Wednesday, June 23, 2010

Mari kita bercinta





"KASIH SAYANG BUKAN HANYA SEKADAR UCAPAN, BUKAN SEKADAR MEMILIKI TAPI SESUATU YANG MEMBERI KITA NILAI UNTUK TERUS HIDUP, BERI KITA KEKUATAN DAN MAKNA SEBUAH PERHUBUNGAN"

TATKALA pedih dalam kesakitan, rasa cinta mampu menguranginya. Tatkala kelaparan, rasa cinta masih mampu memberikan kekuatan. Tatkala resah digelut masalah, rasa cinta membolehkan nafas ditarik lega.

Itulah kekuatan cinta. Satu perasaan yang mampu berkampung lama lagi dalam, atau sekadar singgah dan kemudian pergi. Semakin lama semakin dalam dan akan semakin menebalkan perisai yang memberi perlindungan. Jika cinta singgah sebentar kadang-kadang tergamit juga hati tatkala sunyi.

Cinta adalah mekanisme un-tuk berasa kuat tatkala lemah, kenyang tatkala lapar, segar tatkala mengantuk, berani tatkala takut, dan lain-lain seumpamanya. Oleh sebab itu, cinta tidak boleh dipandang lekeh sebab kekuatannya mendorong Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa mengembara ratusan tahun untuk kembali bertaut.

Kasih sayang ialah kenderaan cinta. Cinta terpupuk hebat oleh kasih sayang yang asalnya bibit-bibit kecil. Tatkala seorang telah cinta kepada Tuhannya, dia sanggup memperhambakan dirinya tanpa takut dan penat. Biar apapun ancaman yang diberi, Tuhan masih dilihat utama. Cinta sebegini paling agung.

Kasih sayang ialah makanan roh. Memang manusia masih boleh hidup tanpa kasih sayang tetapi hidupnya hambar. Sudah tentu tiada bererti sebarang tubuh tanpa roh, tidak akan bererti seorang manusia tanpa perasaan sayang.

kasih sayang akan melahirkan keluarga yang tidak bertengkar..keluarga yang tidak mementingkan diri sendiri..

Kasih sayang akan menjadikan sahabat amat dekat..kawan amat rapat..

Kasih sayang akan menelurkan wangian bunga bunga..
Ambillah waktu untuk berfikir, itulah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itulah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itulah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itulah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itulah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Monday, June 14, 2010

batas batas Aurat seorang Wanita...jagalah........


1. Bulu kening
''Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
''Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum lelaki supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain kerudung hingga menutupi dada-dada mereka. "An-Nur : 31

5. Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan kerudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan
"Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah haid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." Al Ahzab: 32. Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

11. Kehormatan
''Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.

"Apabila seorang perempuan itu sholat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu."Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

13. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim. Wallohuh A'lam

Wednesday, June 9, 2010

Hati seorang Ayah....


Nota Hati Seorang Lelaki'
Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya.

Beginilah kisahnya...
Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin

pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat

seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau

balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,

isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan

tidak banyak meragam.
"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada

duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba,

sukar ditembak reaksinya.
" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?"
Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh

dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan

Harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang

mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan

pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa

yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan

memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan.

Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap

kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan

wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan

tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.

Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).
Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi

sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan sentiasa memasukkan

duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya.

Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik

perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',

tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.
Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat

sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin

membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya

pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan

kereta kecil Kancil milik kami sendiri. "Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.
Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke

kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya,

ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil.

Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya.

Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja

atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap

diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh

saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah,

kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit

pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.


Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.

Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan

anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah

membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara

gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk

sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi

kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang

berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,

tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!
Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama:
" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia,

lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita

(walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda).

Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun

itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula.

DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana

sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."
Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat.

Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.

Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.

Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan
maksud kita ketika mula memberi!
Sahabat sekelian,
Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua.
Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah

MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA,
MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA.

Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya

Jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia.
Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana Ibu kepada

Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun
Din dan keluarganya.
Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar.

Beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan.

Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat.

lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD,

dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat

dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud

menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD.
Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dgn tangan2

anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik

orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oleh
Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, "BERILAH

SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU". Ketika

hujah itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan

alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga2 adik

beradik ini iaitu Harun Din
Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad

mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan

berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan

jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn

hujah yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah

ibu ini kali terakhir". Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan airmata

tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa

ini disempurnakan hingga selesai.
HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka,

maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak

Din memang disegani oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana

"AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka.
Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air

mata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan

jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah
mereka dan Ampunkanlah kami.
Wallahu A'lam.
Baca hayati, selami dan insafi...... Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab... Bahagia dunia akhirat...

Kita bertanya ...Quran menjawab



KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah me...ngetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " – Surah Al-Baqarah ayat 28
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." – Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

- Surah Ali-Imran ayat 200
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" – Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…"– Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA KENAPA KITA  BERHARAP???

QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. " – Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB "… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." – Surah Yusuf ayat 12

Monday, June 7, 2010

Puisi:ANN

ANN.....
A...apa pun yang berlaku adalah takdir
yang perlu diterima dengan sekujur hati
penuh rela dan redha
kerana disebalik cerita
ada hikmat yang tersembunyi
selepas hujan ribut
udaranya bersih dan suci
jengoklah kebawah
lihatlah insan insan malang
menderita berpanjangan
sengsara sepanjang zaman
lalu kita beza bandingkan
derita kita dan mereka
pastinya dihujung lidah
terpetik piano syukur
kita sebenarnya masih bahagia

N..:nilam pasti bukan kaca
atas segala yang berlaku
itulah tali pengukur iktibar
yakinlah......
bahawa esok mentari lebih sinarnya
pagi pun tidak sesuram kelmaren..
yang penting...
kita tapakan perjalanan
atas pikir dan iman
atas jalan penyelesaian..
atas kepakaran
atas kebijaksanaan
atas keterbukaan
atas ketoliransian

N;..nah,,,,,
detik usia adalah nilai harga
bukan dengan harta
apa lagi pangkat dan jaksa
yang penting bahagia
tenang dan senang
menjejaki kehidupan
panjang  dihadapan
mari kita kembali pada tuhan
ayat ayat tasbih kita baca
ayat ayat cinta kita bina
hakikat kehidupan ini
terlalu misteri
bukan pada benda
bukan pada harta
pada hati yang penuh rela
atas nama setia cinta
saling memahami
mendayung bahtera sakti
terdampar penuh ceria


jala

Saturday, June 5, 2010

puisi:dalam melayari kehidupan...((buat N....)


Hidup ini adalah anugraha ilahi
nilainya mesti diukur dengan kebaikan rupa hati dan wajah budi
menyongsong cerita cinta masa lalu
mengertilah bahawa derita bukan hanya milik kita
tengoklah pada pengemis buta
yang masih tersenyum dibalik tiang jambatan
atau si timpang tersenyum dijalanan

Hidup bagai ten kosong
Seluas samudra dan sedalam lautan
Jangan biar hari harimu terus berlalu pergi
tanpa pengisian abadi
dunia ini apa sebenarnya...
indah hanya di mata
cantiknya bukan pada harta
bukan pada taitel pada gelaran
tapi pada hati..pada perasaan..pada pegangan
Jangan kau rasakan bebanan perasaan
tak tertanggung di jiwa
melihat karenah makhluk dan isinya
malangnya hanya utntuk sebentar Cuma
rumpun2 kenangan pedih
tebaslah
dari menjalar bebas
luka yg terpalit
telah cuba kurawat
dan kuhilngkan parutnya
Di balik kesamaran
haraplah sinar cahaya
mencari bahagia sempurna
mnjadi milik yg abadi
mengiringi setiap lgkahmu nanti
Bahawa kebahagian sejati
Adalah gabungan dunia dan akhrawi
Keputusan terletak pada piker
jadilah
sebagai matahari menyinari bumi di siang hari
serta rembulan dan bintang yang berseri....
di tiap-tiap malam yang cerah walau tanpa awan
Bahwa saling pengertian dan memahami
akan membawa hidup ini penuh pengertian
Bahtera ini terus beranjak
sehingga untaian khatulistiwa...
menjadi sesar dan utuh
bertemulah cinta....
Tapi bukan pada benda
bukan pada kedudukan
Tapi atas nama cinta
Pada insan pada tuhan

Wednesday, June 2, 2010

Kisah.untuk anak yang sering melawan Ibu


Hikmah dari Semangkuk Mie


Pada malam itu, Ana bertengkar dengan ibunya.Karena sangat marah, Ana segera meninggalkan rumah tanpa membawa apapun. Saat berjalan di suatu jalan, ia baru menyadari bahwa ia sama sekali tidak membawa uang. Saat menyusuri sebuah jalan, ia melewati sebuah kedai bakmi dan ia mencium harumnya aroma masakan. Ia ingin sekali memesan semangkuk bakmi, tetapi ia tidak mempunyai uang.
Pemilik kedai melihat Ana berdiri cukup lama di depan kedainya, lalu berkata: “Nona, apakah engkau ingin memesan semangkuk bakmi?”
“Ya, tetapi, aku tidak membawa uang” jawab Ana dengan malu-malu.
“Tidak apa-apa, aku akan mentraktirmu” jawab si pemilik kedai. “Silakan duduk, aku akan memasakkan bakmi untukmu”.
Tidak lama kemudian, pemilik kedai itu mengantarkan semangkuk bakmi. Ana segera makan beberapa suap, kemudian air matanya mulai berlinang
“Ada apa nona?” tanya si pemilik kedai.
“Tidak apa-apa” aku hanya terharu jawab Ana sambil mengeringkan air matanya
“Bahkan, seorang yang baru kukenal pun memberi aku semangkuk bakmi! Tetapi… ibuku sendiri, setelah bertengkar denganku, mengusirku dari rumah dan mengatakan kepadaku agar jangan kembali lagi. Kau, seorang yang baru kukenal, tetapi begitu peduli denganku dibandingkan dengan ibu kandungku sendiri” katanya kepada pemilik kedai.
Pemilik kedai itu setelah mendengar perkataan Ana, menarik nafas panjang lalu berkata:
“Nona, mengapa kau berpikir seperti itu? Renungkanlah hal ini, aku hanya memberimu semangkuk bakmi dan kau begitu terharu. Ibumu telah memasak bakmi dan nasi untukmu saat kau kecil sampai saat ini, mengapa kau tidak berterima kasih kepadanya? Dan kau malah bertengkar dengannya.”
Ana terhenyak mendengar hal tsb.
“Mengapa aku tidak berpikir tentang hal itu? Untuk semangkuk bakmi dari orang yang baru kukenal, aku begitu berterima kasih. Tetapi kepada ibuku yg memasak untukku selama bertahun-tahun, aku bahkan tidak memperlihatkan kepedulianku kepadanya. Dan hanya karena persoalan sepele, aku bertengkar dengannya.
Ana segera menghabiskan bakminya, lalu ia menguatkan dirinya untuk segera pulang ke rumahnya. Saat berjalan ke rumah, ia memikirkan kata-kata yg harus diucapkan kepada ibunya.
Begitu sampai di ambang pintu rumah, ia melihat ibunya berwajah letih dan cemas. Ketika bertemu dengan Ana, kalimat pertama yang keluar dari mulutnya adalah “Ana, kau sudah pulang. Cepat masuklah, Ibu telah menyiapkan makan malam. Makanlah dahulu sebelum kau tidur. Makanan akan dingin jika kau tidak memakannya sekarang:
Pada saat itu Ana tidak dapat menahan tangisnya. Ia pun menangis di pelukan ibunya.

Sekali waktu, kita mungkin akan sangat berterima kasih kepada orang lain di sekitar kita untuk suatu pertolongan kecil yang diberikan kepada kita. Tetapi kepada orang yang s angat dekat dengan kita, khususnya Ibu Bapa  kita, kita harus ingat bahwa kita berterima kasih kepada mereka seumur hidup kita.