วันศุกร์ที่ 18 กันยายน พ.ศ. 2552

puisi Dairah jala:Untuk sapa puisi ini



Sudah banyak ku tulis puisi
meluahkan sejalur rona hati
tapi disini
takdak sapa nak baca
takdak sapa nak ambil kira
kadang kadang aku tertanya sendiri
untuk sapa sejuta puisi
takdak tempat curahnya
orang sini suka kecek hal khilafiah
suka kecek hal sunat sunat
ada yang balah
ada yang pecah
sapa bercekah
lalu jadi firkah firkah

Sudah banyak ku tulis puisi
nak ajak kenal hakiki diri
tapi takdak yang baca
ada kata tak reti
ada kata tak bererti

pada sapa kelembutan ini
akan ku curah hati bakti
menabur semaian cinta
namun aku tak putus asa
aku akan menyanyi lagi
tentang pokok beringin yang patah
tentang bunga yang layu
tentang angin yang malu

Selepas sahur..28 Ramadhan 1430
jala

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น