Thursday, October 29, 2009

Renungan 9


Dunia seisinya adalah sekolah besar..
Universiti paling tinggi...kerana kita tak akan habis mempelajarinya..

dalam menjalani hidup ini..kita perlu belajar dan menambah pengalaman dan pelajaran setiap hari..Kita boleh belajar dari semua isi alam..pada bunga yang mekar..pada daun yang hijau dan luruh..pada burung yang terbang..pada rama rama yang cantik..pada gerak lembut kuat angin senja..pada ragam insan..pada internet dan semua barang ciptaan Allah..

Dunia adalah Universiti paling tinggi..

bacalah....
ada orang kata...lulusan doktor kalau tidak membaca 3 hari akan turun ketahap MA..
lulusan MA kalau tidak membaca 2 hari akan turun ketahap BA..
lulusan BA kalau tidak membaca 2 hari akan turun ketahap sanawi atau tingkatan 6...

Jangan bosan umtuk mendengar..
jangan jemu untuk membaca...
jangan puas untuk mencari maklumat...

Jadilah insan kaya maklumat..
kaya minda...
kaya akal...

No comments:

Post a Comment