Saturday, April 20, 2013

Negara yang paling bersih didunia

:Kebersihan itu simbul keimanan:....Hadis ini menjadi hafalan Kita sejak dari krcil,,tapi..pada praktikalnya Kita masih belum mengamalakannya secara total..kerana kampung halaman Kita..desa pedalaman atau bandar ditempat Kita..aduh...Mari Kita tengok negara orang...hai.... 1. Switzerland Switzerland (Bahasa Jerman: die Schweiz, Bahasa Perancis: Suisse, Bahasa Itali: Svizzera, Bahasa Romansh: Svizra), secara rasminya Gabungan Switzerland (Confœderatio Helvetica dalam bahasa Latin, maka kod negaranya dalam ISO ialah CH), ialah negara Eropah Barat yang tidak berpantai, luasnya 41,285 km² dan diduduki 7.5 juta orang. 2. Sweden weden rasminya Kerajaan Beraja Sweden ialah sebuah negara Nordik di Semenanjung Scandinavia, di Eropah Utara. Negara ini bersempadankan Norway di barat, Finland di timur laut, Skagerrak dan Kattegat di barat daya, dan Laut Baltik dan Teluk Bothnia di timur. Disebabkan penduduknya yang sedikit, Sweden terkenal dengan bentuk muka buminya yang aman dan kaya dengan hutan dan gunung ganang yang belum terusik oleh pembangunan. 3. Norway Norway adalah nama rasmi Kerajaan Beraja Norway .Nordic ialah Raja berperlembagaan yang menduduki bahagian barat Semenanjung Scandinavia , Jan Mayen , Artik, kepulauan Svalbard dan Pulau Bouvet (tidak tertakluk kepada Perjanjian Antartika).Norway seluas 385.252 kilometer persegi .Penduduk seramai 4.9 juta sahaja. Bersempadan dengan Sweden di Timur ; utara ialah Finland, Rusia di sebelah timur; di Norway selatan bersempadan dengan Selat Skagerrak , iaitu seberang Denmark. Ibu kota Norway ialah Oslo Pantainya menghadap Lautan Atlantik Utara dan Laut Barents dan banyak fiod. . Finland Republik Finland atau dalam bahasa tempatan Suomi (bahasa Finland) dan Finland (bahasa Sweden) ialah sebuah negara Nordik yang bersempadankan Laut Baltik di barat daya, Teluk Finland di tenggara, Teluk Bothnia di barat, Sweden di barat laut, Norway di utara dan Rusia di timur. Finland juga mempunyai sempadan laut dengan Estonia. Pulau Åland di barat daya berada di bawah Finland tetapi mendapat kuasa memerintah sendiri. 5. Costa Rica osta Rica ialah sebuah negara di selatan Amerika Tengah, di antara Nicaragua dan Panama. Negara ini mempunyai pantai di sepanjang Lautan Pasifik dan Laut Caribbean. Costa Rica bermaksud "pantai yang kaya" dalam bahasa Sepanyol, dan dinamakan oleh Christopher Columbus dan penjelajah bersama beliau yang menjangkakan menemui emas di kawasan tersebut. Jangkaan mereka meleset dan Costa Rica menjadi jajahan termiskin Sepanyol. Keadaan bertambah baik selepas Costa Rica mencapai kemerdekaan pada tahun 1821. Hari ini negara ini dikenali sebagai negara yang mempunyai taraf kehidupan yang paling tinggi di Amerika Tengah serta kadar celik huruf dan jangka hayat tertinggi. Costa Rica adalah negara demokrasi yang stabil sejak akhir tahun 1800an. Kebanyakan penduduknya berketurunan Sepanyol sementara penduduk asli Amerika meninggal dunia atau melarikan diri selepas peneroka Sepanyol tiba. Hari ini, Costa Rica mempunyai sejumlah kecil populasi mestizo (campuran Sepanyol dan kaum asli Amerika) dan orang kulit hitam.
Kebanyakan penduduknya tinggal di tanah tinggi pedalaman daripada di sepanjang pantai. Ibu negara Costa Rica ialah San José, dan beberapa bandar besar terletak di tanah tinggi tengah. Kebanyakan tanah pertanian subur juga terletak di situ.
6. Austria Australia, resminya Persemakmuran Australia, adalah sebuah negara di belahan selatan yang terdiri dari daratan utama benua Australia, Pulau Tasmania, dan berbagai pulau kecil di Samudra Hindia dan Samudra Pasifik.[C 4] Negara-negara yang bertetanggaan dengannya adalah Indonesia, Timor Leste, dan Papua Nugini di utara; Kepulauan Solomon, Vanuatu, dan Kaledonia Baru di timur-laut; dan Selandia Baru di tenggara. 7. New Zeland
New Zealand adalah sebuah negara kepulauan di barat daya Lautan Pasifik mengandungi dua pulau besar yang utama (Pulau Utara dan Pulau Selatan) dan banyak sekali pulau-pulau yang lebih kecil, terutama Pulau Stewart / Pulau Rakiura dan Kepulauan Chatham. Masyarakat Maori menamakan New Zealand sebagai Aotearoa yang bermaksud 'Tanah Berawan Putih Yang Panjang' (Bahasa Inggeris: The Land of the Long White Cloud). Kerajaan New Zealand juga termasuk Kepulauan Cook dan Niue (berkerajaan sendiri tetapi negara bersekutu); Tokelau dan Wilayah tanggungan Ross. (Wilayah tuntutan di Antartika).
New Zealand terkenal dengan kedudukan geografinya yang terpencil, terletak kira-kira 2000 km (1250 batu) tenggara Australia merentasi Laut Tasman, kejiranannya yang terdekat adalah New Caledonia, Fiji dan Tonga. Disebabkan oleh pengasingannya yang lama, New Zealand telah membangunkan satu fauna tersendiri yang didominasi oleh burung, banyak daripadanya telah menjadi pupus selepas ketibaan manusia dan mamalia yang mereka telah perkenalkan.
Kebanyakan penduduknya terdiri daripada masyarakat berketurunan Eropah dan etnik peribumi Maori yang menjadi kaum minoriti terbesar. Masyarakat berketurunan Asia dan bukan Maori Polynesia juga menjadi kaum minoriti yang signifikan, terutamanya di bandar-bandar besar.
Sumber:Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas


No comments:

Post a Comment