Sunday, March 9, 2014
Seorang Ibu tua dan pokok getah
Seorang Ibu tua
meluah seluruh rasa pada pokok getah
dari satu pokok kesatu pokok
dengan hati pilu sarat kapal rindu
rindunya pada 3 Anak
yang kini menjadi pegawai besar dan peniaga berjaya
Sudah lama hati ibu gersang atma cinta
tiada lagi ziarah ketawa
tiada lagi merpati putih membawa khabar warta
sudah berkali ibu tua menalipon anaknya
kerana tak sanggup lagi menanggung rindu yang semakin berat
mengirim rasa rindu pada angkasa pada amgin
tapi jawapannya seperti kelmaren
tidak ada masa
masa bagi mereka adalah rantai besi yang membelit kaki
bertanya lagi pada Anak kedua
sebuk susah menjaga Anak dan Suami
Telepon lagi pada Anak ketiga
kerana rindunya yang semakin memperkosa
Ibu..ibu kan tahu Saya banyak kerja
mana Ada masa nak balik kampung
Air mata Ibu bertitik laju
selaju manik manik susu yang mengalir dari alur pokok Getah
lalu hati Ibu dibanjiri sungai derita
air lara lautan sengsara
Hati ibu bertebaran pecah bagai Dedaun getah kering dimusim dingin
kuning merah luruh bertaburan
Ibu tua merenung Daun getah yang jatuh
dan dahan dahan telanjang
itulah hati ku
dahan tanpa daun tanpa bunga
panasnya dimana mana
Menoreh dari satu pokok kesatu pokok
penuh sayu bagai menoreh hati dan kalbu
rindu tak terjawab
cinta tak bersurat
parah cinta kerikil bertubi menikam dada
kenapa Anak anak lupa
pada rindu kasih seorang ibu tua
yang seluruh hidup dan keringat adalah untuk Anak anak
menghantar mereka keseklah dengan payah
masuk Universiti dengan tangan yang merekah
Ibu tua bagai kulit Telur
yang dilupa dan terlupa
sengsara kerana disengsara
Yala :10 Mach 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment