Sunday, February 21, 2010
Masa dihargai diri penuh kualiti
Kita mesti menerima hakikat bahawa masyarakat masih belum arif menggunakan masa..
Bercakap mengenai masa, setiap manusia dikurniakan Allah S.W.T. 24 jam sehari. Sebagai seorang Muslim hendaklah bijak dalam menggunakan masa dengan sebaik-baiknya.
1. Menghargai Masa.
Saling menasihati dalam perkara kebenaran dan kebaikan.
Firman Allah S.W.T.:
Maknanya :
“Demi masa, sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang- orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihat untuk kebenaran dan saling menasihat untuk kesabaran”.
(Surah Al-Asr : 1-3)
2. Pengurusan Masa.
2.1 Meninggalkan Perkara Yang Sia-Sia.
Sabda Rasulullah S.A.W. :
Maknanya :
“Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata, Baginda Rasulullah S.A.W. telah bersabda :“Sebahagian daripada keelokan seorang Mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya”.
( Hadis Riwayat At-Tirmizi ).
Kita digalakkan meninggalkan perkara tidak berfaedah untuk menjadi Muslim berkualiti.
2.2 Bersungguh-sungguh Dalam Setiap Urusan.
Firman Allah S.W.T. :
“Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)”.
(Surah Al-Insyirah : ayat 7)
Kita digalakkan untuk berterusan melakukan setiap kerja dengan bersungguh-sungguh tanpa menangguhkannya. Sering kali terjadi kepada sebahagian Muslim yang sangat suka akan budaya membuat kerja ‘last minute’.
3. Penggunaan Masa
Usia yang ada untuk kita beribadah kepadaNya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, : 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun = 18,250 hari = 458,000 jam 24 jam satu hari
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun, waktu yang habis diguna untuk tidur 18,250 hari x 8 jam = 146,000 jam = 16 tahun 7 bulan; dibundarkan kepada 17 tahun.
Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun, waktu yang habis dipakai untuk aktiviti: 18250 hari x 12 jam = 219000 jam = 25 tahun. Contoh aktiviti : bekerja, bercinta, belajar atau mengajar dan lain-lain.
Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun, waktu yang digunakan untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun. Rehat: menonton tv dan sebagainya.
*17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun??? 1 solat = ± 10 minit ..... 5 waktu solat = ± 1 jam Dalam waktu 50 tahun, waktu yang digunakan untuk solat = 18250 hari x I jam = 18250 jam = 2 tahun.
Lalu Bila Nak Beribadah??? Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud; "TidakKu ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
(Surah Az-Dzariyat : 57)
Akhir kalam, Renung dan hayati bersama pesanan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang berbunyi :
“Kewajipan yang perlu kita laksanakan lebih banyak dari masa yang ada, maka bimbanglah saudaramu bagaimana untuk memanfaatkan masa”.
Semoga selepas ini, kita dapat memanfaatkan masa kita dengan sebaiknya dan seterusnya menjadi manusia yang cemerlang di dunia dan di akhirat kelak. Insya Allahu Ta’ala ‘Aalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment