Wednesday, December 12, 2012

AIR MATA YANG MEMBASAHI PIPIMU



Air mata merupakan tindakbalas semulajadi manusia apabila sesuatu terjadi kepada diri. Air mata ini jika diamati mempunyai pelbagai pengertian yang menggambarkan perasaan seseorang. Siapa yang selalu menangis? perempuan kot..satu lagi kanak-kanak. Kebiasanya bila sebut sahaja air mata pasti kita maksudkan ia dengan kesedihan. Namun begitu, ada lagi pengertian lain yang boleh dimaksudkan dengan air mata ini.


Menangis kerana sedih

Ini biasa kita lihat, ramai orang akan menunjukkan rasa sedih dengan mengeluarkan air mata. Rasanya tak perlulah hurai panjang-panjang.

Menangis kerana rasa hina dan lemah

Pada kebiasanya, apabila seseorang lemah akan meratapi kelemahan yang ada dan tidak upaya dengan menangis. Mungkin dengan menangis ada insan yang sanggup menolongnya.

Menangis kerana cinta

Bab ni susah nak terangkan, mungkin boleh tanya mereka yang sedang bercinta. Ataupun jika kita seorang yang beriman, dengan penuh keimanan secara semulajadi kita akan menitiskan air mata.

Menangis sebab takut

Kadang-kadang jika kita rasa terlalu takut air mata pun boleh keluar, ini mungkin disebabkan perasan kita tidak dapat menahan kebimbangan keselamatan kita. Sebagai contoh jika kereta rosak di atas bukit diwaktu malam..uuuupppsss gelap…

Menangis kerana gembira

Ini dah biasa, selalu kalau kita dapat keputusan yang cemerlang atau diterima lamaran pasti ada yang melompat dan menangis, peluk tiang dan sebagainya..



Menangis sebab ikut rakan

Ada juga penyakit ini, penyakit ini berjangkit dari rakan sebelah dia. Mungkin mereka yang mudah berjangkit ini jenis yang mudah menusuk kalbunya. Ala..biasalah..nak tunjukkan keperihatinan. Kadang-kadang memang jenis manusia yang senang dipengaruhi oleh kawasan sekitar.

Menangis kerana kesulitan

Biasanya mereka yang mengalami masalah yang berkecamuk dan kusut juga boleh menitiskan air mata. Hal ini kerana ada potensi diri yang tidak dapat dikeluarkan atau diluahkan. Mungkin dengan menangis hati dapat reda sikit dan minda mampu berfikir semula.

Menangis untuk tagih simpati

Umum tahu bahwa nangis ini menunjukkan kesedihan, jadi ia digunakan oleh sesetengah pihak untuk memohon belas kasihan. Selain itu ia juga sebagai aktiviti semulajadi dalam meminta sesuatu.

Menangis kerana sayang

Menangis ini lebih kurang sama dengan menangis kerana cinta tadi, tapi sayang ini adalah peringkat yang lebih mendalam melibatkan hati dan perasaan.

Menangis berlakon

Ini adalah perbuatan orang yang suka berlakon dengan niat untuk menipu supaya segala kemahuan dituruti. Tak baik buat gitu, menyusahkan orang adalah..

Menangis kerana takutkan Allah.
.inilah tangisan yang paling bernilai dan bererti..tapi berapa orang ya.....
Ramai yang sanggup menangis kerana kecewa,gembira,terharu dll...tapi kerana Allah mmg boleh dibilang...


Tambah sikit lagi..

Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.

Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.

Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.


Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya..

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.

Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.

Memang, Kita tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, Kita juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah kita tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama  cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.

Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.

Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.

Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.

Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.

Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.

Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.

Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.

Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.

Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.

Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?

Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.

Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?

Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan ketentuan. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".

Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan , bila dan bagaimana?

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku....


No comments:

Post a Comment