Monday, January 30, 2012

Erti sebuah pernikahan



Dalam satu majlis pernikahan antara maya dan Saiful...Tuan imam melafazkan ijab..(Saiful..Saya nikahkan akan kamu dfengan Maya binti Ratnasari yang telah wakil oleh bapanya akan Saya dengan mahar sebanyak..Rm.122  ringgit tunai..)
sepentas kilat Saiful menjawab..Saya termalah akan nikahnya...Maya binti Ratnasari dengan mahar sebanyak yang tersebut...
Apa sebenarnya pengertian dari ijab dan kabul..tengok apa kata Maya dalam facebooknya...

Sunday, January 29, 2012

Kita cambah cinta mendalam pada Rasulullah

MayarainiMayarainiMayarainiMayarainiMayarainiMayarainiMayarainiMayarainiMayarainiMayarainiMayarainiMayarainiMayaraini

Tuesday, January 24, 2012

Cerdikkah Kita dalam mwembahagi MASA

Orang yang bahagia itu akan selalu :
menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,
menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu,
dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.


(^_^)

Monday, January 23, 2012

Hadiah terbaik

Mari..mari teman Kita renungkan


❤ Jika putih itu indah.. kenapa harus ada hitam?

❤ Jika melati itu suci.. kenapa harus ada mawar berduri?

❤ Jika kita punya kaki untuk melangkah.. kenapa kita menginginkan sayap untuk terbang?

❤ jika kita punya mata untuk menatap masa depan.. kenapa kita pejamkan untuk berkhayal?
♥ Hidup ini indah bila kita faham erti hidup yang sebenar..

♥ Hidup ini indah jika kita saling menghargai..

♥ hidup ini akan lebih indah jika tak ada sedikitpun rasa benci..

•► Kerana kita hidup untuk saling melengkapi ..........


Tuesday, January 17, 2012

Jom..Mari Kita sama sama senyum



Senyum memang hebat..memang ceria..memang penting...memang best..kalau ada senyum...disitulah ada bahagia..
Kita ada banyak senyum..dan senyuman itu ada rahsia disebaliknya...
Mari Kita kenal jenis jenis senyum

jom kenali jenis-jenis senyuman!

1. Senyum Bajet Cute


senyuman jenis ni biasanya dimiliki oleh orang yang berlagak  hebat.tak pun selalu dipamerkan oleh orang yang kerap tersipu-sipu apabila diusik oleh kutu-kutu jalanan.senyuman jenis ni selalu macam sengaja naikkan pipi kembung dengan mengecilkan luas bukaan mulut.

2. Senyum Kambing


jangan silap ya >>>>>.tidak hanya kambing yang mampu mempamerkan senyuman begini.senyum ni selalunya bermaksud mengejek atau memperli.
contoh ayat: "comel siot awek tu!"kata Ali sambil tersenyum kambing.
amacam?paham?kalau tak paham,nanti Saya cubit pipi tu

3. Senyum Orang Tua yang Berhikmah


haha.muka dia memang macam orang tua yang bermisai janggut kan?contoh situasi yang dapat kita lihat apabila anak gadis yang sedang tersipu-sipu ketika menerima rombongan lamaran dari jejaka pilihan hati.abahnya tersenyum penuh hikmah,paham yang anak gadis dia tengah over eksaited!

4. Senyum Hati Girang


Senyuman macam ni sebagai senyuman penuh.apabila kita nampak keseluruhan baris gigi dia,tu maksudnya hati dia tengah girang.senyuman ni jugak nampak ikhlas berbanding jenis-jenis senyuman yang lain!

5. Senyum Orang Alim


tengok sini ya>>>.senyuman orang alim memang manis sekali.sejuk je mata kita tengok.Mereka ni senyum sikit je.tapi aura tu terpancar di muka .macam mana nak dapatkan aura ni pulak ?
ya betul tu ..wudhuk selalu ya..

6. Senyum Malu tapi Mahu


pepatah yang paling sesuai ialah malu-malu kucing.contoh ayat yang Saya bagi di sini ialah:
"ayang,nak makan nasi  tak?"
"nakkk...."  ---------> sambil tersenyum manja

7. Senyum simpul



Senyum simpul ni selalu terjadi time kita dipuji oleh seseorang kadang-kadang sampai berbelit-belit kita senyum tapi masih cover gigi yang kuning tu. :)


2. Senyum kelat




Senyum ni selalu terjadi time hujung bulan time duit tengah tak ada tu. Masa tu la kita semua akan senyum kelat apabila kawan ajak kita keluar makan. "Kau pergi je la, aku dah kenyang" sambil tersenyum. Ha, ini la senyum kelat.




4. Senyum bahagia



Kalau terlebih senyum ni boleh hantar hospital bahagia. Senyum macam ni sekali sekala boleh la, kalau tiap saat macam ni orang kata kita gila. 


Namun..ada 3 jenis senyuman yang dianggap membawa masalah...tengok foto ni

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJ4UIrv6-6GeYUMCRl4WIeARhbDXvR3y1fVCRJRzMp-1yFqNxriV7QBF9zlYwZt5Zc-QWPVpCUcMxkCXmoVzEhNiEHsUOJTMIeVWD2n5wjOX4PgHNIXFD4eTJ5GSeWM4x-rYwq9L12J4U/s320/MonkeySmile-732357.jpg

 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPxGa4z4NiODz4xL1lK6AiA486PWIkDupMfzThCYtjjgomsQARwa1nuM2r2sGZy-Y0R8LSQA1tWf0_FmPNCaoGN1vAOL6dSLUmkMEVoamQZhGEsUjG_rldWkc0kU7vIjFTHqIL-oLIpkOq/s400/monkey+smile.jpg

- Senyum antusias : Senyum lebar, yang cepat dan menunjukkan seluruh gigi serta mata terbuka. Hal ini menunjukkan Anda terlalu berlebihan dan ambisius.

- Senyum dingin : Senyum terlihat konstan, cepat dan tatapan mata kosong. Ini mengesankan Anda tidak tulus.

- Senyum robot : Bibir yang menyungging kecil, dan senyuman terasa cepat. Senyuman robot ini menandakan hanya melakukannya atas nama kesopanan dan berkesan dingin.
 

http://www.monyetpinter.com/media/happy_monkey.jpg



Dalam sehari berapa kali Anda tersenyum..kalau tak sekali pun dalam sehari..Aduh susahnya  hidup Anda



Monday, January 16, 2012

Aduh terkejutnya




KANGAR: Seorang lelaki bagaikan dirasuk syaitan apabila menumbuk dan menghempas muka isterinya dengan piano mainan anak mereka sehingga mangsa patah rahang kanannya selain cedera di muka dan badan dalam kejadian di rumah mereka di Taman Hijrah di sini, pagi kelmarin.
Kejadian menimpa mangsa, Yusliza Yusof, 25, itu berlaku pada kira-kira jam 9.45 pagi kelmarin apabila suaminya yang berusia 26 tahun berang kerana isterinya itu mengalihkan telefon bimbit miliknya yang dicaj di atas katil dalam bilik tidur mereka ke atas meja.


Lelaki itu menumbuk isterinya beberapa kali selain membaling muka mangsa yang juga seorang suri rumah dengan piano mainan anak mereka menyebabkan rahang kanan mangsa patah.


Berita lapuran Berita harian itu cukup mendebarkan hati Saya..sampai kesitu pula berlakunya kekasaran pada Isteri..Akhir akhir ini kes macam ni sering terpapar dan menjadi perkara biasa,sedangkan hal tersebut bukan biasa..Ia mesti difahami dan ditangani oleh semua orang..Isteri yang lembut tiadk sepaptutnya dikasari begitu..andai ada kesalahan ada caranya sendiri yang mesti dilakukn Suami..

Islam memperbolehkan suami mendenda istri untuk mendidik, asalkan tidak meninggalkan luka dan menyebabkan kesakitan. Menurut hukum syari’ah, seorang Suami bisa mendenda istri dan anak-anaknya setelah sebelumnya mencoba mendisiplinkan mereka dengan menegur dan kemudian berpantang dari hubungan seksual dengan istrinya. Cukuplah pukulan kasih sayang yang dilayangkan suami kepada istrinya.
Menurut Ketua Mahkamah Abu Dhabi, Falah Al-Hajeri, “Meskipun memiliki hak untuk mendidik dengan tegas, suami juga harus mematuhi batas-batasnya, agar tidak merampas hak orang lain, dalam hal ini istri dan anak. Jika suami melanggarnya, melakukan kekerasan sampai meninggalkan luka dan sang istri tidak menerima dan melaporkan perbuatan suami, ia tidak dapat dibebaskan dari hukuman berupa denda.”
Beberapa waktu lalu di Abu Dhabi seorang Suami harus membayar denda 500 dirham lantaran telah menampar dan menendang istri serta putrinya. Sejumlah bukti menunjukkan, si suami bersalah. Putrinya mengalami calar besar di tangan dan lutut, sementara bibir dan gigi istrinya terluka.

Sebenarnya hal begitu tidak terjadi andai masing masing melakukan tugas dan memahami tanggungjawab
1-Pandanglah dengan penuh kasih sayang.....
Rasulullah s.a.w bersabda: apabila seorang suami memandang kepada isterinya dan isterinya memandang kepadanya, maka Allah akan memandang mereka dengan kasih sayang. Lalu bila suami memegang-megang tapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka akan berguguran melalui jari jemari mereka.
(Hadith Shahih

2-Kasih sayang dan cinta Suami Isteri adalah ubat dan tonik terbaik untuk merawat kecalaran rumahtagga
Kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah swt. Ertinya, ia bukan olahan manusia yang boleh dibuat-buat, direka dan dirancang-rancang. Sebab soal kasih sayang dan ketenangan adalah soal hati, yang bergerak dan hidup tanpa kawalan lahiriah dan kebendaan. Ia dikawal sendiri oleh Allah swt, secara ghaib dan menggunakan syarat-syarat yang Allah sendiri tentukan. Jadi, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan rumahtangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah adalah wajib diambil kira. Yakni dengan beriman, beramal dengan syariat Islam serta membanyakkan ingatan (zikir) kepada Allah swt.
Suami isteri yang membelakangkan Allah swt adalah pasangan yang sukar untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang. Hati mereka berpecah, kepercayaan antara satu sama lain hilang dan rasa persefahaman kian luput hari demi hari. Walaupun usaha-usaha lahir yang mungkin sudah cukup dilakukan untuk membina kebahagiaan tetapi selagi hati masih kosong dari mengingati Allah, cuai menjalankan perintah-perintah Allah maka selama itu kasih sayang tidak tumbuh dalam erti kata yang sebenarnya.
Sebab kasih sayang adalah pemberian Allah, dimasukkan ke dalam hati suami isteri yang benar-benar taat dan patuh padanya. Barangkali sukar untuk diakui hakikat ini memandangkan realiti kehidupan rumahtangga yang berbagai-bagai dan tidak terikat pada kenyataan di atas. Orang kafir yang tidak percayakan Allah itu kekal rumahtangganya. Orang Islam yang tidak sembahyang pun ada yang berbahagia nampaknya. Sementelahan rumahtangga ahli agama pun kadang-kadang berkecai. Jadi apa bukti bahawa punca ketenangan dan kasih sayang ialah ketaatan kepada Allah?
Sebenarnya, untuk mengukur benar tidaknya sesuatu kenyataan itu tidaklah boleh hanya menggunakan satu kaedah saja. Sebab Allah swt telah mentakdirkan sesuatu, bukan dengan satu maksud sahaja. Setengah orang kafir beroleh bahagia di dunia kerana Allah mahu merasakan nikmat yang tidak mungkin mereka dapat di akhirat. Orang Islam yang tidak sembahyang dan tidak fikir halal dan haram nampak bahagia juga. Ini adalah kemurkaan Allah sudah tertimpa ke atas mereka dan dengan nikmat itu Allah mahu melalaikan mereka terus menerus hingga mati betul-betul dalam dosa dan terus ke neraka. Manakala ahli agama kadang-kadang pecah rumahtangga mereka, Allah bermaksud menguji dan mahu menghapus dosa-dosa mereka.
Maka ditegaskan sekali lagi, bahawa sumber kasih sayang yang abadi ialah ketaatan kepada Allah oleh suami dan isteri serta anak-anak mereka. Perceraian yang menjadi-jadi dewasa kini adalah berpunca dari tidak taatnya pasangan suami isteri kepada Allah swt. Allah jadikan hati mereka berpecah belah hingga mereka takut pada perceraian tetapi mereka tidak dapat lari darinya. Biarpun rumah besar, harta banyak, kesihatan sempurna dan dunia serba lengkap meliputi mereka, tapi kalau hati berpecah, semua itu tidak boleh mengikat suami isteri itu lagi. Mahu tidak mahu mereka kenalah mengadap Allah swt. Mengaku taat setia padanya dengan tawadhuk. Memohon ketenangan dan kasih sayang untuk hati mereka.



















Sunday, January 15, 2012

Sempena hari Guru:cara menghurmati Guru






Tiada seorang pun dalam kehidupan insan, selain daripada kedua ibubapa yang lebih berjasa dan layak dihormati melebihi daripada guru. Tetapi guru adalah pewaris ilmu dan pewaris ilmu ialah ulama, sementara ulama pula adalah pewaris para nabi. Begitulah kedudukan ilmu, guru dan ulama adalah saling berkaitan. Mari renungkan firman Allah yang bermaksud
: “Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Surah ali-‘Imran:18))
Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah Subhanahu wa Taala memulakan dengan nama-Nya, kemudian dengan para malaikat-malaikat-Nya dan kemudiannya dengan ahli ilmu – ini sudah cukup membuktikan betapa tingginya martabat ilmu dan ahli ilmu itu.
Imam At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Abu ’Umamah al-Bahili Radhiallahu ‘anhu telah berkata: Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam  bersabda:  
Maksudnya: “Kelebihan orang alim (ulama) atas ahli ibadat adalah seperti kelebihanku ke atas orang yang paling rendah di antara kamu. Kemudian Baginda bersabda lagi: Sesungguhnya para malaikat dan penduduk langit dan bumi hinggakan semut dalam lubangnya berserta ikan bersalawat (berdoa) untuk orang-orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
(Hadits riwayat At-Tirmidzi)
Abu al-Aswad berkata: Tiada suatu pun yang lebih mulia daripada ilmu; 
Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma pula berkata: Nabi Sulaiman ‘alaihissalam diberikan dua pilihan antara harta dan kekuasaan, Baginda memilih ilmu lalu Baginda pun dikurniakan juga dengan harta serta kekuasaan.
Kelebihan Mengajar Ilmu Yang Bermanfaat
Dalam Islam, mengajarkan ilmu yang bermanfaat itu adalah suatu amalan yang dipandang tinggi, sangat mulia dan satu kerjaya yang suci di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala serta Rasul-Nya 
Firman Allah Ta‘ala dalam Surah An-Nahl ayat 43 dan Surah Al-Anbiya’ ayat 7: 
Maksudnya: “Maka bertanyalah kamu kepada Ahlu’dz Dzikri jika kamu tidak mengetahui.”
(Surah An-Nahl: 43 dan Al-Anbiyaa’: 
Ahlu’dz Dzikri bermaksud orang-orang yang mengetahui tentang Kitab-Kitab Allah. Ayat ini menjadi dalil bahawa orang-orang yang tidak mengetahui sesuatu perkara hendaklah bertanya kepada orang-orang yang mengetahuinya.
Imam Ath-Thabarani meriwayatkan dalam kitabnya Al-Kabir bahwasanya Mu‘awiyyahRadhiallahu ‘anhu telah berkata bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: 
Maksudnya: “Wahai manusia! Sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar dan feqh itu dengan mempelajari ilmu feqh. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan untuknya,nescaya diberikannya kefahaman dalam agama, dan sesungguhnya di antara hamba Allah yang takutkan Allah hanyalah para ulama.”
(Hadits riwayat Ath-Thabarani)
Abu Sa‘ed al-Khudri Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda
Maksudnya: “Akan datang kepada kamu beberapa kaum untuk mencari ilmu, maka apabila kamu melihat mereka hendaklah kamu katakan kepada mereka: Selamat datang, selamat datang, mengikut wasiat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan hendaklah kamu mengajar mereka.”
(Hadits riwayat Ibnu Majah)
Amirul Mukminin Sayyidina Umar Ibnu Al-Khaththab Radhiallahu ‘anhu pula berkata: Kematian seribu ahli ibadat yang bangun beramal ibadat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang siang lebih ringan dari kematian seorang alim yang mahir tentang apa yang Allah Ta‘ala halalkan dan apa yang diharamkan olehNya
Yahya bin Mu‘az berkata: Para ulama lebih menyayangi umat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam daripada ayah-ayah serta ibu-ibu mereka. Lalu ditanyakan kepadanya: Bagaimana pula begitu? Lalu Yahya menjawab: Ibu-bapa menjaga anak-anaknya daripada neraka (kesusahan) dunia, sedangkan para ulama menjaga mereka daripada neraka akhirat.
Sebahagian ulama berkata: Para ulama umpama pelita zaman. Tiap seorang daripada mereka merupakan pelita yang menyinari ahli zamannya.
Adab Ulama Menghormati Guru
Sesuai dengan ketinggian darjat dan martabat guru itu, maka tidak hairanlah bahawa para ulama sangat menghormati guru mereka. Di antara cara mereka memperlihatkan penghormatan mereka terhadap guru ialah:
1. Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan  guru dalam setiap urusan mereka.
Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir.
Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah Subhanahu wa Taala  dengan khidmat tersebut.
2. Mereka memandang guru dengan perasaan penuh hormat dan takzim serta mempercayai kesempurnaan keahlian dan kepakarannya dalam bidang perguruannya. Ini lebih membantu mereka sebagai pelajar untuk memperolehi manfaat daripada guru mereka dan akan mengukuhkan lagi apa yang didengar dan diajarkan oleh guru.
Ulama-ulama salaf sangat memuliakan dan menggagungkan guru-guru mereka. Ini jelas termaktub dalam kisah-kisah tentang akhlak  mereka dalam majlis-majlis ilmu dan kesopanan mereka terhadap guru-guru mereka. Sebagai contoh:
-         Imam Asy-Syafi‘e pula berkata: Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak terdengar (bunyi belekan kertas tersebut)
-         Rabie‘ berkata: Demi Allah aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Asy-Syafi‘e memandang kepadaku.
-         Sayyidina Ali Karramallahu wajhah berkata: Antara hak seorang alim ke atasmu ialah memberi salam ke atas orang ramai secara umum dan mengkhususkan gurumu dengan penghormatan yang khusus dan istimewa
3. Mereka sentiasa mendampingi guru supaya mendapat berkat serta beroleh ilmu yang akan tercurah daripadanya pada bila-bila masa serta menjadikannya qudwah(ikutan).
Imam Asy-Syafi‘e misalnya, sejak pertemuannya dengan gurunya iaitu Imam Malik pada tahun 170 Hijrah, hampir tidak pernah meninggalkan gurunya sehingga gurunya itu wafat pada tahun 179 Hijrah. Ini kerana Imam Asy-Syafi‘e tidak pernah meninggalkannya kecuali ketika pergi ke Makkah untuk menjenguk ibunya  ataupun pergi ke pusat ilmu dan feqh. Itu pun setelah beroleh keizinan serta restu daripada gurunya. Jika direstui, Imam Malik akan menyiapkan bekal dan memberikannya wang perbelanjaan sambil mendoakan keselamatannya.
4. Mereka tidak menggunakan ganti nama diri seperti “engkau” dan “awak” dan tidak memanggil atau meneriaki guru dari jauh.
Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata “Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?” dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.
Maksudnya di sini, mereka memanggil guru dengan gelaran yang penuh adab serta penghormatan. Jika nama guru tersebut Muhammad misalnya, maka mereka akan memanggilnya dengan nama ustaz, cikgu, guru kami dan sebagainya dan tidak menyebutkan namanya kecuali disertakan dengan gelaran yang penuh penghormatan seperti Ustaz Muhammad, Cikgu Muhammad dan sebagainya meskipun sewaktu ketiadaan guru itu.
5. Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah! Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.
Sesungguhnya, menuntut ilmu itu adalah satu bentuk ibadah dan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, bukannya untuk bermegah-megah ataupun untuk berbantah-bantah dengan ilmu tersebut.
Dalam satu hadits riwayat Imam Al-Hakim, Ka‘ab bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda  
Maksudnya: “Barangsiapa mencari ilmu untuk menyaingi para ulama atau untuk bertengkar dengan orang-orang bodoh atau supaya hati manusia menghadap kepadanya maka ia akan masuk neraka.”
(Hadits riwayat Al-Haki
6. Mereka berterima kasih kepada guru atas segala tunjuk ajar serta bimbingannya terhadap segala kebajikan dan tegahan serta tegurannya ke atas segala kekurangan atau kemalasan dan sebagainya bagi memperbaiki diri dan mengganggap teguran, asuhan, didikan serta keprihatinan guru itu sebagai rahmat dan kurniaan yang tak terhingga kepada mereka oleh Allah Subhanahu wa Taala
Jika bimbingan serta teguran yang diberikan oleh guru itu sudah diketahui, maka mereka tidak menunjukkan yang mereka sebenarnya sudah mengetahuinya, bahkan mereka menghargai dan berterima kasih atas bimbingan serta keprihatinan guru tersebut terhadap mereka.
7. Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat.
Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadits. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu ‘Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu ‘Abbas pun menjawab: Jangan.
8. Mereka tidak mendatangi guru di luar daripada majlis ilmu yang umum (di luar dari jadual waktunya untuk mengajar dan sebagainya) kecuali dengan izinnya, sama ada guru mereka itu sedang bersendirian mahupun sedang bersama dengan orang lain.
Jika tidak ada izin daripada guru itu sedangkan guru itu mengetahui bahawa mereka sedang meminta izin untuk mendatanginya, maka mereka akan beredar dan tidak mengulangi isti’zan (permohonan izin) mereka.
Jika mereka ragu-ragu adakah guru tersebut terdengar  ataupun tahu akan isti’zanmereka untuk mendatangi guru tersebut ataupun tidak, maka dalam hal ini mereka akan mengulang isti’zan tersebut tidak melebihi dari tiga kali ketukan di pintu. Mereka mengetuk dengan penuh adab dan perlahan-lahan dengan menggunakan kuku jar
Imam Al-Bukhari meriwayatkan dalam kitabnya Al-Adab Al-Mufrad bahawa Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu telah berkata: 
Maksudnya“Pintu-pintu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam diketuk dengan menggunakan kuku-kuku jari.”
(Hadits riwayat Al-Bukha
Jika guru mereka itu jauh daripada pintu, maka tidaklah menjadi kesalahan daripada segi adab mereka  untuk menguatkan sedikit ketukan dalam kadar kira-kira dapat didengar oleh guru tersebut dan jangan sampai melebihi daripada kadar ini.
Jika guru tersebut bertanya siapakah yang berada di luar pintu itu, maka mereka tidak hanya mengatakan “aku” tanpa menyebutkan nama kerana ini tidak disukai oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Dalam shahih Imam Al-Bukhari diriwayatkan bahawa Jabir Radhiallahu anhu’ telah berkata: 
Maksudnya: “Aku mendatangi Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam untuk membayar hutang bapaku lalu aku mengetuk pintu. Lalu Baginda bertanya “Siapa ini?” Kemudian aku  menjawab “aku” . Baginda pun bersabda: “Aku! Aku! Seolah-olah Baginda tidak menyukainya.
(Hadits riwayat Al-Bukha
Seandainya pintu bilik guru itu terbuka, maka mereka tidak akan mengintip atau menghadapkan muka mereka ke muka pintu, tapi mereka menjadikan muka pintu itu berada di sisi kanan atau kiri mereka atau dalam bahasa Brunei disebutkan menyiring, kemudian barulah mereka memberi salam.
Ini kerana antara adab isti’zan itu ialah meminta izin untuk melihat. Sahl bin Sa‘adRadhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Seorang lelaki mengintip dari lubang kamar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, dan bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebuah sisir yang digunakannya untuk menyisir rambutnya. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Jika aku tahu yang engkau mengintip nescaya akan aku tusukkan sisir ini ke matamu! Sesungguhnya isti’zan (permohonan izin) itu disyariatkan untuk keperluan melihat. ”
(Hadits riwayat Al-Bukhari
9. Apabila mereka hendak berjumpa dengan guru, mereka akan memastikan diri mereka dalam keadaan yang sempurna dengan tubuh badan dan pakaian yang bersih, memotong kuku serta menghilangkan bau-bauan yang kurang enak sama ada ketika menemuinya secara persendirian apatah lagi ketika hendak menghadiri majlis ilmu yang umum seperti kelas dan sebagainya yang merupakan sejenis perkumpulan ibadah kerana dikhuatiri akan mengganggu kesejahteraan guru mahupun rakan-rakan pelajar yang lain.
Imam Malik sepanjang hidupnya, membiasakan mandi dengan baik dan teratur, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian terbaik setiap kali ia menghadiri halaqah untuk belajar ataupun mengajar.
Mereka juga pada ketika itu akan mengosongkan hati daripada segala urusan di samping mensucikan minda serta fikiran, pendek kata sempurna jiwa dan raga untuk menerima pengajaran guru. Bukannya dalam keadaan mengantuk atau marah atau lapar yang bersangatan ataupun dalam keadaan dahaga dan sebagainya supaya dada mereka dilapangkan untuk menerima pengajaran yang diberikan dan mampu mengingati apa yang telah guru perdengarkan kepada mereka.
Ketika sedang belajar, mereka sentiasa menunjukkan adab terhadap kawan-kawan sekelas dan sesiapa sahaja yang  menghadiri majlis ilmu atau kelas guru mereka itu. Hal ini merupakan sikap sopan terhadap guru dan pemeliharaan terhadap majlis ilmu ataupun kelasnya.
10. Jika mereka ingin menjumpai guru di luar daripada waktunya mengajar sedangkan di waktu itu guru tersebut sedang bersembahyang, berzikir, menulis atau membaca lalu dia terhenti (terganggu) ketika terlihat mereka atau tidak menegur mereka, maka mereka akan memberi salam kemudian cepat-cepat pergi dari sana kecuali jika disuruh oleh guru itu untuk menunggu di sana.
11. Mereka tidak meminta daripada guru untuk mengajar di waktu yang menyukarkan baginya atau jika difikirkan akan menyusahkannya ataupun bukan waktu yang biasa bagi guru tersebut untuk mengajar. Begitu juga pada ketika guru itu sedang letih, bosan, dukacita, mengantuk dan sebagainya kerana ini akan menyusahkannya dan menjadi penghalang kepadanya daripada melaksanakan pengajarannya dengan sempurna.
12. Apabila mereka duduk di hadapan guru ketika belajar, mereka duduk dengan penuh tawadhu‘khusyu‘ dan tenang. Memandang guru ketika dia bercakap dengan penuh perhatian dan memikirkan secara mendalam akan kata-katanya dan tidak memandang ke arah lain tanpa keperluan, begitu juga tidak bermain-main dengan tangan, kaki atau anggota-anggota yang lain ataupun bermain-main dengan pen, pakaian serta lain-lain perbuatan yang boleh mengganggu konsentrasi mereka terhadap guru.
Sesungguhnya ulama-ulama salaf sangat memuliakan majlis-majlis ilmu. Mereka duduk diam dengan penuh rasa hormat dan takzim terhadap guru mereka dan tidak akan bercakap kecuali ketika menjawab soalan guru mereka sehingga diumpamakan duduk mereka ketika belajar itu seolah-olah ada burung di atas kepala mereka. Perumpamaan ini bermaksud mereka duduk diam tanpa bergerak-gerak kerana burung pada kebiasaannya tidak akan hinggap kecuali di atas sesuatu yang tidak bergerak-gerak.
Mereka juga tidak menyandarkan tangan mahupun badan pada dinding dan seumpamanya ketika kehadiran guru dan tidak sekali-kali membelakanginya. Mereka juga mengurangkan percakapan tanpa keperluan dan tidak ketawa terbahak-bahak ketika kehadiran guru.
13. Mereka sentiasa menjaga sopan santun ketika bercakap dengan guru dan tidak menggunakan bahasa-bahasa yang boleh menyinggung perasaannya dan tidak memutus percakapannya apatah lagi di waktu ketikanya sedang mengajar kecuali jika disuruh atau diizinkan untuk bercakap oleh guru tersebut.
14. Mereka tidak malu untuk bertanya jika ada kemusykilan mengenai sesuatu yang diajarkan oleh guru dan apabila bertanya mereka akan menjelaskan persoalan mereka itu dengan terang dan jelas.
Imam Abu Hanifah sering menyerukan untuk menuntut ilmu tanpa rasa segan dan malu, dan dalam hal ini hendaklah dia mengajukan pertanyaan-pertanyaannya dengan cara yang baik. Beliau berkata: Bertanya dengan baik adalah separuh dari ilmu.
Jika ditanyakan oleh guru “adakah kamu faham”?, maka mereka tidak sekali-kali akan berkata “ya” kecuali jika benar-benar jelas maksud apa yang diajarkannya itu supaya mereka dapat memahami dengan lebih jelas dan sempurna dan tidak dikira berdusta kepada guru
Mereka tidak sekali-kali malu untuk berkata “aku belum faham” kerana dengan perkataan ini dia akan beroleh berbagai bentuk kebaikan yang akan diperolehi sama ada pada waktu tersebut mahupun untuk masa depannya.
15. Jika guru mereka berlaku kasar ataupun marah, maka merekalah yang akan terlebih dahulu meminta maaf dengan menunjukkan bahawa merekalah yang patut dipersalahkan. Ini akan memberikan manfaat yang lebih bagi mereka sebagai pelajar di dunia dan akhirat serta ini akan lebih membersih dan menyenangkan hati guru.
16. Mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan guru sama ada semasa hayatnya atau sesudah matinya atas jasa serta segala pengorbanan yang telah dicurahkannya kerana jasa-jasa pewaris para nabi  yang tidak ternilai ini tidak akan dapat dibalas.
Pengarang kitab Al-Fawaid Al-Makiyyah iaitu As-Sayyid ‘Alawi berkata: Antara adab pelajar itu ialah tidak lupa mendoakannya setiap masa sepertimana dia tidak lupa untuk mendoakan ibu bapanya dan berbuat baik kepadanya sepertimana dia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.
Imam Ahmad bin Hanbal berkata: Aku tidak pernah lupa mendoakan Imam Asy-Syafi‘e ketika bersembahyang semenjak  empat puluh tahun lalu. Kerana banyaknya doa Imam Ahmad bin Hanbal untuk Imam Asy-Syafi‘e ini, anaknya bertanya kepadanya: Siapakah dia Asy-Syafi‘e ini sehingga engkau pohonkan segala doa-doa ini untuknya!? Imam Ahmad pun menjawab: Anakku, Imam Asy-Syafi‘e umpama matahari bagi dunia ini dan merupakan kesejahteraan bagi seluruh umat manusia.
Pengajaran Daripada Adab Nabi Musa ‘Alaihissalam Terhadap Gurunya
Al-Qur‘an menceritakan bagaimana tingginya peradaban dan akhlak Nabi Musa‘alaihissalam ketika Baginda ingin menuntut ilmu daripada seorang hamba Allah yang dikurniakan ilmu yang tinggi (menurut kebanyakan riwayat, hamba Allah yang dimaksudkan itu ialah Nabi Khidir ‘alaihissalam) dalam firman Allah Ta‘ala dalam Surah al-Kahfi ayat 66:
Tafsirnya: “Nabi Musa ‘alaihissalam berkata kepadanya (Nabi Khidir ‘alaihissalam): “Bolehkan aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu (oleh Allah), ilmu yang menjadi pertunjuk bagiku?”
(Surah Al-Kahfi: 66
Mengikut Imam Fakhrur Razi, ayat ini mengandungi adab serta tatacara yang banyak dan halus bagi seorang pelajar ke atas gurunya, antaranya:
1. Menjadikan dirinya sebagai pengikut Nabi Khidir ‘alaihissalam kerana Baginda mengatakan “bolehkah aku mengikutimu”?.
2. Meminta kebenaran untuk mengikutinya dengan meminta izin terlebih dahulu dengan katanya “bolehkan aku mengikutimu”?  dan bukannya berkata dengan kata-kata yang menunjukkan pembebanan ke atas Nabi Khidir ‘alaihissalam seperti kata-kata “aku ingin mengikutimu”. Ini kerana dengan kalimat yang diucapkan Baginda itu, tiada pihak yang merasa dibebani oleh yang lain. Bahkan, sang muridlah yang harus mengerti kedudukan guru sebagai orang yang patut dihargai.
3. Baginda berkata “supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar” yang menunjukkan pengakuan kejahilan Baginda di hadapan gurunya.
4. Baginda berkata “di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu” dengan menggunakan perkataan “di antara” yang membawa maksud “sebahagian” yang menunjukkan permintaan Nabi Musa ‘alaihissalam agar Nabi Khidir ‘alaihissalammengajarinya sebahagian daripada ilmu yang diajarkan oleh Allah Subhanahu wa Taala. Ini juga mengisyaratkan rasa rendah diri yang seolah-olah Baginda mengatakan, “saya tidak meminta agar kamu mengajariku semua ilmumu, akan tetapi sebahagian dari ilmumu”. Seperti juga halnya seorang fakir yang meminta sedikit dari harta sikaya.
5. Kata-kata Baginda “ilmu yang telah diajarkan kepadamu” merupakan pengakuan bahwasanya Allah Subhanahu wa Taala
lah yang mengajari ilmu itu.
6. Kata Baginda “ilmu yang menjadi pertunjuk bagiku” seolah-olah Baginda mengharap petunjuk daripada ilmu Nabi Khidir ‘alaihissalam kerana tanpa irsyad serta petunjuk maka akan terjerumuslah ke lembah kesesatan.
7. Sabda Baginda “ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu (oleh Allah)”  menunjukkan bahawa Baginda meminta Nabi Khidir ‘alaihissalam memperlakukan Baginda seperimana Nabi Khidir ‘alaihissalam diperlakukan oleh Allah Ta’ala. Di dalamnya ada isyarat agar dirinya diberi nikmat sebagaimana Nabi Khidir  ‘alaihissalam diberi nikmat ilmu oleh Allah. Untuk itu ada pepatah mengatakan, “saya adalah hamba bagi siapa saja yang mengajariku satu huruf”.
8. “Mengikuti“  menunjukkan sikap menurut dan mencontohi guru tanpa membantah, ini membawa erti bahawa seorang pelajar itu harus mengikuti gurunya hanya kerana guru tersebut berbuat demikian. Ini juga menunjukkan bahawa seorang pelajar harus menyerahkan dirinya terhadap irsyad seseorang guru tanpa membantah sedikitpun.
9. Dalam satu riwayat, Nabi Khidir ‘alaihissalam telah diberitahukan bahawa Nabi Musa‘alaihissalam adalah Nabi Bani Israel yang diturunkan kepadanya kitab Taurat dan yang pernah berkata-kata secara langsung dengan Allah Subhanahu wa Taala. Dengan kemuliaannya ini, Baginda meminta agar Nabi Khidir ‘alaihissalam  untuk mengajarnya. Ini menunjukkan bahawa Nabi Musa ‘alaihissalam benar-benar mempunyai keperibadian yang luhur serta tawadhu‘. Hal ini sangat sesuai dengan dirinya yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan sehingga dengan ilmunya itu dia mengerti tatacara yang tinggi dan halus dalam menghormati ahli ilmu.
Penutu
Guru adalah ibu, bapa, pengajar, pendidik, pengasuh, pendek kata guru adalah segalanya bagi seorang pelajar. Segala kesusahan yang ditempuhinya dalam mendidik anak-anak muridnya sepatutnya dihargai kerana tanpa jerih payah seorang guru itu, pelajarnya akan menjadi manusia yang tidak berguna di dunia dan akhirat. Sewajarnyalah setiap pelajar mencontohi para ulama salaf dalam menjaga tingkah laku, sopan santun serta akhlak terhadap guru, tidak kira siapapun gurunya itu, sungguhpun lebih muda ataupun lebih rendah darjat daripadanya. Ini kerana dengan ilmulah manusia diangkat menjadi makhluk termulia di sisi Allah Subhanahu wa Taala sehingga dijadikan sebagai khalifah-Nya di muka bumi, semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan menjaga peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap penyampai ilmu tersebut iaitu guru, pewaris para nabi.