Thursday, March 13, 2014

Weh.....bila demo nak berhenti merokok !!!!!!!!!!!!!!!!+!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-37 memutuskan merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana terdapat kemudaratan.
Keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa hujah, termasuk rokok mengandungi pelbagai jenis racun dan ketagihan tembakau bukan saja menimbulkan masalah kepada perokok, malah berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko penyakit serius yang menular di seluruh dunia.

Jumlah perokok sama ada di negara maju atau negara membangun masih besar, walaupun pelbagai usaha dibuat kerajaan dan badan sukarela menyedarkan orang ramai bahaya merokok.
Hujah lain adalah Imam al-Syafie mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm: “Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuk) yang mengandungi racun menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram.” Selain itu, ulama juga sepakat merokok hukumnya haram kerana ia jelas memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan beberapa nas.

Majlis Fatwa turut menekankan sebab utama menjadikan merokok haram ialah kesan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan harta.


No comments:

Post a Comment