Monday, June 7, 2010

Puisi:ANN

ANN.....
A...apa pun yang berlaku adalah takdir
yang perlu diterima dengan sekujur hati
penuh rela dan redha
kerana disebalik cerita
ada hikmat yang tersembunyi
selepas hujan ribut
udaranya bersih dan suci
jengoklah kebawah
lihatlah insan insan malang
menderita berpanjangan
sengsara sepanjang zaman
lalu kita beza bandingkan
derita kita dan mereka
pastinya dihujung lidah
terpetik piano syukur
kita sebenarnya masih bahagia

N..:nilam pasti bukan kaca
atas segala yang berlaku
itulah tali pengukur iktibar
yakinlah......
bahawa esok mentari lebih sinarnya
pagi pun tidak sesuram kelmaren..
yang penting...
kita tapakan perjalanan
atas pikir dan iman
atas jalan penyelesaian..
atas kepakaran
atas kebijaksanaan
atas keterbukaan
atas ketoliransian

N;..nah,,,,,
detik usia adalah nilai harga
bukan dengan harta
apa lagi pangkat dan jaksa
yang penting bahagia
tenang dan senang
menjejaki kehidupan
panjang  dihadapan
mari kita kembali pada tuhan
ayat ayat tasbih kita baca
ayat ayat cinta kita bina
hakikat kehidupan ini
terlalu misteri
bukan pada benda
bukan pada harta
pada hati yang penuh rela
atas nama setia cinta
saling memahami
mendayung bahtera sakti
terdampar penuh ceria


jala

No comments:

Post a Comment