Saturday, April 3, 2010

Bahayanya penyakit darah tinggi

Lebih 17.2 juta manusia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit kardiovaskular, dengan itu menjadikannya penyebab utama kematian di seluruh dunia.

Penyakit tekanan darah tinggi semakin meningkat sepanjang 10 tahun kebelakangan ini

Kira-kira 43 peratus masyarakat yang berumur melebihi 30 tahun menderita penyakit kronik ini, iaitu peningkatan daripada 33 peratus yang direkodkan pada tahun 1996

penyakit jantung dan penyakit yang berkaitan peredaran pulmonari merupakan penyebab utama kematian di hospital-hospital kerajaan. Presiden Persatuan Jantung Nasional (NHAM) Dr. Sim Kui Hian berkata negara ini kehilangan beribu-ribu orang yang masih dalam lingkungan umur produktif setiap tahun akibat diserang oleh penyakit-penyakit kardiovaskular.

Bagaimanakah Kita Boleh Mengawal Tekanan Darah Kita?

“Pemeriksaan tekanan darah secara kerap di rumah untuk sentiasa mengamati paras tekanan darah kita.

“Mereka yang mengambil ubat anti hipertensi hendaklah terus mengambilnya setiap hari dan jangan lupakan ia atau berhenti mengambilnya tanpa terlebih dahulu meminta nasihat doktor.

Cara Untuk Mengelak Daripada Serangan Darah Tinggi

# Jangan merokok

# Kekalkan berat badan yang sihat

# Bersenam secara kerap

# Semua orang dewasa yang sihat dalam lingkungan umur 18-65 tahun seharusnya mendapat sekurang-kurangnya 30 minit kegiatan senaman yang sederhana lima hari seminggu.

# Makan makanan yang sihat

# Makan lebih banyak buahan dan sayuran yang segar

# Kurangkan pengambilan garam

# Kurangkan makanan bergoreng; pilihlah makanan yang dikukus, panggang atau dibakar

# Kurangkan pengambilan makanan yang sarat dengan kolesterol.

No comments:

Post a Comment