ssalamualaikum wbt.

bp1 Tsunami Jepun: Satu Peringatan
Rumah terbakat setelah musnah dilanggar tsunami


Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.9 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun mencetuskan tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan. Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.
Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian. Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun. Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara. Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat. Gempa bumi yang melanda Jepun ini merupakan yang paling kuat dalam tempoh 140 tahun.
Berikut adalah rentetan peristiwa Tsunami terbesar yang pernah melanda dunia: