Monday, September 14, 2009
Puisi Dairah jala: Terkenang
Terdengar gendang raya berbunyi
sayup sayup disubuh hari
dan takbir dimasjid tua
bagai anak ayam keluar sarang
anak anak berlari kesungai
dengan gementar kesejukan
dijirus seluruh badan
hari ni hari raya
terkenang aku pada Ayah
yang telah lama pergi
meninggalkan aku sewaktu aku berusia 4 tahun
terkenang pada Ibu yang amat berjasa
pun telah lama kembali
tanpa ayah dan ibu dipagi raya
sunyi dimana mana
lengang suasana
aku lah anak sunyi
aku lah anak sepi
menagiih kasih dipagi raya
ada tangan yang dikucup
ada tangan mengusap kepala
kita kadang kadang terlupa
sewaktu Ibu dan ayah ada
tidak mencurahkan segala rasa
apabila mereka tiada
barulah mencari sayang
menagih kasih
mengharap belaian cinta
dipagi raya
bersama bibir yang bergetaran
aku panggil nama Ayah
Aku sebut nama ibu
Selepas berbuka 21 Ramadhan 1430
Jala...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment