Saturday, October 3, 2009

puisi:untuk insan yang bernama suami dan isteri




(untuk Husain dan isterinya yang sering bergaduh)
Dalam memaksi tugu rumahtangga
bukan saja pada penyerahan
dan pertukaran dari dua menjadi satu
kemesraan
kasih cinta sayang dan bimbang
pakar membelai isi hati dan inti budi
adalah perasa manis
dalam melayari bahtera ini
badainya tak mudah diguntai
lalu kalau masing masing bagai batu kering
maraklah api
haba panasnya pasti ternganga
bahawa rumahtangga itu
andai jahil dalam paksiannya
poraklah ia
dari satu nuktah yang kecil

3/Tulakukm/2009
jala

No comments:

Post a Comment