Friday, February 26, 2010

Ktsah lucu:pelajar paling pintar



Kini, Pelajar Paling Cerdik telah ditemui!

Kisah ini berlaku di salah sebuah sekolah ..
Kini pelajar paling cerdik telah ditemui sebagai pengganti pelajar cerdik Amalina kita!
Tahniah..teruskan bacaan anda utk menemui jawapannya:


Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?

Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?

Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of
heat and excitement?

Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get
it you have to use your hand.

Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?

Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?

Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah"

...........................................................................

Wednesday, February 24, 2010

Lagi kisah lucu



Rumah Kahwin

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.
" Kenapa ? " lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

Kisah lucu dari Naratiwas



Rajin ke Kubur

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya
sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

Tuesday, February 23, 2010

Anak kunci syurga



Oleh: Al Ustadz Agus Su’aidi)*

Ibarat sebuah pintu, syurga membutuhkan sebuah kunci untuk membuka pintu-pintunya. Namun, tahukah Anda apa kunci syurga itu? Bagi yang merindukan surga, tentu akan berusaha mencari kuncinya walaupun harus mengorbankan nyawa.

Tetapi Anda tak perlu gelisah, Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menunjukkan pada umatnya apa kunci surga itu, sebagaimana tersebut dalam sebuah hadits yang mulia, beliau bersabda:

“Barang siapa mengucapkan kalimat Laa ilaaha illallah dengan penuh keikhlasan, maka dia akan masuk syurga.“ (HR. Imam Ahmad dengan sanad yang shahih).

Ternyata, kunci syurga itu adalah Laa ilaahaa illallah, kalimat Tauhid yang begitu sering kita ucapkan. Namun semudah itukah pintu syurga kita buka? Bukankah banyak orang yang siang malam mengucapkan kalimat Laa ilaaha illallah, tetapi mereka masih meminta-minta (berdoa dan beribadah) kepada selain Allah, melakukan perbuatan syirik lainnya? Akankah mereka ini juga bisa membuka pintu surga? Tentu tidak mungkin!

Dan ketahuilah, yang namanya kunci pasti bergerigi. Begitu pula kunci syurga yang berupa Laa ilaaha illallah itu, ia pun memiliki gerigi. Jadi, pintu syurga itu hanya bisa dibuka oleh orang yang memiliki kunci yang bergerigi.

Al Imam Al Bukhari meriwayatkan dalam Shahihnya (3/109), bahwa seseorang pernah bertanya kepada Al Imam Munabbih (seorang tabi’in terpercaya dari Shan’a yang hidup pada tahun 34-110 H), “Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?” Wahab menjawab: “Benar, akan tetapi setiap kunci yang bergerigi. Jika engkau membawa kunci yang bergerigi, maka pintu syurga itu akan dibukakan untukmu!”

Lalu, apa gerangan gerigi kunci itu Laa ilaaha illallah itu?

Ketahuilah, gerigi kunci Laa ilaaha illallah itu adalah syarat-syarat Laa ilaaha illallah. Syaikh Abdurrahman bin Muhammad bin Qashim Al Hambali An-Najdi rahimahullah, penyusun kitab Hasyiyyah Tsalatsatil Ushul, pada halaman 52 kitab tersebut menyatakan, syarat-syarat Laa ilaaha illallah itu ada delapan, iaitu:

Pertama: Al ‘Ilmu (mengetahui)
Maksudnya adalah Anda harus mengetahui arti (makna) Laa ilaaha illallah secara benar. Adapun artinya adalah: “Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah.”

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Barang siapa mati dalam keadaan mengetahui bahwa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, niscaya dia akan masuk surga.” (HR. Muslim).

Seandainya Anda mengucapkan kalimat tersebut, tetapi Anda tidak mengerti maknanya, maka ucapan atau persaksian tersebut kurang dan kurang faedahnya.

Kedua: Al Yaqin (Meyakini)
Maksudnya adalah Anda harus menyakini secara pasti kebenaran kalimat Laa ilaaha illallah tanpa ragu dan tanpa bimbang sedikitpun. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Aku bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak di sembah kecuali Allah dan aku adalah utusan Allah. Tidaklah seorang hamba bertemu dengan Allah sambil membawa dua kalimat syahadat tersebut tanpa ragu kecuali pasti dia akan masuk surga.” (HR. Muslim).

Ketiga: Al Qobul (Menerima)
Maksudnya Anda harus menerima segala tuntunan Laa ilaaha illallah dengan senang hati, baik secara lisan maupun perbuatan, tanpa menolak sedikit pun. Anda tidak boleh seperti orang-orang musyirik yang digambarkan oleh Allah dalam Al Qur’an:

إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ * وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُو آلِهَتِنَا لِشَاعِرٍ مَجْنُونٍ

“Orang-orang yang musyrik itu apabila di katakan kepada mereka: (ucapkanlah) Laa ilaaha illallah, mereka menyombongkan diri seraya berkata: Apakah kita harus meninggalkan sesembahan-sesembahan kita hanya karena ucapan penyair yang gila ini?” (Ash Shaffat: 35-36).

Keempat: Al Inqiyad (Tunduk Patuh)
Maksudnya Anda harus tunduk dan patuh melaksanakan tuntunan Laa ilaaha illallah dalam amal-amal nyata. Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ

“Kembalilah ke jalan Tuhanmu, dan tunduklah kepada-Nya.“ (Az-Zumar: 54).

Allah Ta’ala juga berfirman:

وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى

“Dan barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang pada ikatan tali yang amat kokoh (yakni kalimat Laa ilaaha illallah).” (Luqman: 22).

Kelima: Ah Sidq (Jujur atau Benar)
Maksudnya Anda harus jujur dalam melaksanakan tuntutan Laa ilaaha illallah, yakni sesuai antara keyakinan hati dan amal nyata, tanpa disertai kebohongan sedikit pun.

Nabi Sallallahu ‘alahi wa sallam bersabda:

“Tidaklah seseorang itu bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak di sembah kecuali Allah dan Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya, dia mengucapkannya dengan jujur dari lubuk hatinya, melainkan pasti Allah mengharamkan neraka atasnya.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

Keenam: Al Ikhlas (Ikhlas)
Maksudnya Anda harus membersihkan amalan Anda dari noda-noda riya’ (amalan ingin di lihat dan dipuji oleh orang lain), dan berbagai amalan kesyirikan lainnya.

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Sesungguhnya Allah mengharamkan neraka bagi orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallah semata-mata hanya untuk mengharapkan wajah Allah Azza wa Jalla.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

Ketujuh: Al Mahabbah (Cinta)

Maksudnya Anda harus mencintai kalimat tauhid, tuntunannya, dan mencintai juga kepada orang-orang yang bertauhid dengan sepenuh hati, serta membenci segala perkara yang merusak tauhid itu.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ

“Dan di antara manusia ada yang menbuat tandingan-tandingan (sekutu) selain Allah yang dicintai layaknya mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman, sangat mencintai Allah di atas segala-galanya).” (Al-Baqarah: 165).

Dari sini kita tahu, Ahlut Tauhid mencintai Allah dengan cinta yang tulus bersih. Sedangkan ahlus syirik mencintai Allah dan mencintai tuhan-tuhan yang lainnya. Hal ini tentu sangat bertentangan dengan isi kandungan Laa ilaaha illallah.(ed,).

Kedelapan: Al Kufru bimaa Siwaahu (Mengingkari Sesembahan yang Lain)

Maksudnya Anda harus mengingkari segala sesembahan selain Allah, yakni tidak mempercayainya dan tidak menyembahnya, dan juga Anda harus yakin bahwa seluruh sesembahan selain Allah itu batil dan tidak pantas disembah.

Saudaraku kaum muslimin, dari sini dapatlah kita ketahui, bahwa orang yang mengucapkan kalimat Laa ilaaha illallah hanya dengan lisannya tanpa memenuhi syarat-syaratnya, dia bagaikan orang yang memegang kunci tak bergerigi, sehingga mustahil baginya untuk membuka pintu syurga, walaupun dia mengucapkannya lebih dari sejuta banyaknya. Karena itu perhatikanlah!

Wallahu a’lamu bish shawwab.

)* Penulis -hafizhahullah- adalah Pimpinan Pondok Pesantren Al Bayyinah Sidayu Gresik

http://blog.wira.web.id/2010/02/10/kunci-surga

Monday, February 22, 2010

19 perkara kebahagiaan rumahtangga



Semua orang boleh kahwen..tapi pengisian tu penting..nak tanam pokok yu tak payah,,tapi nak menghidupkan pokok,,nak buahkan tu ha yang payah..ada beberpa tip yang perlu anda lakukan untuk kebahagiaan pasangan atau rumahtangga,,
1-Jangan tukar sidia...tapi tukarlah pikiran..pandangan dan pendirian anda
2-jangan nak dia ikut kita saja..kadang kadang ikutlah dia
3-luaskan hatimu selalu..terbuka dan toltransi
4-mesrakan dengan percakapan anda..manis dan manja
5-jadilah pakar saikologis yang arif
6-sedikit cakapbanyak buat
7-fahami kelemahan si dia
8-jangan dibesarkan perkara kecil kecil
9-semua rumah ada pintunya,,semua masalah ada jalan keluarnya,,
10-fahami dan hulurkan jambatan sepanjang masaa
11-ingatlah hidup ini antara dua persimpangan..
12-jaangan jadi tukang arah
13-orang yang manis mulut dan tutur kataa tak pernah rugi

Sunday, February 21, 2010

Masa dihargai diri penuh kualiti



Kita mesti menerima hakikat bahawa masyarakat masih belum arif menggunakan masa..
Bercakap mengenai masa, setiap manusia dikurniakan Allah S.W.T. 24 jam sehari. Sebagai seorang Muslim hendaklah bijak dalam menggunakan masa dengan sebaik-baiknya.
1. Menghargai Masa.

Saling menasihati dalam perkara kebenaran dan kebaikan.

Firman Allah S.W.T.:

Maknanya :

“Demi masa, sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang- orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihat untuk kebenaran dan saling menasihat untuk kesabaran”.

(Surah Al-Asr : 1-3)

2. Pengurusan Masa.

2.1 Meninggalkan Perkara Yang Sia-Sia.

Sabda Rasulullah S.A.W. :

Maknanya :

“Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata, Baginda Rasulullah S.A.W. telah bersabda :“Sebahagian daripada keelokan seorang Mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya”.

( Hadis Riwayat At-Tirmizi ).

Kita digalakkan meninggalkan perkara tidak berfaedah untuk menjadi Muslim berkualiti.

2.2 Bersungguh-sungguh Dalam Setiap Urusan.

Firman Allah S.W.T. :

“Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)”.

(Surah Al-Insyirah : ayat 7)

Kita digalakkan untuk berterusan melakukan setiap kerja dengan bersungguh-sungguh tanpa menangguhkannya. Sering kali terjadi kepada sebahagian Muslim yang sangat suka akan budaya membuat kerja ‘last minute’.

3. Penggunaan Masa

Usia yang ada untuk kita beribadah kepadaNya, puratanya:

Mati - Baligh = Baki Usia, : 65 - 15 = 50 tahun

50 tahun = 18,250 hari = 458,000 jam 24 jam satu hari

Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;

Dalam 50 tahun, waktu yang habis diguna untuk tidur 18,250 hari x 8 jam = 146,000 jam = 16 tahun 7 bulan; dibundarkan kepada 17 tahun.

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam

Dalam 50 tahun, waktu yang habis dipakai untuk aktiviti: 18250 hari x 12 jam = 219000 jam = 25 tahun. Contoh aktiviti : bekerja, bercinta, belajar atau mengajar dan lain-lain.

Waktu rehat ± 4 jam

Dalam 50 tahun, waktu yang digunakan untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun. Rehat: menonton tv dan sebagainya.

*17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun??? 1 solat = ± 10 minit ..... 5 waktu solat = ± 1 jam Dalam waktu 50 tahun, waktu yang digunakan untuk solat = 18250 hari x I jam = 18250 jam = 2 tahun.

Lalu Bila Nak Beribadah??? Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud; "TidakKu ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".

(Surah Az-Dzariyat : 57)

Akhir kalam, Renung dan hayati bersama pesanan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang berbunyi :

“Kewajipan yang perlu kita laksanakan lebih banyak dari masa yang ada, maka bimbanglah saudaramu bagaimana untuk memanfaatkan masa”.

Semoga selepas ini, kita dapat memanfaatkan masa kita dengan sebaiknya dan seterusnya menjadi manusia yang cemerlang di dunia dan di akhirat kelak. Insya Allahu Ta’ala ‘Aalam.

Thursday, February 18, 2010

Puisi :antara ribut dan gelodak



Andai bebunga sudah tidak lagi..
menebarkan aroma
biarlah aku bersendiri
terperuk dalam padang sunyi dan hutan sepi

andai keindahan bahasa
kelembutan sastra
sudah tidak lagi
mewakili inti rasa
biarlah aku berlutut disini

semuga gelodak gejolak ini
akan cepat berlalu
membawa bersama camar kenangan
rebah dalam kilauan harapan
antara Maya dan seribu cekikan

malam dirantauan

Wednesday, February 17, 2010

Renungan



Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada zat yang Memiliki mu."

Tuesday, February 16, 2010

Tok Yen dalam kenangan




Tentu ramai yang masih terkenang kepada Tok Yen(YEN KIAU MANI) dari Pechburi ini..beliau telah meninggal dunia..tapi cerita dan kisah hidupnya amat menarik..sejak kematian Isterinya dia tidak dapat tinggal dirumah,,kenangan dan cintanya amat mendalam..lalu beliau memilih tinggal dalam perahu kecil..tidur makan dan mencari ikan untuk dujual dan makan sendiri..kata katanya amat bernas dan menjadi buah pikiran..Saya petik anatara kata katanya;;;
ไม่เป็นไรหรอก กินเมื่อไหร่ก็กินได้ ผมอยู่ตรงนี้ทั้งวัน
แต่คนที่มาเยี่ยมผม เขาไม่มีเวลาอยู่กับผมทั้งวันหรอก
เดี๋ยวเขาก็ไปกันแล้ว มีธุระต้องไปทำอีก
บางคนต้องเดินทางไปอีกไกล ผมต้องเห็นใจเขา..."
Sewaktu orang menziarahinya dia asyik melayan para tamu ditepi sungai,,kerana lewat orang suruh dia makan..tapi jawabnya..saya dah makan setiap hari,,tapi orang melawat saya lama lama sekali..
Sewaktu Wangnya dicuri..beliau berkata..
คนมันไม่มี มันถึงได้มาเอา
ถ้ามันมีนะ มันก็ไม่มาเอาของเราหรอก
นี่มันไม่มีมันถึงเอา ผมได้ว่าอะไรมันไม่หรอก
pencuri tu tak ada wang,kalau ada mana dia nak ambil hak orang..

Tok Yen kuat bekerja tak suka meminta minta..

"ดูแต่หอยซิ ...ไม่มีมือ ไม่มีตีน

มันยังหากินได้เอง

ประสาอะไรกับ...คนมีมือมีเท้า

หากินเองไม่ได้...ก็อายหอย"
Tengoklah pada Kepah dan Kerang..tak ada tangan tak ada kaki masih dapat mencari makan..apa pasal dengan kita maknusia yang ada kaki ada tangan kalau malas kerja malulah pada kepah dan kerang

"ชีวิตคนเหมือนสะพาน

มีขึ้น ... มีลง

มีสูง ... มีต่ำ

พอสุดท้าย...ก็ตาย
Hidup ni bagai jambatan..ada tinggi ada rendah..ada naik ada turun..akhirnya MATI..

Kisah dan renungan..



Dizaman silam ada seorang guru namanya Khoncu merantau bersama muridnya..apabila sampai disatu tempat mereka berhenti dibawah teduhan pokok rendang dan rimbun....muridnya membuka bungkusan makanan ,sebentar saja muridnya makan nasi yang ada dalam pinggan tanpa memberi kepada gurunya terlebih dulu...Khuncu sangat marah kepada muridnya dan berkata kau lah murid yang biadab sab...Muridnya meminta maaf dan berkata..
"Sewaktu Saya membuka makanan tadi Saya dapati ada debu debu yang amat tidak sesuai diberikan kepada Guru,,nak lempar jauh jauh tak tergamak rasanya kerana bukan senang nak cari makanan dalam perantauan ini..lalu Saya makan..dan akan menyediakan makanan lain untuk Guru.."
Guru Khuncu pun terdiam dan merasa amat bersalah memaki Muridnya...dan meminta maaf...

Nah... kehidupan ini kita sering bertemu dengan keadaan begitu..kita hanya membuat keputusan dari pandangan mata tanpa menggunakan akal dan minda...
Ayuh..kita lihat dengan mata dan kita sertakan dengan akal dan minda...

Renungan lagi dan lagi..



-Walaupun kita berjalan perlahan namun jangan sekali kali undur kebelakang...

-Wanita tanpa budi bagai bunga penuh duri...
lelaki tanpa iman bagai batang tak berdahan
pemudi tanpa malu bagai tajam buluh sembilu..
remaja tanpa pendirian bagai kapal tanpa peduman

-kejahatan senang dilakukan..tapi susah kemudian..
kebaikan sukar dilakukan..tapi bahagia kemudian

-Baik buruk kerana perbuatan...
tinggi rendah kerana perkara yang dilakukan..

Senyuman adalah pelaburan hidup..
sementara stress adalah saham yang sering menurun...

16 feb 2010
10 malam..

Monday, February 15, 2010

Renungan malam

Apa yang anda tidak suka orang lain lakukan pada Anda..jangan sekali kali anda lakukan pada orang lain

Selama mana lautan ada gelombang selama itulah hidup ini penuh dengan dugaan cubaan dan pancaroba...

Kalau tidak mengenal kegelapan kita tidak akan mengenal cerah...

Sunday, February 14, 2010

Sedikit renungan

The rung of a ledder was never meant to rest upon,but only to hold a man,s foot long enough to put the other same what higher...

Tangga bukan tempat berhenti..cuma tempat pijak kaki sementara untuk menuju ketingkat yang lebih atas...

We have two ears and only one mouth in order..that we may hear more and speak less...

Kita dikurniakan dua telinga dan satu mulut..agar kita lebih banyak mendengar daripada banyak bercakap

Youth lives on hope..old age on remembrace..

Remaja penuh dengan harapan..sementara orang tua penuh dengan kenangan masa silam

Friday, February 12, 2010

Berushalah



Berushalah sedaya mungkin untuk menjadi suami terbaik kepada isteri yang baik..nama saja SUAMI sekali gus menggalas seribu tanggungjawab yang nanti akan di nilai oleh Allah...Suami terbaik memiliki hati budi dan lagak ragam yang menarik dan tidak menjemukan..kekadang...
1-jadi bapa:punya sifat pengasih yang amat tinggi..sayangnya tak ada tolak banding..kasihnya sejilah kaca..
2-jadi sebagai kawan:yang tentunya amat rapat hubungan..yang sering mau bicara dan bertukar pandangan berkongsi suka duka..
3-bagai guru..yang akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar dengan penuh tulus..tapi jangan selalu menjadi guru..jangan 24 jam jadi guru
4-jadilah suami yang romantis..yang akan membahagiakan isteri ..suami yang akan dirindui..isteri kalaa tiada..
suami yang up date selalu penampilan dan gaya...
Nah..hidup berumahtangga tidak kecut apalagi tawar..

Cerita lucu: Joha berbulan madu


BULAN MADU
Setelah selesai majlis upacara akad nikah, Juha pun terus membawa isterinya pulang ke rumah tanpa apa-apa persiapan. Bilamana mereka masuk ke dalam rumah, isterinya terus menjerit kerana terperanjat seraya berkata: "oh Juha! mengapa rumah kita ini penuh dengan lalat dan lebah?", Jawab Juha tenang: "wahai isteriku yang tercinta! kamu lupakah bukankah kita sekarang ini sedang berbulan madu!"

Thursday, February 11, 2010

Jangan kau sebut rindu itu

Maya...
jangan kau sebut rindu itu..
ia bagai pedang samurai yang mencantas
terhuyung Aku dibuatnya...
Aku pun amat merindumu..
tapi apakan daya..
untuk sebuah mahligai bahagiamu
Aku rela dan redha..
Aku ingin melihat Maya atas singgahsana
mercu paling bahagia
gadingnya istana
lalu kerinduan itu..
tertanam didada
walaupun sengsara..
ku bawa rindu
bersama alunan takdir
antara paksaan dan air mata
rindumu adalah atma
rinduku adalah penawar
apapun yang terjadi
Maya mesti bahagia
itulah kota harap
itulah mahkota doa
jangan Maya pikir apa yang akan terjadi
Aku akan terus merantau
membawa bersama permata rindumu
sampai bila dan bila bila

malam dirantau
11 feb 2010

Monday, February 8, 2010

Kata kata Ibrahim ibnu Adham


Aku mencari..Aku menggali..
lalu ku temui kemanisan yang amat manis..
dalam sembahyang..sewaktu membaca quran
dan sewaktu berzikir..
andai anda dapat merasakan kemanisan..
pada 3 tempat tadi..bersyukur dan
bergembiralah..
tapi andai anda tidak ketemukan rasa
manis pada ketiga tempat tadi..
mengertilah..
hati anda telah tertutup rapat...

Thursday, February 4, 2010

Tu..dia tu ada 4 orang isteri.....



Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini. Aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal. Aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang. Aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini. Aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa Putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu. Aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;


ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita.Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah.

Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.