Saturday, October 3, 2009

10 kesalahan lelaki dalam berpakaian



Fesyen di kalangan kaum lelaki pada dahulu nya bukanlah sesuatu yang penting. Tetapi pada abad ini, ia merupakan satu kemestian bagi lelaki untuk berfesyen. Fesyen yang sesuai memainkan peranana yang amat besar untuk menunjukkan identiti kita yang sebenar. Walau bagaimana pun masih ada juga kaum lelaki yang belum lagi mengambil berat tentang fesyen sebagai pembawa identiti. Pandai berfesyen tidak semestinya menunjukkan diri kita “perfect”. 70% lelaki masih lagi mengambil masa 30 saat untuk berfesyen. Masa sependek ini sudah tentu tidak cukup untuk memberi dan menghasilkan penampilan yang bagus untuk kita. Fesyen dan penampilan haruslah sesuai dengan persekitaraan.

Kesalahan berfesyen adalah sesuatu yang normal. Walau bagaimana pun, cuba elakkan 10 kesalahan di bawah.

1. Menggunakan pakaian lengan pendek bersama tali leher. – Pakaian lengan pendek sebenar nya tidak berapa sesuai dengan penggunaan tali leher. Anda seharusnya menggunakan pakaian lengan panjang.

2. Kasut yang rosak. – Masih ramai di kalangan lelaki yang belum menitik berat kan bahagian kasut. Di kalangan perempuan, kasut adalah sesuatu yang penting. Kasut anda harus lah di dalam keadaan yang baik, berkilat dan kemas. Jika anda menunggu suit hitam, gunakan kasut berwarna hitam juga. Baiki kasut yang rosak, dan jangan gunakan dahulu.

3. Seluar yang terlalu pendek. – Seluar seharusnya menutup bahagian sarung kaki anda, dan sarung kaki pun mesti lah cukup panjang untuk menutup bahagian kaki anda apa berjalan. Seluar anda juga harus menutup bahagian belakang kasut. Ini penting supaya, seluar tidak terangkat terlalu tinggi apabila berjalan dan duduk.

4. Sarung kaki yang tidak sesuai. – Sarung kaki seharusnya sesuai dengan warna seluar yang di pakai. Jika anda memakai pakaian bekerja dan berseluar hitam, gunakan sarung kaki berwarna hitam. Elakkan warna warna lain seperti putih, merah, hijau dan lain-lain. Kesalahan warna ini akan menampakkan anda seperti seorang badut.

5. Tali pinggan yang tidak sesuai. – Tali pinggang semestinya sesuai dengan kasut anda. Elakkan tali pinggang yang sudah rosak, warna pudar, dan berkarat. Gunakkan tali pinggan yang bersaiz sederhana, tidak terlalu besar, dan tidak terlalu kecil.

6. Kedudukan tali leher. – Kedudukan hujung tali leher anda harus lah berapa dekat dengan tali pinggang. Jangan terlalu tinggi, dan jangan terlalu ke bawah. Tali leher juga harus di ikat dengan kemas.

7. Pakaian yang terlalu besar. – Ini adalah kesalahan besar! Jangan menggunakan pakaian yang tidak sesuai dengan saiz anda. Seperti, jika anda kurus, jangan gunakan pakaian bersaiz “L”. Dan jika anda bersaiz besar, jangan pula gunakan pakaian bersaiz “M”. Ini amat penting untuk pakaian bekerja. Kerana, kesalahan ini akan menampakkan diri anda tidak professional.

8. Penggunaan warna yang tidak sesuai dengan warna kulit. – Pemilihan seharusnya bersesuaian dengan diri anda, seperti warna mata, warna kulit, dan bentuk badan. Contohnya, jika anda mempunya warna kulit yang agak pucat, elakkan pakaian berwarna putih.

9. Penggunaan warna yang berlebihan. – Batas kan penggunaan warna yang terlalu banyak. Pakaian seharusnya mempunya satu hingga 3 warna untuk menampakkan ada professional.

10. Penggunaan fabrik yang berlebihan. – kita tinggal di salah satu Negara yang bercuaca panas. Maka, pilih fabrik yang sesuai dengan cuaca. Sesetengah di antara kita suka menggunakan fabrik yang agak tebal. Cotton adalah fabrik yang sangat sesuai untuk pakaian kita.

10 kesalahan berfesyen di atas adalah di antara yang paling sering dilakukan. Dan anda seharusnya mengelakkan 10 kesalahan ini. Ingat, orang akan melihat penampilan kita terlebih dahulu sebelum yang lain, maka pastikan penampilan anda mampu memikat hari sesiapa sahaja.

No comments:

Post a Comment