Friday, October 30, 2009

Kemiskinan bukan penghalang kepada kejayaan pelajaran



Kemiskinan bukan penghalng kepada kejayaan seorang pelajar..
anak orang kaya pun kalau tidak didikasi dan tidak gigih akan menghadapi arus kecundang dalam plajaran..yang penting ada kesungguhan..motibasi..kesabaran..dan kesungguhan tanpa mengenal penat..
Tengok adik NIK NORMADIHAH BNT NIK MUHAMAD KAMAL 18 tahun(Pangkalan cepa KB) yang tinggal dirumah sewa(rumah dalam gambar)Ayahnya cuma seorang nelayan..tapi NIK NORMADIHAH menjadi pelajar paling cemerlang seluruh negara tahun 2008..
Bukan orang ada duit saja boleh belajar..
Siapa pun boleh belajar kalau .......MAU

Beliau tidak mempunyai kemudahan Tv, Internet dan pelbagai alat telekomunikasi lain untuk membantunya menjadi pelajar cemerlang, Nik Normadihah tidak memiliki pun benda itu, yang ada hanya kegigihan beliau untuk mencari ilmu bagi membalas pengorbanan ibubapa yang membesarkan beliau dalam kesusahan.

Sungguh menarik kejayaan beliau, tidak semena-mena hanya berbekalkan keputusan peperiksaan beliau sudah mampu untuk membantu keluarganya bangkit dari kegelapan kemiskinan, itu pencapaian luar biasa gadis ini. Ada yang ingin memberi bantuan rumah kepada keluarganya, ada yang ingin hapuskan hutang piutang keluarganya dan pelbagai bantuan lagi yang dijanjikan. Dengan berbekalkan keputusan SPM itu juga gadis kecil berusia 18 tahun ini juga sudah menerima tawaran belajar ke luar negeri
Pelajar miskin patut ambil contuh..
Anak orang berada yang tidak kuat belajar pun patut jadikan Nik normadihah sebagai teladan

No comments:

Post a Comment