Monday, January 9, 2012
Untuk Kaklong ..Cikguku
Kaklong..
sudah setahun anak muridmu ini tidak menjengukmu
bukan..
bukan kerana Aku melupakan sebidang budi segunung jasa
bukan..
bukan Aku melupakan bertih nasihat metra ilmu
yang Kaklong ajarkan
masih terkenang sampai kini dan bila bila
apabila kaklong mencubit telingaku
kerana Aku tidak memahami pelajaran hisabmu
motibasimu adalah azimat keramat
yang akan ku pegang sampai bila bila
tapi hari ini Kaklong
entah mengapa hati ini tak pernah tenang.
masaalah yang memingangi hidup
rasa ngelu rasa kecewa rasa hiba
pada hal Dia telah bahagia
dibawah angin bayu
disepanjang pesisir pantai sampurna
Kaklong pada mu ku rintihi sedih rasa hati
pada Maya yang telah pergi
Kaklong..
apa khabar
nanti akan ku jengukmu
dalam salam kasih
dan hurmat berpanjangan
10 jan 2012
pagi hujan lebat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment