Tuesday, July 30, 2013

Monday, July 22, 2013

SMS raya



Ketupat pulut di atas para,


Hendak direbus di tepi perigi,

SMS dihantar pengganti kad raya,

Tanda ingatan tak luput di hati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.   Mä$äk £èmäñg $àmßil bdiri, hèndäk makäñ di Aidifitri,nàk häñtär käd räyä posmén däh cuti,SMS sahäjä dpt ku bèri.Bùkän lùpä trädi$ì täpì ìkùt tèknøløgi térkiñi yg ädæ d ùjùñg järi. SELÄMÄT HÄRI RÄYÄ ÄIDI£FITRI MAÄF ZÄHIR BÄTiÑ…..
“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN     ANaK CiNa SgGuH LWä JäDì PlüKìS dBäWäH PòHòN,

äNdäì KäTäKù MéNüSüK JìWä JäRì dSùSùN MaäF KüPHòN.

SèLämät Mnyämbùt Härì Räyä AìdìLfìtrì MÄÄF ZÄHìR & BÄTìN   Dlm kerendahan hati

ada ketinggian budi,

Dlm kemiskinan harta

ada kekayaan jiwa,

Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah


Jmbngan indah lg b’seri..Mnjadi hiasn diaidilfitri..Sms dikrim pngganti diri.Tnda ingtn xlupa dihati.. Selamat Hri Rya AidilFitri Maaf Zhir Btin..   Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Dimaafi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Di Aidil Fitri Mulia, Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa TERsilap bicara TERmarah yg x kena TERtanya yg x tentu hala TERsasul yg x sengaja TERpukul kat mana2 TERpinjam harta benda TERmoody x semena2 TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Sepuluh jari tersusun rapi,

Bunga melati pengharum hati,

SMS dikirim pengganti diri,

Memohon maaf setulus hati,

Mohon Maaf Zahir Dan Batin.




bulan ramadhan bulan yang mulia,

di sambut dengan hati yang gembira,

kini syawal semakin menjelma,

tangan ku hulurkan maaf dipinta…


Ada mata pandanglah keindahan,

Ada mulut berbudilah pertuturan;

Ada hati berilah kesayangan,

Ada salah silap silalah maafkan.


Aidilfitri hari kemaafan

Menghapus kesalahan sesama insan

Memupuk perpaduan sesama ehsan

Mengikat tali keakraban


kuih makmur kuih tat

mari makan sama ketupat

bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat

itu yang perlu kita ingat



Terlebih bisa tutur bicara,

Disimpan jangan ampun dipinta,

Syawal dinanti kan kunjung tiba,

Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b


Cincin disarung hati berdebar

Jarinan lembut wajah terhias

Ramadan disambut penuh sabar

Aidilfitri disambut dengan meriah


Buah pauh ditengah bendang

Jadi dagangan ditengah kota

Saudara jauh datang bertandang

Bermaaf-maafan sesama kita


Sungguh rendang pohon rumbia

Tempat persinggahan sianak kera

Ketupat rendang sudah tersedia

Jemputlah semua menjamu selera


Sungai disusur sehari-hari

Dalam gelap menangkap ikan

Kami menyusun sepuluh jari

Salah dan silap harap maafkan


Disisir diandam dengan cekap

Potong rambut pelbagai gaya

Puasa sebulan sudahlah lengkap

Kita menyambut Hari Raya


Negara kita aman sentosa

Jangan dilupa orang terinyanya

Makan sudah baju bergaya

Orang fakir jangan dilupa


Masak udang dan gulai ketam

Pembasuh mulut kuih keria

Berbunyi mercun berdetum detam

Riang gembira dihari raya


secebis kasih membuatkan kita sayang


seucap janji membuatkan kita percaya

sedikit luka membuatkan kita kecewa

tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Salam lebaran aidilfitri.


Mohon maaf andai tkasar bahasa & tsilap bicara,

tlampau tingkah & perbuataan.

Moga rahmat & kasihNya utk kita semua


#HIDUP HANYA SEBENTAR#


SEBENTAR senang

SEBENTAR sedih

SEBENTAR bokek

SEBENTAR berduit

SEBENTAR ketawa

SEBENTAR lagi…

$LEBARAN Idul Fitri$

Mohon Maaf Lahir Batin


Tenggelamnya surya ratapi berakhirnya Ramadhan, hening mencekam songsong kesucian. Taqoballallohu minna wa minkum, maaf semua khilafku, mari kita minta ampunan-Nya.

Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan. Jika hati seputih awan, jangan mendungkan. Raih kemenangan dengan saling memaafkan. Selamat Idul Fitri. Mohon maafin Nita ya!


Bila ada kata terselip dusta, ada sikap membekas lara, dan langkah menoreh luka, semoga masih ada maaf tersisa. Selamat Idul Fitri. Minal Aidin wal Faidzin.

 

Mata kadang salah melihat. Mulut kadang salah berucap. Hati kadang salah menduga. Maafkan segala kekhilafan. Mohon maaf lahir dan bathin. Selamat hari raya Idul Fitri


Tak selamanya mata memandang dengan ramah, hati menilai dengan jernih, dan mulut bicara dengan santun. Menjelang hari raya kuucapkan MET HARI RAYA IDUL FITRI, MOHON MAAF LAHIR BATIN

 

Katak kenyang lalu tertidur, gajah pitam lantas terjatuh, andai tak sampai tangan dihulur, ku pohon keampunan dari jauh. Di Aidilfitri, Selamat Hari Raya

Walau jauh bukan halangan, SMS dihantar tanda persahabatan, Ku pohon maaf selama berkawan, Salam Aidilfitri tanda ingatan. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Jika kesilapan semalam belum terampun, “MAAFKANLAH”. Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati, “LUPAKANLAH”. Jika kesilapan esok dan mendatang, janganlah di bawa ke AKHIRAT, inginku menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf SALAM AIDILFITRI.. Minal aidilwal faizin

ada seketika mata silap memandang, telinga salah mendengar, lidah terlanjur berkata, fikiran khilaf mentafsir & hati silap menduga. ~ mOhOn MaAf AtAs SeGaLaNya YaNg TeLaH sAyA lAkUkAn :) + SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
 

Saturday, July 20, 2013

Secupak rasa yang lara



Orang tak tau tak nampak rasa
Orang tak tau tak nampak calar
Orang tak tau tak nampak gelombang
tak nampak ombak yang melambung
tak nampak gelora dan gelodak
tak nampak derita dan sengsara
tak nampak...

derita yang makin menebal
bagai gumpalan Awan yang akan menurunkan hujan
atau bagai gelora yang menebuk rasa

bagai alun mengalun
bagai Angin membawa helilintar
bagai reribut membelah Alam

Itulah hatiku
rasa dari sebuha jiwa
ditikam sebak
dihantak riak
dilanbung Ombak
tofan yang mengawan

Hanya pada Tuhan
ku kumpul semua derita
ku bakulkan semua sengsara
dengan kuasa dan kudrat tanpa limit
limparkan seguni rasa
menjadi seringan kapas

8 Ramadhan 1434
Jam:Sahur

Sunday, July 14, 2013

Resepi kejayaan orang Jepun

 
Dari satu bangsa yang tinggal terpencil dipulau..Orang jepun kini muncul sebagai bangsa berjaya dan digeruni..apa sebenarnya punca kejayaan mereka...jom..Kita mengkaji kejayaan mereka
Berikut 10 resepi maju yang patut kita contohi dari tingkahlaku orang Jepun, dan 10 point yang sudah hilang dari bangsa kita ini;

1. KERJA KERAS
Sudah menjadi rahsia umum bahawa bangsa Jepun adalah pekerja yang rajin. Secara purata jam kerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Britain (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun).
Seorang pekerja di Jepun dapat menghasilkan sebuah kereta dalam masa 9 hari, sedangkan pekerja di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama. Seorang pekerja Jepun boleh dikatakan boleh melakukan pekerjaan yang biasanya dikerjakan oleh 5-6 orang.

Pulang cepat adalah sesuatu yang boleh dikatakan “agak memalukan” di Jepun, dan menandakan bahawa pegawai tersebut termasuk “yang tidak diperlukan” oleh perniagaan. Di kampus, professor juga biasa pulang malam (secara tepat pagi), membuat mahasiswa tidak mahu pulang cepat. Fenomena Karoshi (mati kerana kerja keras) mungkin hanya ada di Jepun. Sebagian besar orang lama Jepun menyebutkan bahawa dengan kerja keras inilah sebenarnya kebangkitan dan kemakmuran Jepun boleh tercapai.


2. MALU
Malu adalah budaya sopan dan turun temurun bangsa Jepun. Harakiri (bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut) menjadi ritual sejak era samurai, iaitu ketika mereka kalah dalam pertempuran. Masuk ke dunia moden, wacananya sedikit berubah ke fenomena “mengundurkan diri” bagi para pejabat (menteri, politikus, dsb) yang terlibat masalah rasuah atau merasa gagal menjalankan tugasnya. Kesan negatifnya mungkin adalah pelajar yang kadang-kala membunuh diri, kerana keputusan peperiksaan yang buruk atau tidak naik kelas.
Kerana malu jugalah, orang Jepun lebih suka beratur daripada memotong barisan semasa beratur. Mereka secara automatik membentuk barisan dalam setiap keadaan yang diperlukan seperti pembelian ticket, masuk ke stadium untuk menonton bolasepak, menaiki bas, bahkan untuk menggunakan tandas awam. Mereka beratur rapi menunggu giliran. Mereka malu terhadap orang sekeliling apabila mereka melanggar peraturan ataupun norma yang sudah menjadi amalan umum.

3. HIDUP BERJIMAT
Orang Jepun memiliki semangat hidup berjimat dalam keseharian. Sikap anti konsumerisme berlebihan ini nampak dalam berbagai bidang kehidupan. Kebanyakan orang Jepun ramai belanja di supermarket pada sekitar jam 19:30.
Ini kerana sudah menjadi perkara yang biasa bahawa supermarket di Jepun akan memotong harga sampai separuh pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup. Seperti diketahui bahawa Supermarket di Jepun rata-rata tutup pada pukul 20:00.

Contoh lain adalah para suri rumah rela menaiki basikal menuju ke kedai sayur agak jauh dari rumah, hanya kerana lebih murah 20 atau 30 yen. Banyak keluarga Jepun yang tidak memiliki kereta, bukan kerana tidak mampu, tapi kerana lebih berjimat menggunakan bas.
Ruangan pemanas di rumah Jepun pun menggunakan minyak tanah yang berbau, padahal sudah cukup dengan Aircond yang ada mode dingin dan panas.
Alasannya ternyata satu, minyak tanah lebih murah daripada elektrik. Professor Jepun juga terbiasa menaiki basikal tua ke kampus, bersaing dengan mahasiswa-mahasiswanya.


4. SETIA
Setia membuat sistem karier di sebuah perniagaan berjalan dengan rapi. Sedikit berbeda dengan sistem di Amerika dan Eropa, sangat jarang orang Jepun yang bertukar-tukar kerja. Mereka biasanya bertahan di satu atau dua perusahaan sampai pencen.
Ini mungkin implikasi dari Industri di Jepun yang kebanyakan hanya mahu menerima fresh graduate, yang kemudian mereka latih dan didik sendiri sesuai dengan bidang (core business) perusahaan.
Bandar Hofu mungkin sebuah contoh yang nyata. Hofu dulunya adalah bandar industri yang ketinggalan dengan penduduk yang terlalu padat.
Kesetiaan penduduk untuk tetap bertahan (tidak pergi ke luar bandar) dan punya komitmen bersama untuk bekerja keras siang dan malam akhirnya mengubah Hofu menjadi bandar yang maju dan moden. Bahkan pada masa sekarang menjadi bandar industri terbaik dengan pengeluaran kendaraan mencapai 160,000 setahun.

5. INOVASI
Jepun bukan bangsa pembuatan, tapi orang Jepun mempunyai kelebihan dalam mengubah penemuan orang lain dan kemudian memasarkannya dalam bentuk yang diminati oleh masyarakat.
Menarik membaca kisah Akio Morita yang mengembangkan Sony Walkman. Cassete Tape tidak ditemukan oleh Sony, patennya dimiliki oleh perniagaan Phillip Electronics. Tapi yang berhasil mengembangkan dan mengubah model portable sebagai sebuah produk yang meletup selama puluhan tahun adalah Akio Morita, founder dan CEO Sony pada masa itu.
Sampai tahun 1995, tercatat lebih dari 300 model walkman lahir dan jumlah total produksi mencapai 150 juta produk. Teknik kendaraan roda empat juga bukan diciptakan orang Jepun, patennya dimiliki orang Amerika. Tapi ternyata Jepun dengan inovasinya dapat mengembangkan industri kendaraan yang lebih cepat dan murah.
Kereta yang dihasilkan juga relatif lebih murah, ringan, mudah dipandu, mudah dibaiki dan lebih jimat bahan bakar.

Perusahaan Matsushita Electric yang dulu terkenal dengan sebutan “maneshita” (peniru) punya legenda sendiri dengan mesin pembuat rotinya. Inovasi dan idea dari seorang engineernya bernama Ikuko Tanaka yang berinisiatif untuk meniru teknik pembuatan roti dari cheef di Osaka International Hotel, menghasilkan karya mesin pembuat roti (home bakery) berjenama Matsushita yang kemudian semakin terkenal.

6. PANTANG MENYERAH
Sejarah membuktikan bahawa Jepun termasuk bangsa yang tahan banting dan pantang menyerah. Puluhan tahun dibawah kerajaan Tokugawa yang menutup semua akses ke luar negeri, Jepun sangat tertinggal dalam teknologi.
Ketika pemulihan Meiji (meiji ishin) datang, bangsa Jepun cepat beradaptasi dan menjadi fast-learner. Kemiskinan sumber daya alam juga tidak membuat Jepun menyerah. Tidak hanya menjadi pengimport minyak,bijih besi dan kayu, bahkan 85% sumber tenaga Jepun berasal dari negara lain.
Rentetan bencana terjadi di tahun 1945, dari peristiwa bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, disusul dengan kekalahan Jepun dalam perang, dan ditambahi dengan adanya gempa bumi besar di Tokyo. Ternyata Jepun tidak habis.
Dalam beberapa tahun berikutnya Jepun sudah berhasil membangun industri automotif dan bahkan juga keretapi laju (shinkansen) . Mungkin cukup menakjubkan bagaimana Matsushita Konosuke yang perniagaannya hancur dan hampir tersingkir dari perniagaan peralatan elektronik di tahun 1945 masih mampu merangkak, bermula dari kosong untuk membangun industri sehingga menjadi empayar ampuh terkini.
Akio Morita juga awalnya menjadi bahan ketawa orang ketika menawarkan produk Cassete Tapenya yang kecil ke berbagai negara lain. Tapi akhirnya menjadi legenda dengan dengan Sony Walkmannya. Yang
Cukup unik bahawa ilmu dan teori dimana orang harus belajar dari kegagalan dibuat formula di Jepun dengan nama shippaigaku (ilmu kegagalan).


7. BUDAYA BACA
Jangan terperanjat kalau anda datang ke Jepun dan masuk ke densha (kereta elektrik), sebahagian besar penumpangnya baik anak-anak maupun dewasa sedang membaca buku atau surat khabar. Tidak peduli duduk atau berdiri, ramai yang memanfaatkan waktu di densha untuk membaca.

Ramai penerbit yang mula membuat komik manga untuk mengisi di kurikulum sekolah.
Pelajaran Sejarah, Biologi, Bahasa, dsb disajikan dengan menarik yang membuat minat baca masyarakat semakin tinggi. Budaya membaca orang Jepun juga didukung oleh kecepatan dalam proses penerjemahan buku-buku asing (Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, dsb).


8. KERJASAMA
Budaya di Jepun tidak terlalu membuat kerja yang terlalu bersifat individualistik.
Termasuk dalam menghasilkan pekerjaan, biasanya dengan hasil kerja berkumpulan tersebut. Fenomena ini tidak hanya di dunia kerja, keadaan kampus juga seperti itu, mengerjakan tugas assignment biasanya juga dalam bentuk berkumpulan.

Kerja dalam kumpulan mungkin salah satu kekuatan terbesar orang Jepun. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “Seorang professor Jepun akan kalah dengan seorang professor Amerika, tetapi 10 orang professor Amerika tidak akan dapat mengalahkan 10 orang professor Jepun yang berkumpulan”.
Mesyuarat atau muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kumpulan. Keputusan strategi harus dibincangkan dalam “rin-gi”.

9. BERDIKARI
Sejak usia kecil, anak-anak dilatih untuk berdikari.Di Jepun setiap kanak-kanak dilatih untuk membawa perlengkapan sendiri, dan bertanggung jawab terhadap barang miliknya sendiri. Semasa di kolej hampir sebagian besar tidak meminta belanja daripada ibu bapa mereka.

Mereka membuat kerja part time untuk belanja sekolah dan kehidupan sehari-hari. Kalaupun kehabisan wang, mereka “meminjam” wang kepada ibu bapa mereka yang nantinya mereka memulangkan di bulan berikutnya.

10. JAGA TRADISI
Perkembangan teknologi dan ekonomi, tidak membuat bangsa Jepun kehilangan tradisi dan budayanya. Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih ada dan hidup sampai sekarang.

Budaya minta maaf masih menjadi budaya orang Jepang.Sehingga zaman sekarang orang Jepun relatif menghindari berkata “tidak” untuk apabila mendapat tawaran dari orang lain.
Pertanian merupakan tradisi dan aset penting di Jepun. Persaingan keras kerana adanya beras Thailand dan Amerika yang murah, tidak menyurutkan langkah pemerintah Jepang untuk melindungi para petaninya.
Mungkin seperti di atas 10 resepi berjaya yang dapat dirangkumkan. Bangsa Melayu mempunyai hampir semua resepi orang Jepun diatas, hanya mungkin kita belum mengasahnya dengan baik.

Kita yakin ada faktor “kesilapan teknik” yang membuatkan kita agak ketinggalan dalam teknologi dan ekonomi. Mari kita bersama mencari solusi untuk pelbagai masalah dewasa ini. Kita juga harus tetap mahu belajar dan menerima kebaikan dari siapapun, yang baik kita ikut tapi yang buruk kita hindari.