Tuesday, March 27, 2012

Kata kata.................................

Amat mudah mengungkap kata
dicelah lidah yang sering basah
amat senang merakam kalam
dicelah lidah tak bertulang

berbicaralah
dengan mengambil kira risikonya
kerana sebelum kata kata melompat
Kita adalah pengarahnya
andai kata kata sudah berlumuran hawa
dilah tuannya

berjuta beribu yang rebah
sampai tak bisa bangun lagi
lantaran hantaman lidah
panjang cuma 3 inci
bisa membunuh insan 7 kaki

Kau amat berguna
Kau amat merbahaya

Kehidupan ..antara harapan dan pengamatan


Dalam mentafsir erti kehidupan memang amat berbeda...
Kehidupan seringkali menjadi tanda tanya kepada mereka yang menemui jalan kebuntuan. bagaimana untuk keluar dari pelbagai persoalan hidup. Mengapa ini semua terjadi? Hingga kita lupa apa yang perlu kita ketahui di mana makna hidup yang sejati dan  realiti.


Sedarkah Kita bahawa kehidupan ini cuma tersedia dengan 2 pilihan .  kiri atau kanan, baik atau buruk, gagal atau berjaya yang menjadi pilihan dalam permainan hidup. Mungkin ada yang terfikir untuk mengatakan tidak dengan apa yang saya berikan ini. Kerana ada yang akan mengatakan bagaimana jika kita di berikan pelbagai pilihan hidup. Kerana kebiasaannya kita akan menemui bermacam-macam pilihan atau idea untuk menyelesaikan teka-teki hidup setiap hari.
 Seperti yang saya katakan tadi. Hidup ini cuma 2pilihan. Bergembiralah hari ini jika anda di berikan bermacam-macam pilihan untuk anda sendiri yang menentukan bahawa itu adalah jalan terbaik. Tapi jangan terlalu pasti dengan kegembiraan yang ada kerana anda harus ingat, jika pilihan itu tersilap langkah,pasti akan mengakibatkan anda menangis selama-lamanya.
"Ramai di antara kita yang gentar untuk menyebut mati, tapi mereka tidak sedar mereka sengaja mematikan diri mereka sendiri dengan pelabagai pilihan yang tidak tepat,,,,
 Perjalanan kehidupan bukan selalunya ditaburi bebunga mawar , bukab selalu dihampari baldu..tersilap langkah Kita pasti kecundang sendirian..


Yang susah dan merasa derita pun ingatlah...hujan bukan selamanya..ribut pula bukan sepanjang musim..
yang penting kukuhkan lampu dan pelita..Kita berjalan terus kehadapan antara harapan dan pengamatan..



Friday, March 23, 2012

Bengkel dan seminar Bahasa



Tanggal 17-19\3\2012 merupakan hari paling bersejarah apabila satu seminar dan bengkel bahasa Melayu diadakan,hampir 200 peserta melahirkan rasa sukacita dan meminta agar progrem begitu diadakan dari semasa kesemasa
Dan tentunya yang paling mendapat sambutan adalah 3 painal yang diundang khusus iaitu Cikgu Afandi hj Abdulrahman,Cikgu Fariza Nurbaya dan Cikgu Atikah Hamzah yang sanggup mengerbankan masa dan kepakaran untuk memetabatkan bahasa..ketiga painal adalah  pembuka minda pencelik mata..
hanya terimakasih Cikgu..yang dapat Kami lafazkan..

Wednesday, March 14, 2012

Banyaknya perbedaan

Memang amat berbeda..



1-Kita membina bangunan yang mencakar tinggi tapi masjid makin rendah.
2-Kita punya jalan raya yang bersimpang siur tapi pandangan dan minda yang makin sempit
3-Kita berbelanja makin banyak..tapi pendapatan makin berkurang
4-Kita menemui banyak cerita dunia tapi kebahagiaan Kita makin berkurang
5-Kita bina Rumah yang makin besar tapi keluarga yang makinkecil
6-Kita makin senang tapi masa makin sedikit
7-Kita makin tinggi memiliki Ilmu tapi makin kurang rasa rendah diri
8-Kita makin banyak ahli pakar dalam pelbagai bidang tapi makin
Banyak masaalah yang dihadapi
9-Kita makin banyak memiliki ubat tapi makin banyak mengidapi penyakit
10-Kita makin kuat berusha untuk melahirkan udara bersih tapi jiwa makin cemar dankotor
11-Kita makin banyak memiliki harta tapi akhlak makin berkurang
12-Kita  makin banyak makan makanan dan menu yang enak tapi makin sedikit makanan yang berkhasiat
13-Kita melihat makin ramai yang berkahwen tapi makin ramai yang bercerai
14-Kita melihat makin banyak acara tv tapi makin banyak adigan  yang memberi kesan negatif
15-Kita melihat makin ramai sastrawan yang terpengaruh dengan karyanya tapi makin kurang yang merasa manisnya ayat Alkuran.
16-Kita melihat makin banyak wang yang dibelanjakan untuk pengajian Anak tapi makin ramai anak yang derhaka
17-Kita melihat makin banyak kain baju terjual dipasar dan kedai tapi makin ramai yang berpakaian bagai orang miskin kain baju
18-Kita melihat makin ramai yang menyedari bahayanya dadah dan minuman mabuk tapi makin ramai yang terlibat
19-Kita melihat ramai cendikiawan yang mengajak bersatu padu tapi perpecahan makin ternganga..
20-Kita semua melihat..tapi Kita cuma menggiling giling kepala


Orang paling bahagia adalah orang yang melihat sesuatu dengan pandangan baik

Kata kata pendik......ada maknanya...


@Usha tanpa jemu kali yang keseratus lebih baik daripada mengalah sebelum melangkah..

@Apabila air masuk kedalam mata Kita akan terasa senak dan pedih..tapi kalau air keluar dari Mata
hati pasti sakit

@Jangan iri hati pada kesenangan hidup orang lain..belajarlah hidup penuh ceria dan gembira..Kerana iri hati tidak pernah memberi kemenangan pada sesiapa

Saturday, March 10, 2012

Tingkatkan Iman Kita....penting



1. Dari Ilmu yang dibaca dari kitab dan dari mendengar penjelasan ulama. Rajin-rajinlah membaca dan mendengar ceramah untuk menaikkan keimanan kita.

2. Dari Ilham yang diberikan oleh Allah swt setelah bersendirian dan berfikir. Rajin-rajinlah berfikir terhadap keesaan dan keagunganNYa. Ianya akan memberikan keyakinan yang mantap.

3. Dari zikir dan amalan yang selalu diamalkan sehingga menimbulkan rasa cinta kepada zikir dan amalan tersebut. Zikir ini perlu sentiasa di mulut-mulut sehingga kita akan terasa khusyuk dan bergetar hati bila menyebutnya.

4. Dengan berdoa kepada Allah swt agar iman kita, iman keluarga kita, iman kawan-kawan kita dan iman semua rakyat dan umat Islam dikuatkan oleh Alllah swt iman semuanya dan berkat kehadiran seorang wali Allah swt. yang mendoakan kita.

Kadang-kadang, sesuatu keyakinan kita perolehi tanpa sebarang ilmu tambahan dan tanpa sebarang ilham maupun zikir. Mungkin ia berkat doa seseorang. Dan mungkin kaum keluarga dan sahabat handai kita juga memerlukan doa kita. Maka rajin-rajinlah berdoa untuk diri dan semuanya agar iman kita dikuatkan oleh Allah swt.

5. Dengan berkat sesuatu tempat seperti masjid yang kita solat di dalamnya dan masjid itu mendoakan kita. Berkat amalan kita baik yang kemudian kita mendapat doa dari malaikat. Pergilah kerumah Allah setiap waktu solat fardhu, nescaya Iman kita akan bertambah.

6. Iman juga boleh meningkat dengan bergaul dengan orang-orang soleh, dan boleh meningkat dengan tingginya bila kita menemukan keajaiban-keajaiban alam makhluk ciptaan Allah swt. 



7-Pikirlah tentang mati ,azab kubur.padang mahsyar.syurga dan neraka..pikir dan rasai dengan hati..


Banyak lagi..kan penting

Wednesday, March 7, 2012

Masalah kad kahwen

Biasalah..bulan bulan begini makin ramai pengantin baru mengadakan khenduri kahwen..kadang kadang sampai tak larat untuk meraikannya..jauh dan banyak..
  Tidak kurang juga yang menjadi perhatian adalah Kad atau jemputan kahwen..ada yang berganbar macam bintang filem Bollywood..ada juga yang memaparkan ayat suci Alkuraan..cuba baca artikel Berita harian,,


KUALA LUMPUR: Perbuatan mencetak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW pada kad jemputan kahwin boleh menjejaskan kesucian Islam jika kad itu dibuang merata-rata, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.
Beliau berkata, tindakan itu juga mungkin boleh dikategorikan sebagai menghina ayat al-Quran.
“Istilah suci dalam Islam seperti Bismillah, Assalamualaikum dan sebagainya tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kerana dikhuatiri akan disalah guna dan diletak di tempat yang tidak sewajarnya,” katanya.
Namun, Othman berkata pihak terbabit meletakkan ayat suci al-Quran dan hadis pada kad jemputan kahwin dipercayai berniat baik iaitu ingin memberi peringatan dan berdakwah kepada orang lain, bagaimanapun ia patut dielakkan.
“Jika bertujuan untuk memberi pengingatan hanya memadai dengan menulis maksudnya saja,” jelasnya.
Beliau juga berkata pihak yang menerima kad jemput kahwin yang tertulis ayat al-Quran sepatutnya lebih prihatin dan menjaga kesucian ayat itu dengan tidak membuang bahan yang mengandunginya di merata-rata tempat.
Katanya, mengikut Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penerbitan Berunsur Islam yang dikeluarkan JAKIM, perbuatan membuang bahan yang mengandungi ayat al-Quran boleh dikategorikan sebagai perkara yang menyentuh kesucian Islam.

Ada juga kad jemputan yang mencemarkan Bahasa kerana kesilapan tulisan dan tatabahasa..