Monday, April 23, 2012

Jenis jenis Cinta


Cinta ini mengasyikkan sehingga si Majnun melupakan dirinya dan asyik mengingati kekasihnya laila. Dia berkata dalam rangkap syairnya:
“ Aku cuba untuk melupakan untuk mengingatinya tetapi seolah-olah
Laila menjelma dalam diriku pada setiap keadaan”
Setiap manusia ada benda yang dicintainya samada wanita, harta, tahkta, dunia, dirinya dan sebagainya. Kita hendak lihat ditahap mana cinta kita. Di bawah ulama telah menggariskan lima jenis cinta.
LIMA JENIS CINTA
Lima jenis cinta adalah seperti berikut:



PERTAMA: Cinta kepada Allah swt. Cinta Allah sahaja tidak cukup untuk bebas dari azab Allah swt kerana orang-orang musyrikin dan penyembah berhala juga mencintai Allah swt. Mereka mempunyai jenis cinta yang keempat iaitu syirkul mahabbah.



KEDUA: Menyintai apa yang Allah cintai. Inilah yang membezakan diantara orang Islam dan orang kafir. Orang yang paling disayangi oleh Allah adalah orang yang paling kuat cinta jenis ini. Apa yang dicintai oleh Allah swt adalah begitu banyak disebut dalam al-Quran dan hadis Rasulullah saw. Antaranya yang disebut dalam al-Quran adalah:
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”
Ayat 4 surah as-Saff.
Ada lapan golongan yang dikasihi Allah seperti dalam al-Quran iaitu 1. Al-Muttaqun. 2. Al-Muhsinun. 3. As-Sabirun. 4. At-Tawwabun. 5. Al-Mutatahhirun. 6. Al-Mutawakkilun. 7. Al-Muqsitun 8. Al-Muqatilun fi sabilillah. InsyaAllah saya akan terangkan dalam artikel akan datang.
Adapun perkara yang dikasihi Allah swt dalam hadis adalah seperti berikut:
“ Seseiapa yang cinta untuk bertemu dengan tuhan , Allah juga cinta untuk menemuinya.”
Hadis sahih Bukhari (2443)
Allah swt berfirman dalam hadis qudsi:
“ Tidak ada perkara yang lebih mendekatkan hambaku denganku daripada kefarduan yang aku fardukan kepadanya. Hambaku sentiasa mendekatkan diriku dengan amalan-amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya.”
Hadis sahih riwayat Bukhari (6137)
KETIGA: Menyintai sesuatu kerana Allah swt.
Nabi saw bersabda:
“ Sesiapa yang menyintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah sesungguhnya telah sempurna imannya.”
Hadis riwayat Tirmizi (2521), Abu Daud, Ahmad dan Hakim dengan sanad yang hasan.
Nabi saw juga bersabda
“ Tidak ada dua orang lelaki berkasih sayang kerana Allah melainkan yang terbaik diantara keduanya adalah yang paling mengasihi saudaranya.”
Hadis riwayat Hakim dan diakui oleh zahabi akan kesahihannya.
KEEMPAT: Cinta sekutu (partnership love) atau syirkul mahabbah
Setiap benda yang dicintai bukan kerana Allah dan bukan diperintah oleh Allah maka dia telah mensyirikkan cinta. Ramai yang menyintai Allah , tapi dalam masa yang sama dia menyintai benda lain bukannya kerana Allah. Inilah yang dirakamkan dalam al-Quran:
“Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah.”
Ayat 165 surah al-Baqarah
KELIMA: Cinta yang semula jadi.
Inilah yang disebut oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran:
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”
Ayat 14 surah Ali Imran
Imam Ibnu Qayyim berkata:
“ Cinta ini tidak dicela kecuali sekiranya melalaikan dari mengingati Allah dan menjauhkan dari cintaNya.”
Firman Allah swt:
"Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi."
Ayat 9 surah al-Munafiqun

Wednesday, April 11, 2012

Aku ni..Hamba Allah ke.....

Azan di masjid  negeri Jala sedang berkumandang.
“Ah…jap lagilah solat. Nak abeskan baca facebook dulu”.
Bebola mataku yang sebelum ini berwarna tahi cicak, hitam putih beransur-ansur bertukar menjadi bebola api. Merahnya begitu menyengat.
“Aduhhhhh…Sakitnya mata. Lenguhnya tengkuk. Lah…patutlah dah kul 4 petang. Tak sedar plak dah lama main facebook”.
Dan aku pun menunaikan solat Zohor tanpa nafsu sebagai hamba. Sekadar tonggang tonggek dan memberi salam kiri kanan. Bagai kilat menyambar begitulah kepantasan aku solat dengan doa yang paling pendek. Kadang-kadang tak doa pun.
Aku minta apa dalam doa pun aku tak tahu. Cuma mulut aku terkumat kamit membaca karangan Bahasa Arab. Jasadku di atas sejadah. Roh, jiwa dan fikiranku terbang menggapai langit-langit yang indah. “Oh! Ada awek cun add aku tadi. Jap lagi nak usha facebook dialah”.
Semangatnya aku.
Aku ulangi tabiat yang sangat baik ini setiap hari. Berjam-jam lamanya aku di dunia internet. Macam-macam yang aku layari. Orang kata nak jelajah dunia kena belayar di laut. Aku jelajah dunia dengan belayar di internet.
Aku puas.

HAMBA APAKAH AKU?
Dunia internet. Facebook. Twitter. Blog. Agaknya ada lagi yang lebih penting daripada Allah?
Kita ini hamba. Hamba kepada Tuan yang sangat besar kuasa-Nya. Sangat tinggi kasih sayang-Nya. Dengan hanya sedikit limpahan rahmat-Nya dimasukkan ke dalam dada semua hamba-Nya. Kita mampu pula berkasih sayang sesama kita.
Mampu menghubungi antara satu sama lain dengan nikmat internet yang diberi Allah.
Dia yang mencipta kita. Untuk apa?
Semata-mata hanya untuk beribadat kepada Allah. Alah mencipta dunia dan segenap perhiasannya untuk dijadikan medan tarbiyyah buat kita. Ibarat mencipta akhirat untuk tempat penghisaban amalan dan mencipta pula neraka dan syurga sebagai tempat balasan kita. Ia tempat yang kekal abadi. Yang tidak ada kematian lagi. Ia tempat terakhir perjalanan roh.
Berfacebook, berchatting dan bermain game adakah suatu ibadat untuk kita persembahkan kepada Allah? Adakah dengan komponen-komponen di dalam aktiviti ini mampu menjadi batu asas binaan mahligai di syurga kelak?
Oh! Di mana nilai kita sebagai seorang hamba di mata Allah? Tidakkah kita risau?
Seorang hamba itu hidupnya tidak dihiasi dengan bermaksiat. Hatta “bermaksiat” dengan waktu. Hatinya seringkali diservis untuk perjalanan yang jauh menuju ke padang mahsyar. Dia telah bersiap siaga dengan bekalan amalan di dunia.
Tidak ada perintah yang lebih dijunjung oleh seorang hamba Allah itu melainkan perintah Allah.
Dia merdeka daripada keterikatan kepada makhluk, hawa nafsu dan kebendaan. Kebergantungannya hanya kepada Allah yang semakin hari semakin kuat, sehingga ia mampu hidup berdikari dan tidak mengharap ihsan orang lain.
Cukuplah Allah sebagai penghibur hatinya. Bukan internet. Bukan game. Bukan Facebook. Bukan movie Korea. Bukan chatting.
Itulah nilai seorang hamba Allah. Makin hari makin sayang dengan Allah. Makin hari makin tenang dalam dakapan kasih sayang Allah.
Seperti dalam firman Allah SWT dalam surah as-syams, manusia itu dikurniakan dua pilihan jalan, jalan KETAQWAAN  dan jalan kefasikan. Beruntunglah yang memilih jalan ketaqwaan dan merugilah yang memilih jalan kefasikan.
  • Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik olrh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menhadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai
  • Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan
  • Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman
  • Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan
  • Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya
  • "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul
  • "Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya
  • "Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya

Saturday, April 7, 2012

Monday, April 2, 2012

Biar betul caranya

Dunia Yang Mempesona dan Menipudaya
Dunia itu  semuanya indah,
Memperdaya dan menggoda
Lebih-lebih lagi dalam diri manusia,
Ada yang merangsangnya, nafsu namanya,
Ramai orang yang terjebak dan diperangkapnya,
Banyak orang tak boleh lari darinya,
Kekayaannya memperdaya,
Kesenangan dan kemewahan mempersona,
Laki-laki dan perempuan menggoda,
Jawatan dan pangkat melalaikannya,
Akhirnya manusia ditipu dayanya,
Tipu daya yang pertama:
Lalai dengan Tuhannya, bahkan Tuhan dilupakannya,
Yang kedua:

Harap bahagia dengan dunia kadang-kadang tak ada,
Walaupun sudah dimilikinya,
Ada orang yang kaya, tidak bahagia, meraba dalamgelita
Ada orang berjawatan, fikirannya berserabut sahaja,
Rungsing setiap masa,
stress menggila
Ada orang sudah dapat suami atau dapat isteri bergaduh sahaja
Tidak bisa merasa syrg dan jannah Dunia
Didunia lagi tidak bahagia,
Cuma senang sahaja,
Di akhirat apatah lagi,entah dimana tempatnya
Betullah dunia menipu
Hingga ke akhirat sana,
Menunjukkan dunia sehebat manapun tidak setia,
Ungkapan ini bukan ucapan kecewa
Cuma nak mengajak agar Kita jangan alpa
Tidak salah cari kekayaan,
Tidak salah berpangkat dan berjawatan,
Tidak salah cari suami atau isteri,
Tapi kenalah bersama Tuhannya,
Atau kerana Tuhannya,
Bahagia yang hakiki dunia akhirat dengan Tuhannya
Kekayaan digunakanpada haknya
Pangkat pula untuk menolong insan derita
Bersuami Isteri kerana agama
Wag dicari berkat jadinya
Dunia senang bahagia
Akhirat pun Syurga