วันจันทร์ที่ 31 สิงหาคม พ.ศ. 2552

makanan untuk kesihatan


"Roti yang paling bagus ialah diperbuat
daripad a gandum yang baik dimasak
dalam pembakar roti yang bulat. Roti
itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan,
jika tidak kita akan merasa haus bila
memakannya. Roti yang sudah lama dan
tidak elok akan menyebukan perut. Roti
yang terdapat sekam gandum mudah
dicernakan. Nabi s.a.w. pernah
bersabda "Jangan potong roti dengan
pisau, hormatilah roti itu dengan
memotong dengan tanganmu kerana Allah
menghormati roti itu".

Jintan Manis (anisun)Jintan manis
banyak khasiatnya ianya melegakan
kesakit an dalam badan, melancarkan
alira n keluar haid, membanyakkan susu
dan membuang gas dalam usus. Ianya
juga boleh digunakan dalam bentuk
serbuk dan disapu disekeliling mata
bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada
yang manis. Ianya juga boleh
menguatkan organ

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan
ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk
badan. Rasulullah s.a.w. pernah
memberi sup barli kepada orang yg
mengidap demam.

Selasi h (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan
organ hati, memudahkan tidur dengan
cara menyapu kepala dengan basil yang
dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan
melembapkan. Baik untuk menghilangkan
sem belit. Mentega yang dicampurkan
denga n kurma dan madu sejenis makanan
yang menghilangkan rasa mengidam pada
perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayura n ini sukar dihadam dan bahaya
untuk penglihatan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya
juga melancarkan aliran haid dan air
kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar
berdarah, menghilangkan dahaga dan
dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah
bersabda "Jadilah seperti biji habb al
sauda kerana biji ini ubat semua
penyakit kecuali kanser dan mati".
Adalah dilaporkan juga bahawa Allah
Taala menunjukkan bahawa "ia" itu
ialah hab al sauda menghapuskan angin
dalam usus dan demam. Baik untuk
merawat 'leukoderma' dan membuka
saluran urat yang halus. Berguna untuk
menghilangk an penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahka n penghadaman. membetulkan
imban gan badan, baik untuk otak dan
badan, serta mencantikkan rupa paras.
Walau bagaimanapun jika dimakan
terlalu banyak boleh menyebabkan
penya kit sendi dan yang terbaik ialah
daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan
pemanas badan. Minyaknya sebagai
penawar untuk menghapuskan rasa tidak
hadam. Ia merupakan campuran (rempah
ratus) yang digunakan dalam resepi
masakan hampir tiga suku penduduk
dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning
pucat, kurang mengandungi asid
(utrujj) Nabi Muhammad s.a.w. pernah
bersabda, "Limau ini adalah seperti
mukmin:ba gus dirasa dan bagus dihidu".
Limau ini menguatkan organ hati serta
dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-
bintik pada kulit, menghapuskan
kela paran dan melambatkan pengaliran
dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan
menggalakkan pembuangan air kecil.
Makan kurma dengan timun muda
menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk
memanaskan badan. Jintan putih yang
direndam di dalam air dan diminum
adalah baik untuk mengubat perut yang
memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah
yang tiada tamar atau kurma adalah
rumah yg tiada bermakanan". Nabi
s.a.w. sendiri pernah menanam kurma
atau tamar. Kurma hendaklah dimakan
dengan badam untuk menghapuskan parut
yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya
hempedu . Kecenderungan benda ini
mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan
dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh
kita dapati daripada telur ayam
(setengah masak atau ?masak) bukan
direbus keras. Putih telur melegakan
apabila kita melecur atau kulit
terbakar dan menghilangkan parut pada
kulit.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik
terutama yang makan tumbuh tumbuhan,
bukan yang makan lumpur dan benda-
benda seni dalam air. Ikan yang tidak
dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan
keti dak seimbangan badan.

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk
memanaskan badan. Khasiatnya membuang
gas dan menggalakkan pengeluaran air
mani. Baik untuk pembawakan sejuk,
untuk mencairkan balgham. Minyaknya
digunak an untuk merawat gigitan
serangga dan Nabi s.a.w pernah
bersabda "Sesiapa yang memakan pohon
ini maka janganlah dia mendekati kami
dan janganlah sembahyang bersama
bersama kami."

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak.
Ia dianggap sebagai penawar racun.
Campurkan dengan manisan lalu dimakan
dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat
17, Surah Al Insan) firman Allah Taala
yang bermaksud "Dan mereka dalam
Syurga itu,diberi dari sejenis minuman
yang campurannya dari zanjabil".
Khasia tnya membantu penghadaman dan
memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai.
Antaranya menghilangkan bekas calar-
calar atau lebam pada badan,
menghilang kan sakit kepala, sakit
dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan
rambu t. Inai bersifat sangat panas dan
menerbitkan perasaan cinta. Wangian
yang terbaik ialah yang diperbuat dari
bunga inai. Memakai inai pada kuku,
tangan dan kaki menjadi biasaan
masyaraka t di Timur terutama bagi
pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai
kh asiat. Madu atau manisan lebah ini
apabila dicampur dengan air panas
boleh mengubati penyakit cirit birit.
Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang
aku dalam genggaman Nya, minumlah
madu. Malaikat akan memohon rahmat
pada penghuni rumah yang ada madu di
dalamnya. Jika seseorang itu makan
madu, seribu ubat masuk keperutnya dan
sejuta penyakit keluar darinya."
Rasulullah sendiri mengamalkan meminum
madu, dengan meminum segelas air yang
dicampurkan dengan madu setiap pagi
ketika perut kosong. Madu dianggap ibu
segala makanan, minuman dan ubatan.
Madu yang paling berkualiti ialah madu
yang dikeluarkan dalam musim bunga
(spring), seterusnya dalam musim panas
(summer) dan yang kurang berkualiti
adalah madu yang dihasilkan dalam
musim sejuk (winter).

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap
sayuran yang baik untuk dimakan. Ia
melembutkan tubuh yang keras dan
membantu menyembuhkan penyakit
gangguan mental. Salad melemahkan
tenaga batin dan terlalu banyak
memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat.
Dikataka n bahawa orang yang memakan
daging selama 40 hari berturut turut
tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan
orang yang tidak memakan daging selama
40 hari berturut-turut juga tidak akan
mendatangkan kebaikan. Dengan kata
lain makanlah daging secara sederhana.
Daging yang paling baik ialah daging
kambing. Ianya bersifat panas dan
lembab. Daging kambing yang paling
baik ialah daging kambing jantan yang
berumur satu hingga dua tahun. Adapun
daging babi haram dimakan. Terdapat
pertelin gkahan pendapat mengenai
daging kuda sebagai makanan biasa.
Ibnu Sina berpendapat bahawa daging
unta, kuda, keldai adalah tidak baik
dimakan sebagai makanan biasa. Syariat
juga melarang memakan daging binatang
pemangsa . Dilarang memakan daging
binatang pemangsa yang kukunya
mencengka m dan menyangkuk.

Sumber myinteim

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น