Thursday, March 25, 2010

puisi:didataran klia

Meraba luka didada
pedih sedihnya masih ternganga
bising jentera di k l i a
terasa bertambah sembilu
malam gelap pagi pun berwarna ungu
aku pun tak tau
siapa diriku
yang aku tahu aku adalah Maya
kerana dalam suka
dalam duka
aku adalah Maya
mata hati tangan kaki
hari dan bulan
adalah maya
dimana mana ada Maya
Aku lah lakaran hiba
yang sering tidur atas tikar rindu
biarlah dunia buta
asal Maya tau

mennti pesawat garuda di klia
9 malam

No comments:

Post a Comment