Sunday, February 26, 2012

Berhati hati letak gambar dalam Facebook

Hari ni ramai sangat yang menggunakan Facebook atau muka buku untuk pelbagai tujuan..dan tentunya bagai pisau dua mata yang sangat berguna sekaligus amat merbahaya kalau penggunaannya tidak kena pada tempat..dan nampaknya Facebook ni dah jadi manisan dalam kehidupan jenerasi kini..yang tidak berfacebook dianggap kolot jumud dan tidak aktif..apapun telahan dan andaian namun ia terletak pada pengguna..kalau untuk berkenalan tanpa syarat apalagi rukun tentunya amat merbahaya..terutama anak anak muda yang fokus utamanya adalah untuk menjadi saudagar  dalam berteman..ada juga yang diimport dari luar negeri..dan bukan sedikit yang menjalin cinta awangan atau awan awan..cinta melalui karan udara...dan 99 peratus cuma main mani...tidak hairan kalau lagu Cinta muka buku nyanyian Najwa latif menjadi kegemaran muda mudi hari ini..

Mari Kita ikuti Cerita ini..
Kisah ini mengenai seorang hamba Allah. Beliau merupakan seorang wanita yang aktif berfacebook. Dalam facebooknya mempunyai banyak koleksi gambar yang tidak menutup aurat.
Selepas beliau meninggal dunia, ibunya sentiasa bermimpi beliau merayu kepada ibunya supaya buang gambar-gambarnya yang tidak menutup aurat di facebook. Malangnya tiada siapa yang tahu password Facebook miliknya.
Kemungkinan besar, rohnya tidak tenang dengan dosa auratnya yang dibiar begitu saja menjadi tatapan umum.
Dan ingatlah, azab untuk kita yang sengaja membiarkan aurat kita dilihat oleh lelaki bukan mahram ialah API NERAKA!
Cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita, supaya usahlah letak gambar di Facebook, terutama sekali gambar kita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Kita tak tahu bila kita akan mati. Jadi, tolonglah kalau anda sayangkan diri anda, buang gambar yang tidak sepatutnya.

No comments:

Post a Comment