วันเสาร์ที่ 5 กันยายน พ.ศ. 2552

Puisi untuk Kaklong..guru hisabku


Masih terasa pedihnya
cubitan cikgu ditelinga
membimbingku bagai anakmu
kau tatah bagai permata
kau tapah bagai minyak
kau papah bagai pesakit
cubitan mu membuat aku sedar
tengtang erti ilmu dan pengalaman
tentang masa depan
tentang progrem dan rancangan
nasihat yang kau tabur
adalah bertih metra
menyedarkan aku tentang segenggam budi
lalu.....
apabila usia meningkat
jasamu makin ku kenang
menjadi kilauan berlian
yang tidak bisa dijualbelikan
nah...........
tabik hurmat ku pada jasa
untuk Kaklong cikguku
Dusun langgar kotabaru
semuga panjang usia
sihat ceria

15 ramadhan 1430
Jala

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น