Thursday, December 6, 2012
Pantun Asian 2015
Waktu petang pergi kebendang
melihat padi bergoyang goyang
Komuniti Asian tak lama datang
apa persiapan apa persediaan
pernahkan Anda makan kepah
ditambah pula Ketam dan ikan
Ekonomi lemah bahasa pun lelah
apalah nasib tibanya Asian
Dari jala pergi kemenara
singgah membeli buah nangka
Bahasa miskin Wang tak ada
manalah diri manalah harga
Pisang masak dalam Raga
Pisang putik bawah tangga
komunikasi bijak yang lain serba ada
barulah Kita dapat berbangga
tersipu sipu Anak Kera
melihat monyet tersenyum manja
kalau macam ni sikap Kita
alamat teruk daripada mula
Kedai baru kedai lama
tempat orang ramai berniaga
Bahasa melayu paling utama
penuturnya 300 juta
Buah dokong manis rasa
sampai lupa bapa mertua
bahasa sendiri tak bisa berbicara
itulah insan paling sengsara
Komuniti Asian akan tiba
tapi kita seperti biasa
ahasa lain senang berbicara
bahasa sendiri sikit sikit saja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment