Friday, January 13, 2012
Puisi :Dialah seribu buku(untuk hari guru)
Siapa lagi paling setia
siapa lagi tak pernah mengenal erti jemu
siapa lagi yang tidak pernah membilang penat
siapa lagi yang tidak pernah benci pada kenakalan Kita
siapa lagi bintang seribu rona
siapa lagi pancaran sejuta buku
siapa lagi telaga budi muara pengalaman
siapa lagi pembuka mata yang buta
pembuka lidah kelu
perintis penggaris minda super
Dialah.........
G.U.R.U...
Ya,,,,Dialah Guru
seribu kalipun akan ku laungkan
Dialah Guru.....
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dialah pemberi paling berbudi
pendengar paling ceria
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.
Andai hari ini Kita bisa berdiri dengan megah
terpacu dikhalayak
andai pada hari ini kita cemerlang gemilang dan terbilang
itu adalah hasil keringat guru
penat jerih gigih usha
seorang insan bernama Guru
yang mendidik Kita
melorong jalan gelita
menebuk lubang gua
menebas rimba belantara
Guruku
ada yang telah pergi ada yang lanjut Usia
jasa kalian tidak pernah hilang
dalam laman hati dan budi
akan Ku pahat nama nama itu
pada arca batu
Kaklong.Wan Daud,Cikgu Sulaiman,Hj Musa
Cikgu Ghazali ,Cikgu Khairunnisa
Hunggalah pada guru Quranku
Guru Tadikaku.
Pada hari guru
terimalah tabik hurmatku
sempena hari guru 2555
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment