Wednesday, December 9, 2009

Renungan 24:Pelik bin hairan bin ganjil


Pelik bin hairan tak......
Pelik ya, duit 50 kelihatan begitu besar apabila
nak derma atau nak sedekah, tapi begitu kecil
bila kita bawa ke supermarket untuk membelibelah

hairan bin ganjil tak...
30 minit terasa terlalu lama utk berzikir dan berzikir kepada Allah
tapi betapa pendeknya waktu untuk menonton derama tv

Pelik bin hairan tak...,
betapa lamanya 1 jam berada di masjid atau mendengar ceramah agama
tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton
wayang di pawagang atau menonton perlawanan bola dalam tv

Pelik bin ganjil tak...
tak sampai 15 minit dengar khutbah Jumaat,
dah rasa jemu mengantuk dan berbuih mulut
merepek..tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan
kita walaupun dah ulang dua tiga kaset dan cd berkali-kali.

ganjil bin pelik tak...
dengar iklan jualan barangan murah dlm tv, rasa tak
sabar-sabar nak pergi beli, tapi dengar laungan azan
tak terasa apa apa..

Pelik tak...
pasar minggu jauh sanggup pergi dan naik kereta ,
tapi masjid dekat rumah rasa berat kaki pulak.

ganjil tak...
payahnya nak mengucapkan kata doa , tapia betapa mudahnya cari bahan
bersembang dan berbual dengan kawan-kawan.

Pelik ya,
rasa susah sungguh utk habiskan al-Quran
walau satu halaman, tp majalah hiburan
dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

hairan tak...
ramai org berebut paling depan utk menonton
bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang
apabila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik bin ganjil tak...
susahnya nak beri nasihat pada sesorang,
tapi mudahnya kalau ikut serta mengumpat.

Pelik tak..
kita begitu percaya pada yg dikatakan di email
yg layang di internet, tapi sering mempertikaikan apa
yang dikatakan al-Quran.

Pelik tak kita…..?
Kita boleh menyisir rammbut kita 12 kali sehari..
tapi amat berat untuk membuka minda kita berpikira
perkara yang baik baik..

Pelik tak..
orang mudah percaya berita dari akhbar..tapi bertengkar
pula pasal ayat kuraan dan hadis..

Hairan tak..
Kita senang membilang wang beribu tapi amat sukar
untuk membilang amal dan kesilapan yang kita lakukan..

Lalu..jadilah Pelik hairan dan...ganjil

No comments:

Post a Comment