Tuesday, September 8, 2009
Puisi dairah Jala
Hariraya dah nak tiba
hariraya
sebut saja nama
hati kita pun gembira
serupa sekuntum bunga kembe
harum sedap baunya
disebuah rumah kecik
buruk pula
ada satu keluarga
titik hujan dimata Ayah
baju raya anak anak tak beli lagi
sukat terah nak cari mana
mana duit nak buat ketupat
mana duit nak beli beras
hari raya semua gembira
si Ibu mikir jauh
pada masa depan yang gelap gelita
serupa malam takdak bintang
kalau ada pun
serupa lit lit cahaya dihujung gua
hujan dimata makin melebat
dinding rumah pun berlubang
atap pun tiris dimana mana
ni raya dah nak tiba
hati rasa gembira
tapi nak cari mana nak beli baju raya
untuk anak anak berlima
dirumah sana
tiga anak yatim
bapanya meninggal dua tiga tahun lalu
kepada siapa tangan nak hulur
meminta sepasang baju
meminta kupiah putih
kepada siapa dia nak panggil Ayah
kepada siapa kasih nak curah
kepada siapa tangan nak kucup
anak yatim itu merenung lagi
pada malam hitam
dia serupa seekor semut hitam
atas batu hitam
pada malam yang kelam
air mata yang berderai
sudah tidak bererti lagi
sudah bercupak airnya keluar
tapi tak ada yang simpati
namun tahun ini
seperti tahun tahun berlalu
dia akan menangis lagi
dia akan sebak lagi
Selepas berbuka puasa 8 kanyayon 2009
jala
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment