, nanti basah dan rosak sampanku!” jawabnya bengis
tanpa sedikit simpati.

Duka pula baru sahaja meninggalkan pulau itu, segera cinta merayu
supaya dibantu, “Wahai Duka izinkan aku pergi bersamamu,”
pintanya penuh harapan.

“Oh, cinta, aku terlalu sedih biarkan aku seorang diri,” balasnya kembali.

Maka si Bahagia turut melihat keadaan Cinta keseorangan di pulau itu, tetapi
dia sangat gembira kerana berada jauh daripadanya..

Tidak lama selepas itu, dalam keadaan berseorangan, kedengaran satu
suara, “Mari wahai Cinta! Aku akan bawamu bersamaku,” suara
yang agak berumur memanggilnya. Tidak tergambar rasa syukurnya melihat
ada yang sudi menolong. Terlupa pula cinta bertanya kemana hala tujuan
mereka, sehinggalah mereka sampai ke daratan berhampiran. Menyedari dia
tidak begitu mengenali si tua yang membantu, bersegeralah Cinta menemui
si Hikmah. Bertanyalah dia, “Hkmah, siapakah yang membantuku
keluar dari pulau itu tadi?”

“Dialah Masa,” balas Hikmah dengan nada yang perlahan.

“Masa!” terkejut dengan jawapannya, dia terus bertanya, “Mengapa Masa sudi
membantu saya?”

Hikmah dengan iringan senyuman menjawab kembali, “Kerana hanya
perjalanan masa yang mampu memahami betapa bernilainya Cinta.”

Kisah di atas hanyalah gambaran sebuah perjalanan manusia dalam
memahami reality. Cinta itu reality. Daripada perasaan ini, ia
diterjemah dengan tindakan demi tindakan yang ada kalanya menjangkau
akal sihat manusia.
huuuuuuuuumaya

No comments:

Post a Comment