Sunday, September 13, 2009

Puisi Dairah Jala:kita dah nak raya


Kita dah nak raya weh
pakat suka pakat gembira
maklumlah setahun hanya sekali
dikeda rama tak leh nak jale
penuh dengan budak budak dan ore tua
cari baju cari selipar
harga mahal lari pinar
getah pun murah benar
nak beli sehelai baju untuk anak
kena noreh dua hari
tu tak masuk hak ayah dan ibu
Terah pun tak sukat lagi
pulut buat ketupat dimana nak cari
hari raya pun tiba
budak budak paka baju baru
tapi Ayah tetap paka baju dulu
kedutnya seribu
selipar pun kuning satu hija satu
Ibu pun serupa tu
baju yang di paka
telah tiga musim raya berlalu
takbir raya bergema
Ayah dan ibu sayu
melihat langit berwarna kelabu

Jala
selepas sahur 12 kanyayon2009

No comments:

Post a Comment