Wednesday, April 28, 2010
Puisi:makilah Aku
kata katamu
adalah tasbih piluku
yang membertih menggoncang jiwa
seorang lelaki
bagi kau tak berani berdiri
Penyesalanmu masa lalu
kerana terjebak pada penjara cinta
terperok dilokap sayang
adalah luka hatiku
terhiris jantung ini
darahnya merah memercik bumi
Akulah si pari pari
insan hina dalam firasatmu
Akulah pengorak cerita
Akulah lelaki yang kau dendam
Akulah penyesalanmu
akulahkebencianmu
kasarnya bahasa
maki cacimu
Sumpah seranahlah
kalau itu suka bahagiamu
Aku rela menerimanya
namun kau juga harus mengerti
hakikat yang terjadi
namun Aku tetap dengan pendirian
bahawa cinta itu
tiada syaratnya
kau tau
betapa ku hirup nafas derita
ku siram hikmah kata
kata katamu
adalah luka luka yang ternganga
beralun gelombang lara
lalu kususun kata
menjadi bingkai gelora
dalam lembutmu
kasanya kata kata
Solo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment