Sunday, October 4, 2009

Resepi untuk surirumahtangga



Resepi Daging Masak Halia
Bahan-bahan:

500 gram daging batang pinang (dihiris nipis dan direbus sehingga lembut)
½ inci halia muda (dikisar)
10 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
Sedikit serbuk lada hitam
2 tangkai lada merah (dipotong nipis)
2 tangkai lada hijau (dipotong nipis)
Sedikit minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
1 inci halia muda (dipotong halus)
1 keping asam keping
125 ml air
2 biji buah tomato (dipotong bulat)
1 inci kulit kayu manis


Cara Penyediaan:

Panaskan minyak masak di dalam kuali. Gorengkan daging yang telah direbus dan ketepikan seketika.

Tumis bahan-bahan yang telah dikisar iaitu bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis dan lada hitam sehingga naik bau.

Masukkan bahan-bahan yang telah dipotong pula iaitu lada merah, lada hijau dan halia. Diikuti dengan memasukkan pula daging.

Kacau sehingga rata. Tambahkan garam, gula, asam keping, buah tomato dan air. Biarkan mendidih seketika. Tutp api.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment