Sunday, September 6, 2009

Puisi : kelapa


Betapa rindunya hati ini
Kala diriku terjerat di penjara cinta
Kala hatiku dibaluti kesayuan rindu
Kala sepi berlabuh di dasar kalbu
Kala irama syahdu menemani diri mengisi waktu
terkenang buah kelapa
yang sering membelai luka
kurindu pada manis airmu
Seakan mengerti bisikan hati.
kelapa muda
Hari berganti hari
namun kelapa muda tetap bersemadi
ku tau manisnya nira
kulit hijau mempesona
ternampak tarian rindu
pada daun kelapa muda itu
sesekali semilir angin menyapa
daun kelapa meliut manja
bertambah lagi sayangku
kadang kadang aku bertanya
kenapa ..dari mana
tanpa ribut dan taufan
airnya berganda
ku ingin desiran kelapa itu bergulir lagi
biar gisirannya melonak hati
bagai biola dan irama keroncong
serulah angin ong balong
mohon tiga kawah angin
dari puncak gunung itu
kerana aku amat gembira
mendengar siolan dedaun
dan bersihnya kulit hijau
bersama nira
disitulah tumpahnya cinta

selepas berbuka 16 ramadhan 1430

No comments:

Post a Comment