Dalam mentafsir erti kehidupan memang amat berbeda...
Kehidupan seringkali menjadi tanda tanya kepada mereka yang menemui jalan kebuntuan. bagaimana untuk keluar dari pelbagai persoalan hidup. Mengapa ini semua terjadi? Hingga kita lupa apa yang perlu kita ketahui di mana makna hidup yang sejati dan realiti.
Seperti yang saya katakan tadi. Hidup ini cuma 2pilihan. Bergembiralah hari ini jika anda di berikan bermacam-macam pilihan untuk anda sendiri yang menentukan bahawa itu adalah jalan terbaik. Tapi jangan terlalu pasti dengan kegembiraan yang ada kerana anda harus ingat, jika pilihan itu tersilap langkah,pasti akan mengakibatkan anda menangis selama-lamanya.
"Ramai di antara kita yang gentar untuk menyebut mati, tapi mereka tidak sedar mereka sengaja mematikan diri mereka sendiri dengan pelabagai pilihan yang tidak tepat,,,,Perjalanan kehidupan bukan selalunya ditaburi bebunga mawar , bukab selalu dihampari baldu..tersilap langkah Kita pasti kecundang sendirian..
Yang susah dan merasa derita pun ingatlah...hujan bukan selamanya..ribut pula bukan sepanjang musim..
yang penting kukuhkan lampu dan pelita..Kita berjalan terus kehadapan antara harapan dan pengamatan..
No comments:
Post a Comment