Merenung panas gunung merapi
berdesir hingusan panas
betapa asap dan lava
putih dan saga
hati ku pun tak pernah reda
Ku jenguk lagi
pada ketinggian gunung
terkenang kembali pada gunung Kinabalu
dan anak taman jambo
tempat tumpahnya cinta
Dalam kesibukan kota pelajar
dengan insan pelbagai
dan keriuhan
namun hatiku tak tenang juga
didairah istimewa Yogyakarta
dijalan Malioboro
ku temui suku Jawa Sunda Minang
Bali dan Madura
tapi dimana anak Bugis yang sering ku sanjung puja
Aku merentas lagi
pada Depok dan kalasan
yang nampak cuma lintasan lansung Maya
terpancar melalui sitlait hati
teguh berdiri
tegak bersemadi
terpacak tetap dipadang hati
Dairah istimewa Yokyakarta
26--3-2010
No comments:
Post a Comment