Salah satu kehebatan orang zaman dulu...kalau nak meminang ha...berpantunlah ...menggunakan bahasa manis dan menarik..nak anak orang kan..bahasa mesti ok...kalau kasar atau samsing belum menikah dah bertakir.,,haaaaaaaaaaaa,,,,tengok bagaimana dia orang meminang Anak orang..
Pohonnya rendah dahannya rendah,
Bertebar ke bumi buah bidara
Minum sudah sirih pun sudah,
Bolehlah kami buka bicara.
Sudah lama kami ke tasik
Tali perahu terap belaka;
Sudah lama kami merisik,
Baru kini bertemu muka
Rebus laksa lalu disejat,
Jangan terkurang letak kuahnya;
Kami datang membawa hajat,
Hajat orang kami penyampainya.
Sudah lama langsatnya condong,
Dahannya rebah ke ampaian;
Sudah lama niat dikandung,
Baru sekarang disampaikan.
Tinggi-tinggi si matahari,
Anak kerbau mati tertambat;
Sekian lama kami mencari,
Baru sekarang kami mendapat.
Raja Hindu raja di Sailan,
Singgah berenang di persiraman;
Bagai pungguk rindukan bulan,
Kumbang merindu bunga di taman.
Cederawasih burung yang sakti,
Singgah hinggap di atas karang;
Kasih berputik di dalam hati,
Dari dahulu sampai sekarang.
Singgah berenang di persiraman,
Mayang terendam di dalam tasik;
Kumbang merindu bunga di taman,
Bintang merindu cenderawasih.
Jentayu burung di awan,
Batu gemala penghias mahkota;
Tepak sirih di atas puan,
Itulah mula pembuka kata.
Assalamualaikum kami ucapkan
Pada hadhirin yang dimuliakan
Rombongan tuan-puan kami alu-alukan
Hajat tuan-puan sila bentangkan
Sudah lama ku renung-renung
Pandangan bendang amat cantik
Hajat di hati tinggi menggunung
Bunga di taman kami nak suntik
Rumah kecil paranya lima
Tempat menyalai ikan kerici
Alahai Encik saya bertanya
Berapakah harga intan di sini?
Jala 27-2-2012
No comments:
Post a Comment