Wednesday, May 8, 2013

JALAN TAKWA JALAN SEJAHTERA,,,,,,,MENUJU BAHAGIA>>>>

 
Untuk kebahagiaanDSunia dan Akhirat...raihlah takwa dengan melakukan perkara berikut...
1. MU’AHADAH (Ingat Perjanjian)
Dalilnya :

Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkansumpah-sumpah(mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpahmu itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat. An-Nahl s19 a91

Sesungguhnya kita semasa di alam roh telah berjanji dengan Allah swt bahawa kita akan mengiktiraf Allah swt sebagai tuhan kita dan memenuhi hak-hak Nya sebagai seorang tuhan. Manusia yang melupakan janjinya padaNYa pastilah tidak akan hidup di atas bumi ini mengikut suruhannya dan meninggalkan larangannya. Dengan selalu merasa mu’ahadah, maka manusia akan sentiasa mengingati perjanjian itu seterusnya berusaha bersungguh untuk memenuhi janjinya itu. Seperti seorang peminjam wang dari bank, apabila teringatkan bahawa ia berhutang , maka cukup waktunya ia akan membayar kembali akan hutangnya itu. Maka, perasaan teringatkan bahawa ia berhutang bolehlah di ibaratkan seumpama mu’ahadah. Sekiranya ia terlupa akan hutangnya, bagaimana mungkin ia akan memenuhi perjanjian ia dengan bank itu?

Seorang pelajar yang cemerlang, menjadi cemerlang kerana a ingat kan janjinya pada ibubapanya yang ia akan belajar bersungguh-sungguh dan dengan itu ia kan menjadi seorang pelajar yang cemerlang.

Kafiat atau cara untuk merasa mu’ahadah ialah seseorang itu mengasingkankan dirinya seorang diri, lantas ia cuba untuk berkata pada dirinya, wahai diri kamu telah berjanji pada tuhanmu ketika kamu masih di alam roh, bahkan seharian kamu mengulangi janji kamu itu ketika membaca doa iftitah, membaca Al- Fatihah dan lain- lain lagi , maka berusahalah sedaya upaya untuk memenuhi janji itu. Sesungguhnya solatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah swt. Dan engkaulah yang kami sembah dan kepada engkaulah kami meminta pertolongan. Apakah perjanjiannya itu hanya sekadar lafaz di mulut tetapi tidak dilaksanakan dalam tindak tanduknya?

Ulama hiraki telah menyatakan seseorang yang memperingati perjanjian dengan rabbnya, maka memperingati perjanjian itu akan menjadi satu tenaga / motivasi untuk meggerakkan keimanannya, perasaannya, fikirannya dan tubuh badannya untuk menjadikan dirinya insan yang rabbani. Dan moga-moga dengan sentiasa merasai mu’ahadah ini, Allah swt kan mengurniakan ketakwaan kepada dirinya.Insya Allah.

2. MURAQABAH ( Merasa kehadiran Allah swt )

Dalilnya :

Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk sembahyang) As-Syura s26 a218

dan (melihat pula) perobahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud. As-Syura s26 a29

Nabi saw apabila ditanya oleh malaikat Jibril apakah itu ehsan,baginda menjawab engkau menyembah Allah swt seolah olah engkau melihatNya, jika engau tidak dapat merasa begitu , maka ketahuilah Allah swt sentiasa melihat kamu _ hadis riwayat muslim

Seorang manusia yang tidak merasa kehadiran tuhannya, maka bagaimanakah ia akan merasa dirinya sentiasa diperhatikan? Kita lihat lagi semasa kesesakan lalulintas sekiranya di waktu itu ketiadaan polis trafik, kebanyakkan pengguna jalanraya tidak akan mematuhi undang- undang yang telah ditetapkan. Tetapi dengan kehadirannya akan membuatkan pengguna takut untuk melanggar undang- undang yang telah ditetapkan.

Kafiat untuk merasa muraqabah ialah mengamati dirinya di awal dan ditengah sesuatu pekerjaan atau amal. Apakah tujuaanya amalnya itu? Adakah untuk mendapat pujian manusia atau ingin menjadi mashyur?

Semestinya sebab utama pelaksanaan amal itu mestilah semata- mata untuk mendapat keredhaan Allah swt. Sekirannya ia melaksanakan sesuatu amal itu kerana manusia , maka ia dikira telah melakukan sesuatu kesyirikan kepada Allah swt.

Kita lihat sebuah hadis yang ulung : segala amal itu dengan niat , dan seorang itu mendapat apa yang diniatkan.Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasulnya, maka hijrah itu adalah untuk Allah dan rasulnya.

Jika diamati kandungan hadis yang ulung ini, maka sesorang yang melakukan sebarang pekerjaan tidak akan merasa dukacita lantaran kerana apa yang dilakukan adalah semata- mata kerana Allah swt. Cuba lihat contoh yang diberikan ini:

” Seorang ibubapa dianugerahkan anak, maka ia membesarkan anak itu dengan segala haknya, ia memberikan tempat tinggal yang baik., wang belanja yang cukup dan pelajaran yang tertinggi kepada anaknya itu dengan niat /harapan ia mampu menumpang kesenangan anaknya satu ketika nanti. Tiba –tiba apabila anaknya telah berjaya, ia langsung diabaikan oleh anaknya padahal niatnya adalah untuk menumpang kesenangan anaknya. Maka gambarkanlah perasaan kedua ibubapa tersebut !

Tetapi sekiranya pada awal lagi, niatnya untuk membesarkan anaknya hanyalah kerana mengharap redha Allah swt, maka apabila ia diaabaikan maka ia tidak merasa dukacita keran ia telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai ibubapa. Bahkan ketika di akhirat kelak ia dengan yakinnya menjawab bahawa tanggungjawabnya telah dilaksanakan sebaik mungkin. Dia tidak bertanggungjawab terhadap pengabaian anaknya terhadap dirinya. Itu adalah di antara anaknya dan Allah swt. Ia tetap merasa syukur kerana ia telah melaksanakan tugasnya sebaik mungkin hanyalah untuk mencari redha Allah swt. Sebab itu setiap ibadah khusus seperti sembahyang, puasa dan lain rukun utamanya adalah niat kerana Allah swt semata mata.

Maka kepentingan amal yang lainnya yang datang selepas dari tujuaan yang utama tersebut.
Ada beberapa jenis murakabah:

  1.  Murakabah ketika melakukan ketaatan, hasilnya _ikhlas, khusuk, teliti dl
  2.  Murakabah ketika meninggalkan larangan, hasilnya bertaubat nasuha, menyesal akan dosa-dosa lalu bahkan dosa – dosa masa depan, berusaha bersungguh – sungguh untuk tidak mengulanginya. Melakukan amalan sunat untuk menampung kekuranganya itu.
  3.  Murakabah ketika melakukan perkara harus / nikmat. Hasinya bersederhan, tidak membazir, merasa cukup dengan apa yang ada (bukan pemalas)
  4.  Murakabah ketika ditimpa musibah hasilnya terima, rela dan bersabar / tidak menyalahkan takdir.
3. MUHASABAH ( Melihat,menilai,memerhati kehidupan yang telah dilalui)

Dalilnya :

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Al Hasyr s59 a18

Orang beriman diperintahkan oleh Allah swt supaya memilih waktu yang mana ianya digunakan untuk memerhatikkan amalannya sepanjang hari. Apakah ia telah melakukan apa yang diperintahkan ataupun apakah ia telah meninggalkan larangan-larangan Allah swt. Walupun detik atau masa yang diambil itu mungkin tidak lebih dari setengah jam dari jumlah masanya yang Allah swt kurniakan selama 24 jam sehari kepadanya, namun ianya cukup berharga untuk menentukkan tindakan hidupnya yang seterusnya. Ia merenung dan memikirkan dimanakah kekurangan, pengabaian dan maksiat atau dosa yang telah ia lakukan sepanjang hari?

Kadangkala berfikir itu lebih utama dari beramal seribu tahun, bahkan di dalam Al- Quran seringkali kita temui perkataan ”tatafakkarun, yatafakkarun ” yang membawa maksud yang berkaitan dengan berfikir. Disebabkan untuk berfikirlah, Allah swt mengurniakan akal kepada manusia. Dan berakal itu adalah salah satu rukun yang penting di dalam islam untuk Allah SWT mengtaklifkan sesuatu kepada manusia.

Sekiranya seseorang yang beriman itu tidak mempunyai ”countermeasure” di dalam hidupnya bagaimanakah ia hendak memperbaiki dirinya. Dia kan sering mengatakan pada dirinya bahawa ia telah melakukan banyak kebaikkan di dalam hidupnya namun kiranya ia menyelidikki keadaan itu boleh menjadi sebaliknya.

Orang yang cerdik di dalam hidupnya ialah mereka yang selalu menghisab, memperbaiki amalan hidupnya dan menambah amalan – amalan solehnya, hasil dari muhasabah terhadap dirinya. Sementara orang yang rugi ialah mereka yang terus bermaksiat sehingga sampai ajalnya kerana ia tidak pernah memperuntukkan masa untuk menilai dirinya.

Hakikat muhasabah itu bolehlah diumpamakan seperti seorang peniaga yang mesti meneliti perniagaannya, mengira modalnya, untungnya dan ruginya . Hasil dari penelitian itulah ia akan mengetahui akan untung ruginya perniagaannya dan mencorak langkah yang wajar diambilnya.

4. MUAQABAH ( Menghukum diri )

Dalilnya :

”Dan dalam qishaash itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal,supaya kamu bertakwa”. Al-Baqarah s2 a179

Seperti yang kita fahami qishaash adalah salah satu bentuk hukuman yang di kenakan atas kesalahan/ jenayah yang dilakukan oleh manusia. Ini adalah bertujuan untuk mencegah agar manusia itu takut untuk melakukan kesalah / jenayah seterusnya menjamin agar kehidupan manusia itu dilindungi. Kadangkala apabila pelajar itu melakukan sesuatu kesalahan maka gurunya akan menghukum pelajar itu supaya ia sedar dan kesalahannya dan takut serta cuba bersungguh untuk tidak melakukan kesilapan itu lagi.

Maka pengertian muaqabah bolehlah dikatakan sebagai hukuman tuan empunya diri keatas dirinya sendiri sekiranya ia melakukan maksiat bahkan jika ia meningglkan kebaikan yang biasa ia lakukan , ia akan menentukkan hukuman keatas dirinya sendiri, dengan itu ia tidak kan kekal dalam kemaksiatan ataupun bersungguh- sungguh untuk kekal melakukan kebaikkan dan takut akan hukuman itu sekiranya ia lalai dan malas sebelum ia dihukum oleh Allah swt di hari penghisaban kelak.

Di dalam hidup ini, perasaan takut adalah sesuatu keperluan manusia itu sendiri. Cuba kita bayangkan sekiranya anak- anak kita langsung tidak mempunyai perasaan takut terhadap ibubapanya? Bagaimanakah corak kehidupan anak itu?

Kita lihat contoh ini lagi, di dalam bidang apapun seseorang yang cemerlang ialah mereka yang mempunyai displin yang tinggi. Dalam bidang sukan, juara dunia ialah mereka yang mempunyai tahap displin yang tinggi. Mereka rela dihukum oleh jurulatih asalkan ia membawa kepada kebaikkan walupun pada mulanya hukuman itu kadangkala menyakitkan dirinya sendiri.

Disebabkan perkara kesukaran, keperitan dan kepedihan, maka Al – Quran memberi gambaran bahawa disebalik kesukaran itu ada kesenangan. Oleh itu orang-orang yang beriman lebih rela hidup ”susah” di dunia yang sementara ini ( paling lama 60 -75 tahun ) daripada ”susah ” diakhirat selama – lamanya.Biarlah di dunia ini ia mendera dirinya sendiri daripada diderai oleh yang Tuhannya diakhirat kelak.
( susah di dunia bukanlah membawa maksud miskin , merempat, meminta, kotor dan lain-lain keadaan yang negatif. Ia membawa maksud yang lebih mendalam. Mendera di sini juga bukanlah ia membinasakan dirinya sendiri)

5. MUJAHADAH ( Bersungguh- sungguh )

Dalilnya :

”Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” Al- Ankabut s29 a69

Mereka yang bersungguh untuk mencari keredhaan Allah swt, maka Allah akan menunjukki jalan dan adalah golongan yang membuat kebaikan.

Ini adalah satu sikap yang mana walaupun seseorang itu berada di dalam kemalasan, kepenatan dan lain lain keadaan, ia tetap melakukan amalan- amalan kebaikkan. Dan juga telah bertahun lamanya ia membuat kebaikkan ia tetap jua melakukan kebaikkan dengan kadar yang terbaik. Sekiranya tiada sifat ini, maka akan berlakulah pengabaian dari segi masa, umur tindak tanduknya.

No comments:

Post a Comment