Wednesday, January 11, 2012

Cerpen:Segaris cahaya dihujung Gua

"Boleh Wan tolong karangkan sebuah sajak..kerana saya ditugaskan untuk masuk kepertandingan diklamasi sajak yang akan diadakan di Nilam puri.."Tegur Rasyidah yang hadir bersama temannya radiah..dia belajar ditingkatan 5 dan Saya waktu itu belajar tingkatan 6 Maahad Muhammadi..



"Eh..mana Saya pandai nak karang sebuah sajak ,untuk diklamasi pula tu: "Wan menolak..


"Cikgu Zanariah guru sastra yang suruh saya datang menemui Wan" tambah Rasyidah..


Apabila sebut saaja nama Cikgu zanariah terpaksalah Aku karang sebuah sajak berjodol.."Aku anak kelate"


Pertandingan yang disertai hampir 53 wakil dari sekolah sekolah dikelantan begitu ramai dihadiri peminat sajak..termasuklah penyajak terkenal dari Kl..


malam terakhir pertandingan itu Rasyidah dinobatkan sebagai juara pertandingan sajak seluruh kelantan..Cikgu zanariah mengangkat ibu tangan padaku..dan Rasyidah bergegas menemuiku,,berterimakasih..


Aku tak sangka sedikit budi itu begitu besar pada Rasyidah..disatu petang yang sunyi dia meluahkan isi hatinya yang tak dapat dipendam..bahawa dia amat menyintai ku..Aku menolak..kerana Aku tak pernah pikirkan hal itu..lagipun Aku ditahun akhir,,terpaksa bertungkus kumus dan bertekad untuk masuk u..


Penolakan cinta itu membuat Rasyidah tidak hadir kesekolah..Cikgu zanariah yang maklum hal itu meminta Aku memujuknya..


"Syidah!!..sori lah..mana mungkin Saya menerima cinta itu..Saya kenal sangat..Syidah comel sangat..semua orang tau Syidah adalah bintang idola pelajar lelaki..lagipun Syidah adalah anak seorang pengarah sekolah menengah ."


.."Saya tak kisah semua itu..Saya tak tau semua itu..kalau Wan menolak, Saya akan balik dan tidak akan belajar lagi..."
Akhirnya untuk menjaga masa depan seorang insan ,Aku menerimanya...dan Kami berjanji akan mendirikan istana idaman apabila Aku tamat Unibersiti nanti..
Keputusan peperiksaan membolehkan Aku menyambung pelajaran jurusan sasatra di Utara..Aku sengaja pilih kerana semata mata ingin mendekati nobelis kegemaran Aku yang mengajar disitu..


Air mata dan janji hari perpisahan hanya tuhan yang tau..Syidah bagai tidak mau melepaskan Aku pergi..akhirnya dengan sebuah beg berisi janji Aku pergi ke PP..
Sewaktu di PP..setiap hari ku call dia..setiap malam dia cal aku..seperti biasa janji tetap termterai..janji dan impian tetap terkalam bagai bertih diwaktu petang.setiap pagi Aku call Dia..setiap petang Dia call Aku..setiap malam Aku call dia.setiap dinihari Dia cal Aku..malam bisu dan siang kelu tetap menjadi saksi bisu Aku dan Rasyidah
Perjalanan masa empat tahun terlalu lama..hari hari bagai kekura malas yang merangkak..Satu jam Aku rasakan bagai sebulan..namun dengan sebintang harapan pada segugus janji hari hari itu ku lalui dengan penuh tabah dan harapan.
Sebelum tiba hari konbokesyain Aku menjemput Rasyidah ke PP..tapi dia yang diwaktu itu belajar di Nilam puri tak dapat hadir kerana nak periksa..hanya keluargaku dari KB dan teman teman yang hadir tanpa Rasyidah..
Selesai menerima Ijazah Aku terus balik ke KB..dari Kb aku terus ke Tanah merah membawa segulung ijazah untuk Rasyidah..


Apabila aku sampai kerumahnya..Aku lihat rumahnya terbuka...terdengar tangisan bayi perempuan.merengek minta dimanjakan.Aku terpaku..anak siapa..sebentar saja terdengar suara Rasyidah dari dapur..


":jangan nangis sayang..senyap..mami buatkan susu ni,.."


Aku tersentak ..apakah Rasyidah dah ada anak...


"Diam sayang..minum susu ni..Abang Abang.!.mari sekejap..tolong tengok anak kita ni..Adik nak kedapur memasak.."Rasyidah bersuara


sebentar saja keluarlah seorang lelaki yang Aku kenal sangat..sepunya yang sangat cemburu padaku.dulu .kini Aku yakin Rasyidah telah berkahwen....tapi kenapa……..kelmaren dulu dia masih menyatakan sayang dan cintanya pada ku melalui telepon..
..Aku kaku..Aku beku..dunia ini terasa amat gelap..mentari ku rasakan terlalu kejam..dunia Aku rasakan mau menghantam kepala dan tubuhku..Dunia sudah tidak ada mentari lagi..dunia sudah tidak ada bulan lagi..bebintang semuanya telah luruh berguguran..air sungai mengganas..lalu berkocak kencang..Aku ditampar seribu tangan kesedihan.
Aku berpatah balik dan Rasyidah sempat melihat Aku..dia meluru keluar memanggil Aku..dengan kerita toyota Anak saudaraku Aku terus memacu..aku melihat segulung ijazah mati yang tidak bererti apa apa..kemana hilangnya janji selama 5 tahun...


Rasyidah call Aku..Aku dengar dia menangis..dia bagai melaung..dia menceritakan sewaktu dia ditahun 2 Ayahnya memaksa dia kawen dengan sepupunya ..Ayah dah menolak tapi kakak ayahnya memaksa..akhirnya mereka sepakat kawenkan dia..dia telah melarikan diri..keterengganu..Ayahnya mencari merata rata..akhinya dia ditemui..dibawa balik dam dikahwinkan..


"Tapi kenapa enngkau menipu cinta padaku sampai malam kelmaren "tanyaku penuh marah


"Syidah takut studi Wan terganggu.."Dia menangis dan menangis lagi..
Balik ke KB..aku terus berkemas..Aku tak mau tinggal lagi kat KB..Aku terus kekedah dan menerima pelawaan mengajar disana..


Dua tahun dialurstar..Rasyidah dan ayahnya datang kekedah..Rasyidah minta Aku kembali padanya.. suaminya telah meninggal dunia kerana kenser ..Ayahnya meminta maaf padaku..Aku menolak..dengan alasan..cukuplah luka hati ku ini.bisa bisanya masih terasa.jangan dicalar lagi hati yang telah hancur


Sewaktu aku dikedah dia sering datang..dan Aku terpaksa lari lintang pukang bagai pencuri yang lari dari polis..


dan untuk mengelak dari hambatan Rasyidajh Aku menerima mengajar disatu tempat yang jauh..Rasyidah sering kerumah keluarga ku bertanya dimana Aku..dan kalau dia tau Aku disini aku akan lari kelain pula..Dia bersumpah tidak akan kawen dengan siapa siapa untuk menebus kesalahannya...
Bulan dan tahun terus berubah.namun hati yang tercalar tetap menjadi rona hitam yang menghantui jalur hidupku..namun dihujung gua masih ada segaris cahaya

No comments:

Post a Comment