(Ibu Masroh .gunung merapi)
Tak apa lah
kalu gitu mu mu
ku turut kata putus itu
carilah rama rama unggas berkeliaran
kejarlah kumbang dikelopak bunga
jelujurilah jerijit itu
Kalau satu hari kau bertemu
hasrat hati kemahuan diri
beritahulah segera padaku
agar Aku cepat terbang
membawa bebayang kelabu
menjadi pelarian sepi
yang selalu menghantu hidupku
Mengertilah seluruh Maya..
bahawa cinta itu tiada syaratnya
untuk mengucap tasbih kasih
apa perlu biji biji saga
kita bilang dengan cinta
kita ukur dengan jiwa
kita timbang dengan hati
kita kira dengan nyawa
jj kala sepi
No comments:
Post a Comment