Saturday, August 15, 2009

Aku atau dia

Suatu hari dalam perjalanan
ku terserempak seorang tua
jangguk dan kumis terbiar
tumbuh merata
orang tua itu tersenyum
dan menceritakan kaca kaca masa lalu
ada isteri yang meninggalkannya
kerana dia dilahirkan papa
ada anak..
entah dimana..
ku tanya kemana anak anak 6 orang
dengan mata berkaca ada air didalamnya
dia mengulum senyum pahit
untuk apa seorang bapa tua
untuk apa seorang ayah papa
untuk apa insan tak berdaya
orang akan memanggil ayah kalau ada harta
orang akan memanggl Ayah kalau poket penuh berisi
orang akan memanggil bapa kalau rumah ada kerita
kalau tanah ada harta
kalau ada akaun bank
untuk apa seorang bapa
kalau hidupnya melarat
keripat keparat
belum dia menghabiskan kata kata
aku berlalu pergi
masih ada kah anak anak seperti itu.
15 Singhakum 2000

No comments:

Post a Comment