Tuesday, September 16, 2014

Puisiku

puisi
Dalam hari

Dalam hari
ada peristiwa mewranai dunia
ada trajidi menyimbah air mata
ada maknusia menempa sejarah
ada pula insan yang rebah
ada juga orang yang parah
hari hari adalah cerita
dan cerita itu adalah kata yang terpeta
menjadi kisah untuk dibicara
menjadi iktibar untuk orang berjaya

Dalam hari lah
sejarah ditempah
berpikir mengubah arah
bertindak menyonsong lurah
dalam hari
kita catat apanyang terjadi
menjadi diri melentur budi

Bagkok
syawal 1435

Untuk para koruptur..

Dosa apa pun
tak sebesar noda korupsi
kerana korupsi lebih daripada suatu penipuan
pemerasan dan penekanan
sekecil mana pun korupsi
adalah segunung bala tercalit goda
garis hitamnya mewarnai seluruh kanbas kehidupan
sampai ketujuh turunan
darah suci menjadi hitam
jiwa murni kelabu kelam
kemaknusiaan hilang simpati tumbang
hidup bermata hantu bertelinga petualang

korupsi ada dimana mana
penekanannya bermula dari orang miskin yanb tak punya apa apa
penunggang basikal yang kehabisan minyak
peniaga kecil yang tak nampak sinar masa depan
atau pedagang besar yang segar
bukit menjadi gundul
batu pun lebur
hutan tiada lagi daunnya
sekejam mana pun nyamuk
hanya menikam sasaran darah
tapi para koruptor
jarumnya menikam dimana mana
pada maknusia
pada besi dan batu
pada pembangunan negara

Korupsi adalah dosa besar
sukar disapu tanpa taubat nasuha
pengembalian dan penyesalan
menangis tersungukur didepan tuhan
korupsi kaya sementara
di aknirat miskin papa kedana
tubuhnya bakaran bara neraka
tangan dan mulutnya merantai azab sengsara


Apabila Aku terlewat pulang..

Apabila Aku terlewat pulang
kerana mengejar segulung kertas 
atas nama sebuah janji yang kita meterai
kembali penuh ceria menyanyi lagu cinta
terlewatkah aku pulang
kembaliku menambah sejuta luka
kertas yang ku bawa jatuh berderai
gelas cinta pun terberai
terbuai berkecai longlai
tiada guna ku menanti
tiada guna memilih setia
lewatkah Aku pulang
sehingga kau membangun sebuah istana
atas pecahan kaca
atas darah darah yang luka
atas pecahan dedaun hati
tahukah kamu
sampai hari ini pun Aku masih belum bangun
walau benua telah bertukar
dan dunia berputar arah
tiang tiang itu masih bersirakan
dalam tawa ada luka
dalam senyum ada tangan mencakar
dalam ceria ada air mata
dalam suka ada luka
dalam senda keris merobek dada
dalam mata berkaca ada paku raksaksa
menindih sarat berat tersumbat

Hari ini dalam sejarah hidupku
31-sep2014


Awal dan akhir

Kita dihantar kesini
bukan untuk menempa lara derita
bukan pula menjadi lupa alpa
kenallah awal mula
sedari pangkal dan akhir
berbahagialah saban hari
atas nama seorang hamba
hari sabtu senyum manja
hari ahad penuh ceria
hari isnin tekun bekerja
hari selasa fahami tugas dan amanah
hari rabu pikiran tidak berjerbu
hari khamis tetap optimis
hari jumaat jadilah hamba yang taat
awal bulan kita menerima
tengah bulan tidak merana
hujung bulan terus setia
kerana kita adalah hamba
kita akan dikira
kita akan dibicara
disana ada syurga
nah..disana juga ada neraka

Puisi dairah Jala
Nak raya

Nak raya dah weh
nak raya dah
kedai kain baju penuh
kedai kuih penuh
tukar langsir tukar permaidani
makanan kena penuh
semua kena baru

nak raya dah..
sukanya
gembiranya kerana tak kena puasa
yang tak puasa lagi gembira
bagai terlepas rantai sengsara
budak kecil orang tua
wanita lagi suka
semua pakat suka
pakat gembira
suka cara Dia
ibu bapa dilupakan
kampung pun sudah hilang dimata

Disana...nun sana
bapa miskin duka sendiri
anak miskin sedih jadi
mana duit nak beli baju Anak
mana duit nak sukat firah
mana duit nak beli kueh
mana duit nak beli makanan
yang ada cuma mana, mana dan mana
orang lain suka gembira
tapi si miskin duka pakaiannya
lara makanannya
terjeruk rasa

kerana tak ada duit nak beli baju Anak
nak beli baju isteri
air matanya mengalir lagi
air matanya bersimbah lagi
hatinya terbakar lagi
jiwanya remuk lagi

Jala 24 Ramdhan35
Kala malam

Kala malam datang
warna warna gelap
hembus angin mengusap manja kulitku
ku tunggu kehadiranmu
dengan gemerlip bulan mempesona.
Kala itu hati menjadi girang
dengan alunan nafas tenang
Tak lama sayup suara dari kaki langit utara bersuara
Lembut suara itu menusuk ke telingaku
seakan memberi jabat tangan perjumpaan.
Mendekat suara itu..
Nah..kekasihku telah datang
cintaku hadir didepan mata
Dan ia memanggilku, “Kekasih hatiku!”
Membelalak mata. Aku kembali sadar.
Suara itu, aku kenal.
Aku menelusuri suara itu di sudut bumi
dan suara itu memanggilku.
Sayang,,kekasihmu telah datang menyerahkan seluruh jasad dan hati
Wujudnya bersembunyi di balik sunyi.
Aku jadi terharu
merenung matanya dengan pandangan penuh erti
ku pegang tanganya..
Ku renung sinar dari matanya
ku tatap wajah rindu itu
wajah yang telah lama hilang meninggalkan Aku
Aku jadi Gelisah dan aku menengadah di hamparan langit.
Oh kekasihku... Datang di saat rindu menggunung di ruang dada.
selama ini sabar memikul rinduku ini.
Aku sabar menanti, beban rindu luluh di hadapanmu.
dengan lilihan air mata
ku dakap kekasihku ku bisikkan namanya
ku luahkan rasa rindu tak tertahan
entah mengapa luahan rasa terbohol
kenapa kau lambat datang kekasihku
tidakkah kau tau betapa rindu ini menggunung tinggi
sarat bagai kapal melintasi benua
sepentas kilat ku peluk kekasihku sekali lagi
kala dadaku bersentuhan dadanya
aku jadi sayu namun penuh mesra
bibirku menggeletar
dengan penuh syahdu ku panggil kekasih tercinta
RA.....
Mulut tertutup..ku renung mata sayunya sekali lagi//
RAM.......
lama Kita tidak bertemu
Aku rindu
Aku rindu kamau
Aku cinta kamu
Aku sayang Kamu RAM
kenapa kau lambat hadir sayangku.
ku pamnggil nama kekasihku
Ku bisik namanya penuh ayu
RAM........
DHAN...........
RAMDHAN....
Ku ucap lagi...
RAMDHAN
OOOOOOHHHHHHHH..
RAMDHAN kekasihku


No comments:

Post a Comment