Wednesday, January 22, 2014

Bahagia dan celaka



Celaka dan Bahagia

Muhammad Ibnu Dauri berkata :

Iblis itu celaka kerana 4 perkara , iaitu :

1. Tidak pernah mengakui dosa yang dilakukannya

2. Tidak pernah menyesal setelah melakukan perbuatan dosa

3. Tidak pernah punyai niat untuk bertaubat

4. Putus asa dari rahmat Allah

Sebaliknya, Nabi Adam a.s bahagia kerana 5 perkara iaitu ,

1. Mahu mengakui dosa yang pernah beliau buat

2. Menyesali dosa-dosanya

3. Mencela dirinya sendiri ( kerana melakukan sesuatu kesalahan )

4. Segera bertaubat ( setiap kali melakukan kesalahan )

5. Tidak putus asa dari rahmat Allah.

Tuesday, January 7, 2014

Puisi tahun baru untuk NRD



Sudah sekian lama bulan suram
mentari pudar
bintang tak tentu hala
dah puluhan tahun musim datang dan hilang
namun,serpihan pilu
tetap menjadi peluru dan merobek jantungku
dan kini
Kita sama dirogol dendam
atas suatu paksaan yang tidak Kita relakan
sungguh...
tidak ada satu hari pun bayang bayang itu
tidak mengusikku
lalu Aku bertanya sendiri mau kemana Aku
dan mau kemana kamu
dulu aku pernah mengatakan
terimalah pendatang baru kehidupanmu
tapi kamu menolak untuk menebus kesilapan
sungguh
dendam bertahun begitu pejal
rebah kelmarin sampai hari ini
dalam perjalanan tanpa hati
ku gagahkan kaki
antara duka dan berpura ceria
sms mu pagi dan malam
membuat Aku hilang pertimbangan
tahun baru yang menjelang
Aku masih kerebahan

Stress..stress dan stress,,,,,,,



Stress,serabut.sakit kepala pening kerana pelbagai masalah yang menekan hidup zaman ini perlu ditangani segera kerana makin lama makin menjadi hantu yang menggegar kehidupan...banyak perkara yang boleh kita
lakukan untuk mengatasinya..antara lain adalah dengan berdoa..dan antara doanya adalah...seperti yang saya benrangkan diatas...

Wednesday, January 1, 2014

Peribadi muslim yang hebat


10  CIRI-CIRI PERIBADI MUSLIM

      1. Salimul Aqidah.
Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah swt



      2. Shahihul Ibadah.
        Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul sallallah ’alaihi wasallam yang penting, dalam satu hadisnya; beliau menyatakan: “solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”.Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahwa dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul sallallah ’alaihi wasallam


      3. Matinul Khuluq.
Akhlak yang kukuh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan prilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah mahupun dengan makhluk-makhluk-Nya.
      4. Qowiyyul Jismi.
Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani bererti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fizikalnya yang kuat


      5. Mutsaqqoful Fikri.
Intelek dalam berfikir (mutsaqqoful fikri) merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang penting. Karena itu salah satu sifat Rasul adalah fathonah (cerdas). Muslim yang cerdas akan mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat.





      
6. Mujahadatun Linafsihi.
Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatun linafsihi) merupakan salah satu kepribadian yang harus ada pada diri seorang muslim, karena setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk.

      7. Harishun 'ala Waqtihi.
Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini karena waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya.




      8. Munazhzhamun fi Syu'unihi.
Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk kepribadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur'an maupun sunnah.   Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. 



       9. Qodirun 'alal Kasbi.
Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan mandiri (qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan

       10. Naafi'un Lighoirihi.
Bermanfaat bagi orang lain (nafi'un lighoirihi) merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya karena bermanfaat besar.

Hidup ini bagai satu pokok


Bersyukurlah.kerana sampai hari ini Allah masih menebarkan ruang dan peluang untuk Kita menghirupi udara segar anugrah Allah..
  Hidup ini kalau kita dalami .bagai menanam satu pokok......
, kalau menanam sudah pasti menginginkan pokok yang ditanam subur dan berkembang. Namun, hasrat dan keinginan semata-mata tidak memadai. Ia harus disiram dan dibajai. Alangkah gembira si penanam apabila melihat pokok yang ditanam semakin subur, berkembang, mengeluarkan dahan-dahan yang besar dan subur, disertai pula dengan ranting-ranting dan dedaun yang segar...belum buahnya lagi! Kalau berbuah, makin seronok la si penanam ni.

Namun, kita selalu terlupa dan terleka, dek kesibukan kerja dan keluarga..., terlupa untuk melihat dan menjaga pokok yang ditanam. , adakalanya pokok yang ditanam cuma ada beberapa ranting yang kecil dan kering atau tinggal cuma batang saja, kurus dan melidi...daun pun cuma beberapa helai sahaja. Ehhh..kesiannya.


Tapi, selagi jasad dikandung badan, masih belum terlewat untuk berusaha menyuburkan pokok-pokok yang ditanam. Masih boleh disirami dan dibajai untuk memastikan ianya tumbuh subur yang menghasilkan dahan-dahan dan ranting-ranting serta dedaun yang pasti memberi manfaat kepada semua. Si penanam perlu melihat dan adakalanya perlu bertanya dan berbincang dengan penanam yang lain cara dan kaedah yang sesuai untuk memastikan pokok yang ditanam akhirnya 'menjadi'. Tak salah mengambil pengalaman orang lain untuk kebaikan diri sendiri.

Pokok walaupun tiada buah masih banyak manfaatnya. Dahan dan ranting serta dedaun berguna meredupkan suasana dan menjaga persekitaran agar sentiasa segar dan nyaman. Daun yang telah lama usianya, mungkin akan berguguran ditanah, tapi masih ada manfaatnya buat pokok itu sendiri. Daun akan mereput dan bertindak sebagai baja kepada pokok demi melahirkan dahan, ranting dan daun yang baru. Buah pula adalah sebagai bonus bagi sipenanam.

Oleh itu, kita perlu selalu melihat pokok-pokok kita...