Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertama sekali , saya ingin bertanya tahukah (pembaca) tentang
Tabarruj? Kita sering menitik beratkan tentang aurat sehingga kita terlupa tentang
Tabarruj. Setelah membaca artikel ini harap kamu dapat sebarkan pada orang ramai.
Dosa Paling Banyak Di Facebook
Adakah kamu (Wanita) tidak takut pada hukum Allah SWT ?? Apakah kamu
menilai Allah SWT itu hanya barang permainan bagi kamu ? Dimanakah
letaknya keimanan dan kesungguhan kamu dalam beragama ?
Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini.
Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai
sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan
facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan
pengguna. Saya ingin menfokuskan pada salah satu
pointyang diberi iaitu
‘terlebih gambar‘. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita.
Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.
TABARRUJ ialah
mendedahkan kecantikan rupa
paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota
badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah ‘alaihi ada berkata:
“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.
Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan
disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka
dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi
telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam
surah an-Nur ayat 31yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman:
Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan
jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah
mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau
putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera
lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau
wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)
atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada
Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan
atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah
melarang bermake-up.
Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahajakerana
takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari
kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah
seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu
terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada
perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)
Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut
adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada
jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”
Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum
wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam,
apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri
yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.
Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:
“ Asma’ binti Abu Bakar telah
menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis.
Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“
Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh),
tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.
Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook.
Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai
muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan
kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya
ditunjukkan, ada yang menunjukkan
peace, ada yang membeliakkan
mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah
motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab
sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah
dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh
mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum
berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah
kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai
gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian
rupa lagi!
Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah
berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah
memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk
menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak
satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang
mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat
sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah… mulalah berubah. Anda mampu untuk
mengatasi penyakit ini!
Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama
mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak
nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung?
Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan
lain-lain lagi. Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan
hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber
berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan
sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang
bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang
mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang
tercari-cari jawapan mengenai isu ini.
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang
tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu
menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki
ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi
anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak
membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi,
perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah
semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri,
tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di
sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita
sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan
khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi
juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi
perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak
memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang
berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda
perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat
tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan
anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka? Salah sama sekali dalam hal
ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang
lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk
menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang
lebih baik. Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya
akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa
yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan
sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang
jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal
keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga
ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah
WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau
tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya
sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan
dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu
ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan
alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar
mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau
separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya.
Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah
terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya
BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi
dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara
zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK
IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu
menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual,
atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan
kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu
sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti
apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu
dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.
Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat
dari cambahan dosa dari mata lelaki.
4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah
mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan
datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang
beberapa minggu lagi.
Na’uzubillahiminzalik…. Ya Allah… Engkaulah yang Maha
mengetahui segalanya.. Sesungguhnya, Engkau tunjukkan kepada mereka
jalan yang Engkau Redhai.. Hamba sudah menyampaikan sekadar yang
termampu… Benarlah kataMu Ya Allah.. Wanita itu 10 kali ganda banyaknya
dari bilangan lelaki di NERAKA JAHANNAM nanti.. Disana.. Tiada siapa yang bisa membantu………… Allah Hu Rabbi….

Contoh pakaian muslimah sejati…

Alangkah ayu nya pakai begini…
Jadi adakah anda sudah sedar dosa – dosa yang wanita tidak
sedar? Menayang kecantikkan di Facebook sehingga menyebabkan lelaki
terpegun dan jatuh hati. Semoga artikel ini dapat menyedarkan saya dan
anda semua