اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Sebuah masjid di pinggir bandar Stockholm mencatat sejarah di Sweden setelah dibenarkan untuk melaungkan azan Solat Jumaat menggunakan pembesar suara di menara Masjid Fittja, sekali gus menjadi masjid pertama di Sweden untuk berbuat demikian.
Pada akhir bulan Mac 2013
lalu, suatu majlis Datuk Bandar di Sweden buat pertama kalinya telah
meluluskan laungan azan umat Islam dari masjid di pinggir Fittja,
sebahagian daripada perbandaran Botkyrka itu setelah diberi kebenaran
oleh pihak polis Stockholm.
Dilaporkan mesyuarat dalam
Majlis Perbandaran Botkyrka tentang azan telah menyebabkan berlaku
ketegangan. Tiga ahli kanan Demokrat Sweden (SD) menentang kelulusan
dengan mendakwa bahawa ia akan membawa kepada propaganda Islam. Walau
bagaimanapun, majoriti majlis bersetuju untuk meluluskan laungan azan
tersebut kerana ia adalah bagi memenuhi hak asasi manusia.
Pihak pengurusan masjid
dapat memenuhi syarat yang diperlukan seperti memaklumkannya terlebih
dahulu kepada penduduk yang tinggal 1 km sekitar sebelum pembesar suara
digunakan dan tiada tentangan daripada penduduk sekitar.
Ketua Persatuan Islam Turki
di Botkyrka, Ismail Okur menyuarakan rasa gembira dan bersyukur selepas
pihak berkuasa Sweden memberi kebenaran tersebut walaupun Masjid Fittja
hanya dibenarkan melaungkan azan pada setiap hari Jumaat dalam tempoh
tiga minit hingga lima minit antara pukul 12 tengah hari hingga 1
petang.
Imam Ismail turut
menyatakan bahawa Botkyrka merupakan daerah yang sebahagian besarnya
dihuni oleh umat Muslim dan Masjid Fittja adalah satunya masjid di
Sweden yang memiliki menara dan pihaknya telah lama berusaha meminta
kebenaran untuk melaungkan azan Solat Jumaat menggunakan pembesar suara di masjid Fittja.
Masjid Fittja Grand yang
mempunyai kira-kira 1,500 ahli jemaah telah dibina pada tahun 2007
dengan bantuan kewangan daripada Direktorat Hal Ehwal Agama Turki (DIB)
dan dermawan di Sweden.
Sumber : AFP, TT Agency dan Anadolu Agency
No comments:
Post a Comment