Monday, September 7, 2009

lagi cerita lucu


1-Senyum selalu
Seorang anggota polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki. Selepas memeriksa mayat-mayat, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan,
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat ini mati tersenyum? www.familiazam.com
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba dia mati diserang angin ahmar, lelaki kedua pula dikhabarkan menang loteri dan tak sempat menjamah duit kemenangan itu... dia diserang sakit jantung. Lelaki ketiga pula mati disambar petir.
Polis: Haa mati disambar petir pun boleh tersenyum lagi? www.familiazam.com
Penjaga: Masa tu, dia ingat orang sedang tangkap gambarnya

2-Kejutkan Saya
Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...
"KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI"dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis...
"BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI"

3 Tak malu
Dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel lima bintang, si isteri tegur suaminya.
Isteri: Abang ni, dah lapan kali ambil daging bakar tu, orang lain perhati aja. Abang tak malu ke?
Suami: Tak... abang cakap dengan dia orang, awak yang nak.


3- Temuduga
Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temu duga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temu duga, pengurus kilang pun memberitahu...
Pengurus kilang : Untuk permulaan, kita akan bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas tiga bulan, kami akan naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?
Dol: Setuju, bos! (lalu menjabat tangan bakal bosnya itu).
Pengurus kilang : Bagus, bagus! Kalau macam tu bila kamu boleh mula kerja?
Dol: Tiga bulan lagi, bos!

No comments:

Post a Comment