Tak dapat ku sembunyikan pada Maya
tentang ribut rindu yang melanda dada
ada perahu belayar membelah jiwa
ada pasir basah dimata
dalam seribu sengsara
merantau entah kemana
hati yang membara
adalah hati rindu
yang amat berseru
kerana cintaku pada maya
adalah gerak nadi
dan gerak hati murni
kerana cintaku..
adalah galur galur harap
yang berkecai terlambung
namun Mayaku
aku akan terus berpijak
pada duri duri
atas nama cinta
Aku akan terus berlari
No comments:
Post a Comment