Monday, December 7, 2009

Renungan 23;kata cinta



Kata sayang dan cinta amat penting untuk semua...
salah satu kata paling gersang bagi orang melayu ialah kata..Sayang..Cinta..Kasih..
bagai satu kawasan kering dan kontang..cuma sesekali digunakan oleh peria dan wanita yang dilamun asmara...

Pada hal kata cinta..ucap sayang..lafaz kasih amat penting untuk semua...
ibu bapa perlu menuturkan kata sayang untuk menambah bateri hidup pada anak anak...

Anak anak perlu mengucapkan seikhlas sayang pada Ayah dan Ibu yang bertungkus lumus..melahir mengasuh mendidik dan membesarkannya...

Guru guru perlu mengucapkan Anak anak yang disayang agar alur tuju dalam pelajaran bagai kapal laju membelah lautan ilmu...

Pelajar pula perlu melahirkan kesucian kasih sayang pada Guru guru sesyahdu kapas putih untuk membalas pengurbanan yang tak pernah mengenal penat jemu para guru..

Untuk merapatkan jalinan sayang antara dua sahabat kata kata sayang perlu di updat kan dari masa kesemasa..

para isteri amat penting melafazkan kata cinta kasih sayang rindu pada suami kerana ia bagai atma murni mengacip hubungan..

para suami jangan gersang untuk meluahkan kata sayang pada isteri..biar bagai hujan lebat dari lembah dan pergunungan...rumahtangga pasti bersinar banar penuh bahagia...

Tengok...!!!!kata kata sayang cinta perlu pada semua orang...pada seluruh dunia...

No comments:

Post a Comment